Best Feeling Ever!

Sunday 28 April 2013

IM BACK AFTER LONG TIME

Hai hai hai..... lama dah xmenulis dalam blog ni... aq nak cerita pasal kehidupan baru aq. tapi panjang la. skrg ni ah nak final. so nak s2dy dulu la... hehehe....

Thursday 3 May 2012

SELAMAT TINGGAL KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG


26/4/2012

EXAM DAH HABIS.. YAHUUU!!


  Habis je exam PSPM 2 kat matrik petang tu, aku terus keluar dari Dewan Peperiksaan. Petang tu keadaan agak tak bersemangat la. Agak ramai manusia yang memenuhi ruang Matrikulasi P.Pinang hari ni. Tapi aku rasa agak lengang, macam xramai orang jep waktu tu. Maybe rasa sedih nak tinggal matrik kott....

  Btw, WOW!! Apa punya soalan da tadi tu! Agak mencabar minda jugak la soalan dia. Xjumpa pun dalam tutorial yang pensyarah bagi [memang la xnampak dalam tutorial, sebab tutorial xpernah buat]. Disebabkan masa xboleh nak ulang2, dan tutorial yang berlambak tu pun dah xde masa nak siapkan, aku cuba jugak menjawab soalan dengan beberapa kaedah yang sangat berkesan untuk mengelakkan kertas ujian aku dari kosong tak berjawab. Antaranya adalah,

  1. Memerah otak ke tahap yang maksima sehingga berpeluh2 tanpa melakukan sebarang aksi yang ganas dan mencabar.
  2. Memakai cermin mata kerana rabun dan cuba melihat kertas jawapan orang lain yang duduk berdekatan dengan meja. [tapi tak nampak sebab kerabunan tahap melampau. tulisan diorang pun baikkk punyerrr!! Chicken claw jugak lahh]
  3. Trial and Error (apa yang terlintas dalam otak, just tulis je. Yang pening nanti kan pemeriksa, bukan aku. Kalau baik nasib aku, dapat markah free.. XD).
Pengalaman 1 : Beli pizza di waktu puncak
  Habis je exam, member baik aku pegi beli pizza. Aku mengekor je la. Ye la, sekarang ni aku duduk kat bilik member aku. Aku mana la ada kunci. Tapi sepanjang aku menemani member baik aku tu, aku terfikir banyak benda. Sempat lagi dia beli pizza di waktu puncak ek? Beli untuk sapa? Rasa apa pizza tu? Sedap ke x? Dia beli untuk aku ke? Kalau x, aku nak makan sikit bleh x? dan macam2 lagi yang aku fikirkan.

  Rupa - rupanya, dia beli Pizza tu untuk awek dia..

PERASAN SEH AKU!!!

  Lepas dapat Pizza, kami balik ke bilik. Baru aku teringat bahawa barang2 aku langsung xkemas lagi. Waktu yang sama jugak, aku teringat tahap kesusahan kertas soalan yang aku baru jawab tadi. Memang macam2 la aku 'zikir' waktu tu. 

Pengalaman 2 : Tergesa - gesa kemas barang
  Lepas habis 'berzikir'(mencarut la tu) pasal kertas soalan yang mencabar tu, aku bergegas dan mengemas barang2 aku. Ye lah, orang lain dah mula packing barang dari seminggu yang lepas, aku pulak boleh selamber menambah koleksi barang yang aku ada. Mula2 aku mengemas bilik aku yang nombor dua. Well, bilik tu la yang aku paling rindu pun sekarang. Aku tidur atas lantai je, tapi aku pasti akan merindui lantai tu. Aku main game, aku berkawan dan aku mesra dengan penduduk bilik tu, semuanya dengan memijak lantai tu. Apa yang aku merepek ni?? Xpe lupakan part tu.



 Bilik tu yang diberi tag C.2.2.5 kat luar, dah jadi sejarah buat aku. Aku bukan budak bilik tu, tapi diterima pakai sebagai ahli dalam bilik tu. Semua ahli yang duduk dalam bilik tu baik2 belaka. Yang paling baik dah tentu la aku (perasan!). Tengah HighSpeed mengemas barang2, borang keluar asrama hilang la pulak.

Pengalaman 3 : Bergambar bersama teman2 rapat
 Sedang sibuk kemas barang, kawan2 rapat aku minta aku turun. Oh, aku teringat sesi bergambar kami. Aku turun dan kami pun bergambar sokmo..

