Best Feeling Ever!

Sunday, 9 October 2011

BERJANJI BIAR BERTEMPAT


27 september 2011

PERASAAN MANUSIA SUKAR DIDUGA. ADA SESETENGAHNYA SUKA BERJANJI MELIBATKAN PERASAAN, CONTOHNYA TAK NAK KAPEL LAGI. SEBENARNYA BAHAYA MEMBUAT JANJI DAN SUMPAH SEPERTI INI.TAKUT2 TAK TERTUNAI, KAN DOSA JAWABNYA. BAIK KITA SERAHKAN SEGALA GALANYA PADA ALLAH, KAN SENANG.

 Ceh, aku ni cakap je kencang. Tapi aku sendiri pun buat janji macam tu. Nanti aku cerita sebab apa. Sebelum tu, mari aku ceritakan kisah aku hari ni. Pagi ni, kelas pertama aku adalah biologi. Aku belajar tentang ‘human reproduction’.  Yang tak boleh belah tu, aku punya action macam berlebih2 plak. Bila imbas balik macam menyampah pun ade ngan perangai aku tu. Macam takde maruah je aku time tu. Citer pasal mruah aku teringat ayat afiq hari tu,

‘walaupun aku ni ahli KGT yang tak bermaruah, tapi aku pandai jaga maruah diri..’

 Terbaik la ayat dia. Sampai hari ni aku terasa kehangatan ayat dia. Balik pada kisah aku, bila tiba waktu kimia, cikgu tutorial, Mr Ibrahim buat kuiz chapter 6, Chemical Equilibrium.yang problemnya, satu pun aku tak boleh jawab. Kalau diikutkan, markah aku sebenarnya 0/10. Sebab aku tak jawab apa pun. Aku hantar tadi pun dengan jawapan cikgu bagi. Tak tau la cikgu nak bagi markah berapa. Pasrah je..

 Aku terasa diri aku ni sangat bodoh. Kalau dibandingkan antara aku dengan budak kelas aku, Celia, Chong, Yong, Denishwary, Huda, aku ni jauh lebih bodoh dari diorang. Kalau nak dibandingkan aku dengan family KMPP aku, Afiq, Ain, Luqhman, Chieya, Mimi, aku ni bodoh sikit dari dorang. Tak tau la. Fikiran aku sangat terganggu.  Terasa sangat jauh ketinggalan dari diorang. Macam takde function je aku masuk matrik ni.

Dah la bnyak ketawa je hari ni. Cikgu cakap buah tu datangnya dari ovary tumbuhan, aku ketawa. Cikgu cakap kalau persenyawaan tak normal berlaku kat fallopian tube, aku boleh tanya ‘sakit tak cikgu?’. Pastu gelak lak. Tah pahape la aku ni. Aku rasa down betul sekarang ni. Rasa nak pitam pun ada.

 Sekarang, aku belajar macam biasa. Tapi, aku lupa. Cepat lak tu. Dalam masa 24 jam je aku dah lupa. Aku paham apa yang cikgu ajar. Tapi bila cikgu bagi soalan, aku blur... macam cikgu tak pernah ajar je benda tu. Apa salah aku? Ada sumting i left behind ke?? Aku rasa, aku patut lakukan sesuatu. Kalau tak, aku akan gagal kat matrik ni. Kawan2 aku yang lain membangun seorang demi seorang kat matrik ni, tapi aku? Apa yang aku buat sepanjang tempoh hampir 5 bulan ni?

 Pastu aku nak citer waktu aku pergi kelas math tutorial. Waktu kelas tu berlangsung, cikgu Nik datang ke arah aku. Pastu dia Tanya pasal tutorial.

Pn Nik : semua ok ke jawab soalan tutorial?  Afiq? Luqhman? Zul?
Aku : ....
Pn Nik : zul? Ok ke??
Aku : ...
Pn Nik : Zul? Eh, polynomial? Tutup2. Kita dah sampai tajuk trigonometric function dah. Mana tutorial zul?
Aku : eheheheh....(tersengih macam kerang busuk)
Pn Nik : apa eheheheh? (sambil tersenyum)

 Emm. Keje tak siap pulak. Bukan selalu tapi semua kerja lah... tak pernah aku siapkan kerja yang Pn Nik bagi. Tak tau la apa nak jadi dengan aku ni. Cikgu begitu baik dengan aku tapi ini yang aku balas. Aku rasa macam aku sebenarnya tak layak dapat cikgu baik macam tu.

