Best Feeling Ever!

Monday 26 September 2011

Hari bahagia atau berduka?


23 september 2011

 NASIB MANUSIA TIADA SIAPA YANG TAHU MELAINKAN ALLAH SWT. KADANGKALA, KITA BERNASIB BAIK DAN KADANGKALA TIDAK. SETIAP MANUSIA SEBENARNYA TELAH DITENTUKAN NASIBNYA SEJAK DARI AZALI LAGI. OLEH SEBAB ITU, KITA SEPATUTNYA TIDAK MERASAKAN BAHAWA NASIB KITA AKAN MALANG SENTIASA. BERDOALAH, AGAR KITA SENTIASA DALAM LINDUNGAN ALLAH HENDAKNYA.

 Emm... walaupun aku tulis macam tu, tapi sebenarnya aku selalu pikir aku orang yang malang. Insyaallah aku akan cuba ubah. biar aku mulakan cerita. Bila aku bangun pagi ni, aku tiba2 terasa sayu sangat. Aku tiba2 teringatkan Afiq dan Bani. Aku terasa dingin sangat kitorang sekarang. Aku tak tahu kenapa aku rasa sayu sangat. Mungkin sebab aku dah lama xbergurau dengan diorang kot.

 Pada hari jumaat yang indah ni, aku bersiap untuk ke kelas dengan bersemangat. Aku pun pakai baju uniform biasa aku. Bila aku dah lengkap berpakaian, tiba2 mimi hantar mesej suruh pakai baju melayu.

‘pkai bju mlayu au arini.. B-)’

 der. Aku dah pakai baju uniform dah. Kureng...

 Kemudian, waktu tutorial matematik, aku berbual dengan Afiq macam biasa. Rasa macam dah lama tak berbual dengan ikhlas dengan dia macam hari ni. Lepas tu kitorang rehat. Habis rehat, aku pegi pulak dewan kuliah matematik. Waktu aku sedang berlegar2 kat dewan kuliah tu, aku terserempak pulak dengan Bani. Kitorang sempat berbual, dan sama macam aku berbual dengan afiq, kami berbual macam biasa. Rasa sesal datang sebab boleh geram dengan diorang diam2. Tapi, rasa geram aku dengan diorang dah berkurangan dah. Waktu tu aku rasa, teruk betul perangai aku ni.

 Kemudian, pembelajaran pun bermula. Aku duduk sebelah Chieya, dan seperti biasa Chieya akan dengar lagu. Budak pnday la katakan..

  mana tau dah beso t adik aku jadi saintis macam ni, bleh kirim duit bulan2 kat 
                                               aku...

Tapi sebenarnya aku ni pun sama je perangainya. Aku plak kat sebelah dia duk wat catatan untuk blog. Nampak sangat aku ni takde keje..

                                  waktu cikgu mengajar tulis blog kat belakang

 Waktu sembahyang jumaat, aku datang awal ke surau. Entah apa agaknya mimpi aku. Selalu azan kedua baru sampai surau. Hei.. nak kata hipokrit pun boleh jugak, buang tebiat lagi boleh. Aku expect Afiq dah ada kat surau. Skali xde da. Yang ade atok KMPP aku, luqhman.

 Pas abis solat jumaat, aku balik bilik bersama Afiq, Bani dan Yusuf. Tak tau la camne bleh terserempak pulak. Dalam perjalanan, Yusuf ceritakan bahawa Bani cakap aku ni mengada2, sebab aku  suka pendam masalah sendiri, tak pernah nak cerita. Waktu tu, aku mula senyum sorang2. Takkan la aku nak bagitau yang aku geram kat dia. Agak2 la. Waktu tu, aku rasa macam semuanya akan okey2 je.. (^_^)

                                         hepi rasanya hari ni.............

Waktu malam, aku datang bilik Afiq untuk jumpa Afiq dan yusuf. For the first time in this week, aku rasa seronok sangat sebab ni kali pertama dapat gelak gila2. 
                                                       gelak macam nak gila

Pastu, bani datang bilik Afiq gak. Waktu tu, aku terkilan sedikit dengan perangai dia. Dia macam berbangga diri hari tu.

Aku : aku rasa korang takkan dapat jumpa blog aku.
Bani : kalau aku nak, senang je la nak cari.
Aku: kalau jumpa pun, koe takkan dapat ingat URL dia. Panjang kot...
Bani : sedangkan nombor yang banyak2 pun aku dapat ingat, setakat URL tu macam la susah sangat.

            'setakat URL tu xde hal lah nak cari.. aku kan penyiasat yang hebat...' 