KAMI KELILINGI AFAF DAN SABRINA

BERSAMA TETAMU JEMPUTAN, FATEHAH 

TETAMU JEMPUTAN KALI NI, KAK MIZAN

  Bila tengok gambar2 tu balik, aku jadi segan. Selambe je aku pakai selipar tu kan? XD



Pengalaman 4 : korek tong sampah?
  Berbalik kepada borang aku yang hilang tadi, aku mencarinya dengan sepenuh jiwa dan raga aku. Tapi tak jumpa jugak. Aku rasa sangat kelam kabut waktu tu. Jarang sekali merasa pengalaman hilang barang ni. Aku kan pandai jaga barang. (Sangat Perasan).

  Disebabkan aku terdesuck, aku pun buat sesuatu yang aku xjangka pun nak buat di akhir masa aku kat  matrik ni ; korek tong sampah. Tapi, sia2 je. Xjumpa pun borang tu. Jumpa pun, kat tempat yang aku dah berulangkali cari. Memang rabun tahap maksima dah ni.  Balik matrik ni, aku nak buat pembedahan laser la. Hahaa...

Pengalaman 5 : Yong tinggalkan kami
  Orang pertama yang tinggalkan kami, adalah Yong (Yong Chee Yuen). Aku takkan lupakan nama tu. Dia adalah orang dari bangsa Cina yang pertama menunjukkan keramahan yang 'Super' kat aku. Aku tak sangka dia sangat baik. Pada awal pertemuan, dia banyak melakukan hal dan kerja sendiri. Dia tak pedulikan keadaan dan orang sekeliling. Tapi, waktu di akhir matrik, dia berubah menjadi sangat ramah. Dia banyak bercakap dengan kami.

  Lepas aku keluar mengambil gambar, aku tak menjangka bahawa ibubapa Yong sudah berada di dalam bilik.  Aku terkejut pada mulanya. Bilik tu dipenuhi oleh orang. Rupa - rupanya keluarga Yong. nasib baiklah keluarga Yong cuma 4 orang. Jadi taklah bilik tu nampak Compact sngt. Ditambah dengan barang2 aku dan aku sekali, bilik tu nampak semak. Kesal jugak aku sebab memenuhi bilik tu. Kesian dengan diorang..

  Yong dan keluarganya mengemas barang dengan cepat. 2 orang lagi ahli bilik tu, Afiq dan yusuf cuma tengok sambil tercengang. Mungkin terkejut tengok barang2 Yong kot. Lepas habis kemas, Yong salam kami. Dan Yong peluk semua ahli bilik C.2.2.5. Kami xmenjangkakan dia akan buat begitu. Kami sangat terharu.

-Belum jauh kami dah rindu

  Belum pun jauh Yong tinggalkan kami, kami dah rindukan dia. Aku tengok katil dia yang kosong. Sayu je hati aku. Di mana la lagi aku nak jumpa orang macam Yong? Tiap2 kali aku bertanya soalan, dia akan selesaikan. Dia tahu aku x ada kunci bilik mereka. Dia bagi aku kunci. Tiap2 kali dia boring, dia akan tengok cerita Supernatural dengan aku. Aku terdiam sebentar.

  Yusuf cakap kat aku, sakit hati (pedih hati) sebab tengok katil Yong dah kosong. Aku benar2 faham perasaan dia. Aku baru 2 minggu kenal dia. Tapi aku merasai kehilangan tu. Bayangkan pula Yusuf yang sudah setahun kenal dengan Yong.


KATIL YONG YANG SUDAH KOSONG

 Kalau x, kami boleh nampak buku2 yang banyak mengelilingi katil Yong. Dia hidup dan tidur semuanya dengan buku. Tak mustahil dia dapat 4flat nanti.


Pengalaman 6 : Balik ke bilik sendiri
  Kemudian, aku balik ke bilik aku sendiri. Banyak lagi barang aku yang belum dikemas. Semasa dalam perjalanan ke bilik, aku langsung tak rasa apa2. Marah, sedih, dendam, bersalah, semua rasa tu tak muncul macam selalu. Mungkin aku sibuk fikirkan barang2 aku di dalam bilik tu. Tapi, aku bercadang nak minta maaf dengan orang2 dalam bilik aku.