  Kemudian, lepas matematik aku rehat. Lepas tu disambung dengan aktiviti biomate. Kalau yusuf, dia sebut biomath. Term baru bagi aku, sebab belajar bio yang melibatkan kira2. Sedangkan bio tak pernah perlu kira. Kalo ada pun yang simple je lah.. xde hal la nak selesaikan. Petik jari pun boleh keluar jawapan. Balik pada cerita,aku sebagai  faci bio bertindak menerangkan apa yang ada dalam biologi. Dan anak2 buah aku adalah Ain, Ainul dan Adawiyah. Walaupun mereka mendengar dengan kusyuk sampai muka berkedut seribu, tapi dengan terhormatnya mereka cakap, ‘tak paham’... masyaallah...

 Habis biomate, aku bercerita kat ain pasal blog dia. Aku sedih baca blog dia dan xsanggup nak baca lagi. Dia tulis pasal atuk dia meninggal, dan aku macam tak dapat mengawal kesedihan baca kisah tu. So ain pun dengan bersemangat cakap kat aku pasal atuk dia. Dia rapat dengan atuk dia, pastu dia cerita detik sebelum atuk dia meninggal. Katanya, sebelum atuknya menghembuskan nafaz terakhir atuknya panggil mak ain tu. Tiba2 atuk dia peluk mak ain. Dia cakap kat mak ain, ‘abah takut’. Mak ain pun gelabah, panggil adik mak ain tido skali kat rumah atuk ain tu. Pastu, kakak ain pun ada cerita jugak. Atuk ain minta kakak ain urut dia. Kebetulan kakak ain ni ada STPM,baru balik study, kakak ain cakap, ‘ala penat lah. Nanti je la.’ Sedar2, esoknya atuk ain dah takde.

Aku sedih sangat dengar cerita ain tu. Nasib tak nangis kat dalam library tu. Pastu aku plak citer pasal pakcik aku meninggal. Yang buat aku mnyesal, aku boleh cakap camni kat dia,

‘tapi apa yang kita rasa tak sama ain. Koe kematian atuk, aku kematian pakcik. Koe tak rasa lagi kematian pakcik tu camne.’

Tup2, malam tu dia dapat berita adik bongsu bapak dia a.k.a pakcik dia meninggal. Yang sadisnya, dia dapat berita kematian 2 kali dalam semester ni, dan pada tarikh yang sama pulak tu, 27 haribulan. Dah la mulut aku lancau+lancang kat dia.

 Sekarang aku nak cerita tentang apa yang aku maksudkan di awal blog aku ni. Sebenarnya petang tadi, dalam perjalanan aku nak balik ke bilik aku, aku terserempak dengan seorang perempuan. Dia satu kuliah dengan aku dan satu permainan dengan aku, tenis dalam kokurikolum. Dalam pertemuan tu, dia tegur aku.

Dia : hai zul..
aku : eh hai...
dia : eh, lewatnya habis kelas?
Aku : biasa la. Nak ke mana tu?
dia : nak ke (aku lupa dia nak ke mana)..
Aku : oh ingat nak outing tadi..
Dia : haha...
(matrikulasi tidak membenarkan pelajar outing pda hari kuliah)

 Waktu tu, terdetik di hati aku. Baiknya dia ni. Terus terang, aku tertarik dengan dia. Tapi takde la sampai nak berkapel dengan dia. Waktu tu hampir2 je aku rasa nak leburkan janji aku taknak kapel. Tapi, cukup sekali tidak sanggup ku mengulangi. Aku taknak rasa sakit macam kat orang yang aku admire dulu. Dan aku takkan mudah2 kapel mahupun minx kapel. Sejauh ni, Cuma Amirol, roommate aku yang tau pasal ni.
PADA WAKTU TU, TERSEDARLAH AKU BETAPA LEMAHNYA IMAN AKU SEBAGAI MANUSIA. APA YANG DIPERINTAHKAN ALLAH PUN AKU TAK BUAT SEPENUHNYA, NI PULAK NAK LAKUKAN SESUATU YANG TAK PERNAH DIPERINTAHKANNYA. TAK LAYAK BAGI AKU, DAN AKU TAK NAK MENZALIMI DIRI SENDIRI JIKA AKU TERASA KECEWA DENGAN RASA ITU. JADI SEBAGAI KATA PUTUS, AKU TAKNAK MINTAK KAPEL. DAN, AKU TETAP AKAN SETIA PADA YANG AKU ADMIRE TU, WALAUPUN DIA MULA MENJENGKELKAN AKU SEKARANG DENGAN PERANGAI DIA YANG MAKIN MENJADI2 TU.

No comments:

Post a Comment