24 september 2011
PENGALAMAN YANG MENARIK SUKAR DIDUGA.
KADANGKALA IA DATANG TANPA KITA SANGKA SANGKAKAN. SAMA SEPERTI YANG BERLAKU
PADA AKU HARI NI. AKU SEBENARNYA DAH LAMA MERANCANG NAK KELUAR HARI NI. DARI
HARI ISNIN LAGI. MAKSUDNYA 5 HARI LEPAS LA. DAN KALAU MENGIKUT RANCANGAN AKU
KELUAR SORANG JE. TAPI, SEKALI BANI, AFIQ, YUSOF, LUQHMAN, QHAIRUL DAN MUIZ PUN
NAK KELUAR SEKALI.
Pada
hari sabtu yang indah ni,aku bangun awal betul. Pukul 6.30 pagi dah bangun.
Kalau hari ada kuliah, liat betul aku nak bangun. Macam mati je bangun awal.
Tapi, bangun awal tu mengingatkan aku pada sesuatu. Aku teringat, Hari ni aku
bertugas di bilik PA system. Mula2, aku hanya perlu membuka nasyid. Aku pun
buka lagu Maher Zain, tajuknya Alhamdulillah, open your eyes, dan kemudian aku
teringat Bani suka betul dengan lagu Freedom nyanyian Maher Zain, jadi aku pun
bukak la lagu tu. Tugas aku pasang lagu ni sebenarnya untuk kejutkan sapa2 yang
tak bangun lagi. Aku mula bertugas pukul 7.30 pagi. Waktu tu, aku rasa dah
terlepas dah subuh kalau bangun pun. Baik terus tidur je. Tak tau la kenapa
disuruh buka lagu time tu. Pelik2....
Bila
aku habis bertugas, tiba2 ketua Lajnah siaraya, Najib hantar mesej kat aku,
‘very good’. Lajnah siaraya sebenarnya memainkan peranan bertugas di bilik PA
system untuk menyampaikan pengumuman. Waktu tu, aku rasa terharu gila. Sebab
dia menghargai kerja yang aku buat. Ucapan very good tu dah cukup buat aku rasa
dihargai. Bertuah aku dapat ketua sebaik dia.
Pastu, tibalah waktu untuk aku outing. Waktu
dalam bas, panas betul. Ye la, bas tu langsung tak nak gerak. Nak tunggu orang
lain la tu. Aku kat dalam bas tu dah separuh masak dah. Kalau aku ni sebiji
telur dah cukup syarat untuk dimakan dah. Kebetulan jugak, dalam bas tu aku
duduk sebelah Haikal, kawan roomate aku yang kebetulan jugak outing sebab nak
dating ngan awek dia. Dia berbual dengan aku pasal awek2 ni. Maklumlah, baru
first time kapel, tu yang excited state melampau sikit tu.
Pastu, aku, Bani, Afiq, Yusuf, Luqhman, Muiz,
Qhairul, Faiz pun cadang nak tengok wayang kat Jusco. Tapi, luqhman tak jadi
nak ikut sekali sebab dia nak tunggu kawan dia datang jusco. Kitorang tengok
cite Johnny English, pelakon utamanya adalah Rowen Atkinson, yang menjadi
pelakon utama dalam cerita Mr Bean tu la. Terus terang, klaka gile cerita tu.
Dari awal sampai habis cerita aku tak berenti ketawa. Aku duduk sebalah Afiq
dan Afiq duduk sebelah Qhairul. Yang lain2, ambik seat belakang kitorang. Citer
tu menceritakan tentang special agent yang bodo2, tapi kerja tetap jalan.
Memang berbaloi tengok cerita tu.
Pas abis tengok wayang tu,kitorang makan KFC
plak. Kebetulan hari tu Mimi, adik KMPP aku outing jugak dengan Odah, Nenek
KMPP aku. Ain, mama KMPP aku tak nak keluar manakala Chieya, adik bongsu KMPP
aku plak ada MUET program. Kasihan deh lo... Aku dah janji nak belanja Mimi so
aku pun belanja la. Waktu makan tu, Faiz makan satu meja dengan Mimi. Serius,
dorang ni macam tak kenal je. Padahal hari2 mesej. Dorang boleh buat malu2
kambing plak. Tah pahape. Bila tengok dorang, aku teringat bila aku keluar
dengan Fazlina, orang yang penah jadi awek aku dulu kat Manjung. Aku takkan
biarkan suasana sunyi, aku akan buat suasana ceria macam buat lawak bodo ke,
gurau ke. Yang pasti aku akan buat dia senyum dan ketawa. Tapi faiz lak diam
je. Suruh aku duduk semeja dengan dorang plak tu. Geli hati aku. ^_^
Sepanjang aku kat Jusco tu,Bani macam tak nak
cakap dengan aku. Tapi aku sedar, bila ada kawan lain dia memang akan jarang
bercakap dengan aku. Tak tau la sebab apa. Sedih jugak la. Tapi apa la yang aku
boleh buat sangat. Doa je la.
Pastu balik dari jusco, aku duduk
sebelah Yusuf. Waktu tu, aku rasa aku tertekan. Tak tau la kenapa tapi aku rasa
nak baring kat bahu Yusuf. Waktu tu aku rasa tension aku release sangat. Bangun
je terus boleh senyum sokmo. Terima kasih Yusuf. ^_^
Waktu aku sampai KMPP, aku pun rehat sekejap.
Waktu tu, aku teringat kat Pn Nik, cikgu tutor matematik aku. Pagi tadi dia
ajak aku pergi program matematik kat Dewan Al Farabi. Aku Agak terharu. Sebab,
terlintas dalam hati dia nak ajak aku. Aku tau, dia buat demi kebaikan aku.
Kemudian, aku teringat waktu aku kat
Jusco tadi, Faiz cakap kat aku,
Faiz : kenapa koe tak jadi KP(ketua
praktikum)?
Aku : ha? KP?
Faiz : ye la..
aku : hahaa... lawaknya aku jadi KP. Kenapa koe cakap camtu?
faiz : muka koe ada gaya KP la...
Waktu tu, aku just ketawa dalam hati je.. hancur la praktikum aku kalau aku jadi KP. Kalau jadi Bendahari pegang duit, tu aku nak.. ^_^..
aku : hahaa... lawaknya aku jadi KP. Kenapa koe cakap camtu?
faiz : muka koe ada gaya KP la...
Waktu tu, aku just ketawa dalam hati je.. hancur la praktikum aku kalau aku jadi KP. Kalau jadi Bendahari pegang duit, tu aku nak.. ^_^..
BAGI AKU HARI INI ADALAH HARI BAHAGIA
YANG ALLAH BERIKAN PADA AKU. TERIMA KASIH ALLAH KERANA MENGURNIAKAN SAHABAT2
YANG RAMAI PADA AKU, WALAUPUN AKU TAK LAYAK MENERIMA PEMBERIAN INI KERANA
MEREKA TERLALU BAIK UNTUKKU. TERIMA KASIH ALLAH....
No comments:
Post a Comment