Sampai je bilik aku, aku masuk dan terus kemas barang2 aku. Keadaan dalam bilik agak bersepah waktu tu. Waktu aku kemas barang2, aku terlihat satu contengan di katil aku. Contengan yang betul2 menghina. Terus terbantut niat aku nak minta maaf dengan diorang. Habis je kemas, aku terus keluar.

  Kat sana, aku terjumpa dengan kawan2 yang aku sangat rindu. Aku jumpa dani (Danial Shahmi) dan Adam (Adam Azland). Lama aku tak jumpa dorang[2 minggu je poon]. Tapi, yeah. Mereka kawan yang sangat bermakna bagi aku.

Pengalaman 7 : Parents aku datang akhirnya
  Lepas lama menunggu, sampai jugak parents aku. Kami angkut barang dan kemudian terus pergi. Aku betul2 rindu dengan keluarga aku. Kami berbual dengan sangat rancak.

-Teringat semua pengalaman
  Dalam perjalanan, aku teringat semua perkara. Semua perkara yang aku lakukan di matrik, dan apa yang aku dapat di matrik. Aku teringat Yong. Aku rindukan roomate2 aku. Aku tak boleh lupa bahawa aku sayangkan mereka. Aku tak dapat benci mereka. Aku teringat kenangan aku bersama mereka. Aku teringat pemandangan matrik yang cantik. Aku teringat pengalaman aku berjalan bersama2 mereka di matrik.

  Tiba2, aku berasa sangat sayu. Aku rindukan mereka. Mengapa agaknya semua ni terjadi? Aku hampir menangis dalam kereta. Aduhai, rapuhnya hati aku ni.

  Tapi, aku menganggap segala kejadian ada hikmahnya. Aku berharap di masa depan nanti, aku dapat bertemu mereka. Bukan sebagai musuh, Tapi sebagai kawan baik.


P/S penulis : Aku bukanlah orang yang sempurna. Dan aku tak mengharapkan segala permintaan aku menjadi kenyataan. Cuma, aku berharap semua yang aku buat mencapai kesempurnaan dan permintaan aku tidak diperlekehkan sesiapa. Walau apapun pengalaman yang aku tempuhi, aku yakin segala2nya akan baik2 saja.. ^_^


THIS IS ORIGINALLY OWNED BY , ZULLOROCHI




SAAT TERAKHIR BERADA DI MATRIK

  KENAPA DIORANG ACTING PELIK AKHIR2 NI??
  Ini la yang aku fikirkan dua tiga hari kebelakangan ni. 3 orang yang aku betul2 sayang, aku perkenalkan mereka sebagai Am, Az dan Iz (semuanya bukan nama sebenar).

  Aku sangat rapat dengan mereka. Sudah tentu, kehidupan aku di kolej Matrikulasi Pulau Pinang ini pasti akan sunyi tanpa kehadiran mereka. Merekalah yang banyak membuat aku tersenyum, ketawa , dan gembira di sini. Sehinggakan, aku lupa bahawa aku pernah sunyi di Matrik ni.

  Akhirnya, aku menjadi sangat sayang dengan tempat aku sedang belajar ini. Tiap2 kali aku habis kuliah, aku sangat berharap agar dapat bertemu dengan mereka bertiga. Banyak pengalaman kami tempuhi bersama. Sampai satu tahap, aku menganggap mereka seperti adik beradik aku sendiri. Di mana aku mempercayai mereka dengan sepenuh jiwa dan raga aku.

  Kami berkongsi banyak perkara. Bukan sahaja pengalaman, malahan barang - barangan, wang, dan rahsia, kami kongsikan bersama. Aku bukanlah orang yang mudah memberikan barang aku kepada orang lain. Mungkin kerana semasa awal perkenalan dulu, Am pernah meminjamkan barangnya padaku. Aku ingatkan mereka juga sepertiku, tidak mudah memberikan barang kepada orang lain yang baru dikenali. Ternyata tanggapanku salah. Semenjak itu, aku meringankan tangan aku untuk meminjamkan barangku kepada mereka.

  Mereka sangat baik kepadaku. Kerana itulah aku berani percaya kepada mereka. Tapi, aku nampak mereka berkelakuan sangat pelik. Kenapa ya? Aku tak berani nak bertanya [memang aku selalunya xkan bertanya. Sebab takut salah sangka]. Jadi aku diamkan saja. Tapi setabah mana pun aku bersabar, akhirnya aku pasti akan terasa dipulaukan juga. Mereka bagaikan berahsia tapi tidak mahu memberitahu aku rahsia tersebut.

Aku harus mencari ketenangan...
  Aku akui, sebenarnya aku marah dengan kelakuan mereka. Bila aku masuk bilik, Az berbisik dengan Iz, kemudian ketawa dengan kuat. Bukan sekali kejadian tu berlaku. Aku terasa seperti mereka sedang mengata aku. Tapi, aku tak bertanya sebab tak mahu terjadinya salah sangka. Saban hari kejadian inilah yang selalu berulang. Aku semakin sakit hati. Jadi, aku bercadang untuk mencari tempat lain, supaya aku dapat menenangkan diri dari perasaan marah itu.

 Pada mulanya, aku sebenarnya agak tertanya2, ke mana aku nak pergi? Matrik tempat aku berada ni pun, kecil saja. Lari ke mana pun, pasti akan bertemu dengan mereka. Tapi, aku rasa kurang tenang bila dekat dengan mereka. Aku perlukan masa untuk meredakan marah di hati ni.

  Aku kemudian teringat seorang sahabat baik aku yang kebetulan berada di matrik ni. Aku minta kebenaran dia untuk bermalam di biliknya. Kalau terpaksa tidur di lantai pun, aku tak kisah. Kawan baikku setuju dengan permintaanku.


Bermalam di bilik kawan baik
  Malam pertama aku di bilik kawan baikku, semuanya baik2 saja. Memanglah, ini bukan kali pertama aku berada dan bermalam dalam bilik dia. Waktu mula2 masuk matrik pun, aku bermalam di bilik dia. Aku angkut baju aku, tilam aku, dan barang keperluan aku. Aku bercadang untuk berada di biliknya selama 3 hari.

  Malam tu, aku rasa dilema. Aku rindu dengan Am, Az dan Iz. Apa khabar agaknya mereka? Lama xjumpa dengan mereka [beberapa jam tu agak lama bagi aku]. Tapi layanan yang agak baik dari kawan baik aku, mengurangkan kerinduan aku pada Am, Az dan Iz. Malam tu, aku tidur dengan tenang sekali. Tanpa kepala aku sakit memikirkan, apa yang sebenarnya dibincangkan oleh mereka.



Digelar bukan - bukan
  Esoknya, aku kembali ke bilik sendiri. Aku perlu mengambil baju untuk keluar berjalan2 di luar matrik. Dengan balik ke bilikku, aku dapat bertemu dengan mereka bertiga. Dalam perjalanan ke bilik, aku masih memikirkan, apalah yang mereka sedang bincangkan? Penting sangatkah, sehingga mereka merahsiakan perkara itu daripadaku?

  Sampai bilik, aku masuk dengan perasaan berdebar2. Apa agaknya reaksi mereka bila aku mengangkat barang2ku? Marahkah mereka? Atau mereka tidak peduli langsung? Pelbagai andaian bermain di fikiran sebelum aku melangkah masuk ke dalam bilik.

  Bila aku melangkah masuk, Am dan Az ada di dalam bilik. Mereka sedang belajar. Bila aku masuk, mereka langsung tidak mempedulikanku. Alangkah terkejutnya aku, apabila melihat pintu almariku seperti ditumbuk orang. Aku ingin bertanya mereka, tapi aku risau mereka marah dengan tindakanku keluar dari bilik.

  Aku mengesyaki salah seorang dari mereka yang melakukannya. Aku berasa marah dan sangat terkilan. Aku keluar dari bilik. Aku berasa sangat kesal. Berada di luar bilik, aku berasa lebih terkejut. Mereka menulis sesuatu di luar bilik. Walaupun tiada namaku tercatat, tapi aku tahu mereka tujukan kepadaku. Aku dituduh melakukan perkara bukan2.

Menangis depan wanita? MEMALUKAN!!!
  Penuh kemarahan, aku berjalan laju, menjauhi bilikku dan menuju ke pondok pengawal. Dalam perjalanan, aku terserempak dengan rakan2 perempuan aku, yang ingin keluar denganku. Mereka marah kerana aku lambat. Kami perlu cepat kerana bas bukan 24jam menunggu kami. Aku mengajak mereka cepat2 menuju ke tempat bas sedang menunggu.

  Tapi, aku tak dapat menyembunyikan masalah aku dari mereka. Muka aku benar2 menunjukkan masalah yang aku ada. Sepanjang perjalanan ke tempat bas, aku menahan marah dan sedih yang mula bercampur - baur di hati. Di tempat menunggu bas, aku menelefon Umi aku menggunakan telefon bimbit rakanku, aku namakan Sya (bukan nama sebenar). Aku menangis semahu - mahunya. Aku mengadu dan melepaskan segala ketidakpuasan hatiku. Ibuku memahami, dan menasihatkan aku supaya bersabar.

  Pada waktu itu, aku langsung tidak memikirkan maruah aku di depan mereka. Mungkin sekali kerana aku terlalu sedih dan marah. Kemudian, aku ceritakan pula masalahku kepada mereka.



Ketahuan
  Aku meminta kawan2ku merahsiakannya. Tapi entah mengapa, Am, Az dan Iz dapat tahu. Mereka mengajak aku berbincang secara aman. Tapi, aku tidak mahu kerana aku sedang marah. Aku tahu hasilnya bila aku marah dan berbincang tentang sesuatu, pasti segala - galanya menjadi makin teruk.

  Tapi kawan - kawanku mendesak aku untuk berbincang dengan mereka. Atas desakan mereka, aku pergi berbincang. Tapi, apa yang aku dapat malam itu hanyalah amaran dan tuduhan yang menyalahkanku. Segala cacian yang mereka berikan, membuat aku membenci. Bukan kepada mereka, tapi pada diri sendiri.

  Malam itu, aku menjadi tidak keruan. Aku menangis semahu mahunya. Aku melihat jalan ke masa hadapanku, begitu pudar dan kabur. Aku rasa tiada harapan lagi. Aku tak mahu hidup...



  Tiba - tiba, muka kawan baikku menjelma dalam fikiranku. Apa yang aku fikirkan ni? Oh, aku belum solat, fikirku. Selepas aku solat, aku berasa sedikit tenang. Aku tidur awal malam itu.

Hidupku berubah secara mendadak
  Selepas kejadian itu, segala galanya berubah. Aku tidak lagi mempedulikan keadaan sekeliling. Disebabkan         sekarang adalah minggu belajar di matrik, aku selalu bersama Sya untuk belajar bersama. Disamping itu, aku mengadu masalahku kepada Sya. apa yang aku boleh buat, hanya dia sahaja tempat yang aku boleh percaya. Hendak mengadu pada kawan baikku, dia sendiri ada komitmen.

  Apa yang aku tahu, aku hilang segala - galanya. Kawan, semangat, dan perasaan, semuanya hilang begitu sahaja. Aku rasa tak sabar2 nak keluar dari matrik ni..

Rapat dengan roomate kawan baikku
  Aku menjadi rapat dengan roomate kawan baikku. Aku dapat rasakan kemesraan antara aku dengan mereka. Dahulu, aku pernah berada di bilik itu, dan aku tidak merasakan persahabatan ini dengan mereka. Aku kesal, kerana aku mengenali mereka dalam masa yang sangat singkat.



Jawab exam dengan tenang
  Buat pertama kali dalam sejarah aku di matrik, inilah kali pertama aku menjawab exam dengan penuh ketenangan. Bukan tenang kerana soalan sangat senang, tapi kerana aku langsung tidak memikirkan apa2. Aku tiada perasaan masa itu.


Tuesday 1 May 2012

LEMAH PEGANGAN

31/3/2012
  Assalamualaikum guys.. Hari ni dah masuk hari ke berapa ntah aku tak bertegur dengan roomate aku. Dah tak terkira dah. Hari ni, aku bangun pagi2. Benda pertama yang aku buat, pegi ke paip air untuk ambik air sembahyang. Pagi2 ni memang best solat subuh. Tapi, hari ni lain dari biasa. Lepas aku abis solat subuh tu, kebetulan aku terpandang roomate aku tu. Macam biasa, aku cebikkan bibir dulu. Nak tunjuk macam aku xkisah walaupun dia tak tegur aku. Tapi jauh di sudut hati, aku rasa sayu sangat. Sebak tu jangan tanya la. Sebab tu aku cakap, aku ni LEMAH PEGANGAN. Pagi ni, rasa sebak tu mengatasi ego aku. Aku try tabahkan hati, aku berdoa lepas solat tu. Abis je doa, aku try nak bangun. Tapi aku rebah, tutup mata aku. Terus mengalir air mata aku. Nasib baik la dia tengah tidur, dan roomate aku yang lain takde dalam bilik. Kalau x, jatuh saham aku RM2.50. kurang mas kahwin nanti (available to be applied to women only!!). Sebab tu orang tua2 kata, 'melentur buluh biar dari rebungnya.' Bila nak membentuk sesuatu, kena la dari awal. Tapi bila aku ni, dari awal dah cepat tacing, cepat terasa, cepat dari segala segi termasuk makan, memang tak boleh buat apa2 la. Memang aku ni jenis yang berhati lembut camtu, aku buat keras camna pun, orang lain jugak yang menang.

  KU TITISKAN AIR MATA,
TAUBAT SEGALA DOSA,
MOGA TERANGKAT PENGHIJAB KALBU,
ANTARA KAU DAN AKU..

  Orang bangun pagi2, mintak ampun dengan Allah. Aku bangun, lepas mintak ampun, sempat lagi menangis sebab benda lain. Lemah sungguh aku ni.

  Habis je aku buat drama air mata, aku kejut Roomate aku tu. Dia pandang aku macam nampak hantu. Mungkin, dia tak jangka aku yang akan kejut dia pagi ni. Dan seperti biasa, dia langsung tak cakap dengan aku pastu.

BENCI BETUL DIA DENGAN AKU SEKARANG KAN?
TAK MENGAPA. AKU AKAN TETAP SAYANG DIA.
WALAU TINGKAH LAKU KU MENUNJUKKAN SEBALIKNYA,
TAPI UNTUK MEMBENCI DIA,
TIDAK SEKALI2.
ITULAH YANG AKU TETAP PEGANG,
SAMPAI KE AKHIR HAYAT...

PERSAHABATAN YANG AKRAB
TIDAK AKAN TERPUTUS
MELAINKAN
DENGAN KEMATIAN

Tuesday 27 March 2012

H2P5 DALAM KENANGAN

22/03/2012

 Hye guys. Hari ni aku sedih sangat2. Sebabnya senang je. B'coz I feel like a victim. Well guys, aku sayang semua member2 aku. Bagi aku, dorang la pengganti parents aku di saat aku berjauhan dengan parents aku. Betapa pentingnya dorang masa aku sensorang cuma tuhan je la yang tau. Aku ada sorang member ni. Memang aku sayang ngan member ni sbb dia membawa aku ke arah kebenaran suatu ketika dulu. Saat aku sedang sesat dalam lorong kegelapan, dia yang menghulur tangan untuk membawa aku keluar dari kesunyian tu.  tapi begitulah, manusia kan senang berubah. Pantang ada angin bertiup, macam lalang. Ikut je ke mana arah angin tu pergi. Sekarang ni aku nak cerita, apa yang buat aku terkilan sangat dengan mamat tu.

  H2P5 ni sebenarnya praktikum merangkap kelas dia kat matrik ni. Dia yang kebetulan menjadi roomate aku, sentiasa buat aku kagum kat dia. Kebanyakan perkara yang dia buat, aku sentiasa akan tiru. Bukan sebab aku dengki dengan kebaikan yang dia ada, tapi sebab aku nak jadi lebih baik dari sekarang, sama baik macam dia. Boleh dikatakan, dia macam role model bagi aku. Bila aku nampak dia solat sunat, aku pun try bangun pagi2 buta just untuk solat sunat macam dia buat. Tapi disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Dia sedikit demi sedikit, berubah mengikut masa. Kalau dulu, bila dia tinggal solat sunat je pun, dia akan persoalkan dan berasa takut imannya berkurang. Tapi sekarang tidak lagi. Bila aku nampak dia macam tu, aku rasa agak terkilan sebab dia role model aku. Kalau dulu dia suka duduk kat masjid, sekarang tidak lagi. Aku dapat rasakan dia akan berubah seperti dulu semula.

  Tapi itu hak dia, yang aku tak boleh kacau tanpa kebenaran dia. Dan bukan itu yang buat aku sedih. Semuanya bermula bila dia ada rancangan untuk buat jamuan praktikum H2P5. Kebetulan aku tak ada jamuan praktikum, jadi aku pun minta untuk pergi jamuan praktikum dia. Aku bukan nak habiskan makanan dia. Aku cuma nak ada kat sana untuk gambar, untuk pengalaman, untuk kenangan. Mula2, semuanya okey2 je. Tapi seminggu sebelum jamuan, dia cakap aku xboleh pergi. Dia cakap budak praktikum dia (segelintir) tak nak ada orang luar turut serta. Kelat betul nak menelan ayat yang keluar dari mulut dia. Kenapa budak praktikum dia rasa aku orang luar? Bukan ke aku pernah keluar trip ke gua tempurung dengan diorang? Kenapa maasih rasa aku orang luar? Susah sangat ke nak terima aku? Aku ni teruk ke? Semua ni yang bermain kat fikiran aku bila dia cakap aku xboleh ikut jamuan dia. Honestly aku kecewa betul masa tu. Sampaikan, aku sanggup outing just untuk pergi barbeque sendiri. Padahal aktiviti cam ni la yang aku paling tak suka. Buat sakit kulit je.

  Tapi hari ni, dia tiba2 cakap kat aku, sebenarnya dia yang tak nak aku pergi, sebab nya ada budak2 praktikum dia yang tak biasa dengan kehadiran aku. Entahlah, aku tau dia cuba nak tenangkan aku dengan cakap camtu, tapi sebenarnya aku jadi makin marah. Selama ni aku betul2 prihatin pasal dia. Aku ingat lagi satu masa dulu, bila dia balik bilik dalam keadaan stress dan letih lepas buat plan untuk praktikum dia. Dia stress sbb banyak masalah timbul masa perbincangan. Bila aku tengok keadaan tu, aku bersumpah dengan nama tuhanku yang aku akan tolong dia ringankan beban dia walaupun sikit. Sebab tu semenjak peristiwa tu, aku tolong dia buat sedikit sebanyak kerja yang dia ada (kecuali tutorial, lemah tul aku pasal tutor ni). Aku rela tolong dia walaupun dia marah aku buat semua tu, sebab sumpah aku. Aku rela tolong dia sebab kebaikan yang dia ada. Tapi bila dia cakap dia la punca aku tak boleh pergi, aku jadi marah. TERsangat marah. Bukan marah sebab dia tak bagi ikut. Tapi aku marah sebab dia tak berterus terang dari awal lagi. Berapa kali dah aku jumpa budak praktikum dia, aku nak senyum dengan ikhlas pun susah lepas dia cakap budak praktikum dia taknak aku ikut. Secara langsung, aku terasa dengan budak praktikum dia. Sedangkan dia sebenarnya yang xnak aku ikut. Orang cakap, Diberi madu dibalas racun.

  Sekarang ni, cuma satu kesimpulan je yang aku boleh buat. Dia sebenarnya tak suka aku rapat dengan budak praktikum dia. Tu yang buat aku sedih sangat. Sedangkan, aku betul2 nak dia kenal praktikum aku, berkawan dengan budak praktikum aku, rapat dengan praktikum aku. Aku nak semua budak praktikum aku tau, bahawa dialah sahabat aku. Sebab tu, aku paksa dia datang Trip ke gua Tempurung H3P1. Sebab tu bila ada apa2 event pasal praktikum aku, aku akan invite dia. Cuma dia yang selalu menolak. Tapi dia pulak tak nak praktikum dia kenal aku. That's why, H2P5 will be in my memory forever.

Sekarang, hati aku rasa tawar sangat. Bukan kat dia, bukan kat praktikum dia, tapi kat diri sendiri. Sebabnya, aku tak pandai menilai dan mempertimbangkan mana yang betul, yang mana yang salah.





What is the slowest and most painful way to die ??

-LIFE-

Saturday 17 March 2012

SOLUTION FOR MY STRESS

  Yo dunia! Semalam dah penat stress, so hari ni biar aku cerita benda yang gembira plak. Well, aku sedar xguna aku bersedih sorang2 dalam masa yang lama macam orang datang bulan yang tak stabil hormon padahal benda ni kecik je. Kecik la bagi korang kan sebab aku yang kena, bukan korang. Tapi aku percaya, Masa korang pun akan tiba tak lama lagi. So bersabarlah sementara menunggu masa tu tiba. Nasihat aku, jangan sakit jiwa ye...

Well, biar aku gtw macamana aku tangani stress ni. Mula2 pasal dak2 klaz aku, the solution is 'JUST SMILE'. Ni adalah recommendation daripada beberapa orang classmate aku gak. Well, walaupun pedih ngan komen dorang tapi biarlah, diorang ada hak sbb dorang kan kawan aku. Dan about jamuan klaz, disebabkan aku xleh ikut jamuan roomate aku, so aku pun,,,

'BUAT LA JAMUAN SENDIRI, YE DOK??? MUAHAHAHAHAAAAAA'
   Jamuan camne?? ofkoz la sama macam yang roomate aku nak bwt, BARBECUE!!!!

Emmm~~~

gelap dalam kegelapan






























Dal lagi, ada la beberapa org yang mengomen pasal aku kat fb... well, ade la jugak... tenkz guyz!!!!!!

Friday 16 March 2012

STRESS AT KMPP

  Assalamualaikum n salam sejahtera guys. Sebagai pembuka cerita hari ni, biarlah aku mulakan dengan menceritakan apa yang berlaku sepanjang aku xupdate blog ni. aku PRESSURE! PRESSURE SNGT!! semuanya bermula bila aku tawar hati ngan segelintir dak klaz Aku.. semua bwt perangai cam tah pahape je. benci seh ngan dorang. pastu, roomate aku dah mula berubah macam dulu dah. Sikap dia tak seindah mcam aku tulis dalam blog ni previously. Makin lama aku susah nak recognise dye. aku rasa hilang mood dengan semua yang berlaku ni. Diorang la semangat aku. Diorang la tempat aku mengadu. Bila diorang buat macam ni, aku rasa kehilangan. Aku rasa sangat sunyi.

So, as the conclusion I am very2 stress here at KMPP. Bila aku stress langsung takde yang nak bertanya. Even yang rapat ngan aku pun langsung tak nak tnya. Sedangkan dulu kalau dorang stress, aku yang akan tanya masalah dorang. Walaupun masalah dorang takde kena mengena dengan aku hidup dan mati, tapi sekurang2nya dengan bertanya, menunjukkan bahawa aku concern dengan apa yang berlaku kat dorang. Ni tidak! dorang bukan je taknak bertanya malahan makin dingin dengan aku. Tujuan tanya masalah tu bukan nak jaga tepi kain orang, tapi nak tunjuk bahawa diorang tu masih peduli apa yang berlaku kat aku. Alasan yang diorang selalu bagi, 'KITORANG TAKUT NAK TANYA MASALAH KOE, NANTI KOE MARAH', Kepala hotak dia! Buat apa aku nak marah kat org yg concern kat aku?? ada lagi yang bagi alasan 'BUKAN KOE AKAN CERITA MASALAH KOE PUN NANTI'. Eiiii! Wakluuu!!! Bila tanya masalah orang tu cukup la dgn tunjukkan yang kte concern, kalau org xnak cerita tu maksudnya kte pun xmampu nak selesaikan masalah dia.. Paham2 dah la.

aku pun agak terkilan ngan organising person dalam klaz aku. Aku tanya dorang pasal jamuan akhir untuk kelas, dengan selamba dorang cakap xnak buat. takde dut kononnya. Wei setakat bayar RM10 sorang tak rasa la wei. Nak kurang lagi?? RM5 pun cukup la.

aku plak memang PERLUKAN jamuan akhir, supaya aku dapat ingat pengalaman tu. so aku decide nak ikut jamuan kelas lain. tgk betapa terdesaknya aku. Aku nak ikut jamuan kelas roomate aku. Kebetulan dia ketua untuk kelas dia. Aku dah excited gila! skali roomate aku bleh cakap camni, 'DAK KLAZ AKU KATA, KALAU BOLEH DIORANG TAKNAK ORANG LUAR IKUT'..

Aku sedih gler. Sedih sbb budak klaz dia masih anggap aku 'ORANG LUAR'. Padahal aku penah p trip dengan dorang skali. Bagi aku, perkataan 'orang luar' tu sangat menyakitkan hati, macam dorang xkenal aku je. dan, aku sangat marah, sebab roomate aku tu mengikut je kata2 dak kelas dia. Padahal dia ketua, dan dia slalu guna kuasa VETO! xpena plak dengar cakap org. aku rasa, dia yang rasa aku ni 'ORANG LUAR' dan hanya mengganggu majlis dia. Fine! aku betul2 xdapat terima penghinaan ni!!

Apa2 pun, aku dah fedap! So hari minggu ni, aku nak kua dari matrik ni. Lantak la kemana aku nak p pun. just follow my instinct. Aku nak tengok, sapa yang concern ngan aku bila aku hilang. Tapi biar la aku buat prediction kat cni, xkan ade pun yang akan peduli..