... aku tak fikir sangat ayat dia tu. Tapi secara langsung, aku pandang muka dia. Aku tengok muka dia macam berlagak betul, dengan yakin dia cakap macam tu. Macam dia boleh ingat segala2nya.  Aku rasa macam tak kenal dia hari tu, sebab bani yang aku kenal cool je, baik pulak tu. xde pun cakap dengan perasaan bangga diri. Waktu tu aku sayu sangat. Sebab aku rasa, macam dah kehilangan orang yang slalu buat aku rasa bersemangat kat matrik ni. Aku terdiam, kalau cakap pun aku tak rasa bersemangat. Tapi apa2pun, aku sebenarnya tak layak nak tentukan dia nak buat apa2, sebab dia hanyalah kawan impian aku, suatu ketika dahulu. memang nak berkawan ni xleh paksa, tapi, tak tau kenapa aku tetap rasa

'you are my dream friend no matter what'

NASIB AKU PADA HARI INI, AKU PUN TIDAK TAHU NAK NYATAKAN BAGAIMANA. TAPI AKU YAKIN SETIAP YANG BERLAKU PADA HARI INI ADA HIKMAHNYA. AKU MENUNGGU DIMANA ADA HARI AKU AKAN TERIMA HIKMAHNYA JIKA AKU LALUI SEMUA UJIAN DENGAN SABAR. DAN HARAPAN AKU ADALAH SEMOGA AKU DAPAT BERSABAR. AMIN....

Sunday 25 September 2011

Variasi pengalaman dalam 1 hari


22 september 2011

HARI YANG BERLALU MEMBAWA BANYAK PENGALAMAN. BUKAN SATU ATAU DUA TAPI BANYAK PENGALAMAN BOLEH BERLAKU DALAM SATU HARI. DENGAN BANYAK PERKARA BERLAKU, BARULAH HARI YANG KITA LALUI MENJADI SEMAKIN MENARIK DENGAN VARIASI CERITA YANG BERLAKU.

 Oleh itu, aku pun tak mau kalah dengan pengalaman yang aku lalui dibandingkan dengan orang lain. Pada pagi ini, aku pergi dewan kuliah untuk mendengar syarahan pensyarah. Macam biasa aku pasti akan terlelap sedikit. Itu sudah pasti kerana telah menjadi tabiat. Kalau tak buat memang buang tebiat la aku. Nasib baik Chieya ada kat sebelah aku. Dapat la aku manfaatkan dia menjadi teman berbual aku. Sedang berbual, tiba2 Chieya tanya aku tentang orang yang aku pernah admire dulu. Dari mood gembira, aku tiba2 jadi sedih. Cair hati aku yang dah mengeras menjadi batu tu bila teringatkan dia. Tapi walau down macamana pun aku, aku takkan tunjuk kat Chieya atau kat family aku yang lain. Aku try yang terbaik untuk tunjuk bahawa aku hepi. Takkan aku biarkan , mereka sakit macam aku rasa just sebab aku sedih.



 Tapi walau bagaimana pun, aku still manusia biasa. Kadang2 obvious skali bahawa aku memang sedang bersedih. Kemudian, mama geram dengan aku sebab aku suruh dia control pergaulannya dengan aku. Mama tiba2 duduk sebelah aku. Papa belum masuk dewan kuliah lagi waktu tu. Aku taknak jadi apa2, so aku cakap dengan mama,

aku : mama, jangan duduk kat sebelah sini. Papa masuk nanti apa yang dia cakap.
mama : (berganjak sedikit)
aku : duduk kat depan sebelah Chieya ke, takpe sket. Xde la papa piker bukan2.
mama : hiieesyy! RIMAS LA CAMNI ZUL!

                                          'RIMAS LA CAMNI ZUL!'

 Aku tergamam sebentar. Tak pernah aku duga mama akan cakap begitu. Tapi walau apapun, aku kena teguhkan hati, kerana aku lakukan ini demi kebaikan orang lain. Demi kebaikan family aku. Pernah sekali aku ceritakan hal ini pada amirol, roommate aku pasal mama yang telah berpunya masih rapat dengan aku. Dan apa yang amirol cakap adalah ‘tu la kau. Dah tau dia dah ada orang, koe rapat dengan dia lagi buat ape.’ So aku pun decided untuk kebaikan semua orang, aku perlu buat semua ni. Aku taknak peristiwa semasa di tingkatan 5 berulang semula.

 Habis masa kuliah, aku menuju ke bilik untuk berehat. Waktu tu, aku terserempak dengan hafidz, orang yang dulunya pernah menjadi kawan baik aku. Aku berjalan seperti biasa macam tiada apa yang berlaku. Dia pun sama. Aku rasa lebih selesa begini. Mungkin dia pun sama.

                                       dulu lain sekarang dah lain... T_T

 habis rehat, aku menuju ke bilik tutor pula. Waktu tu aku terserempak dengan Rabani dan Yusuf. Aku pun bersalaman dengan diorang.  Lama tak lepak dengan dorang. Rindu sangat. Tapi sebab ego, segala2nya jadi berantakan.

 Petang tu, dalam jam 1 baru la aku berkesempatan berjumpa cikgu Nik, cikgu matematik. Dia ajar aku topic Polinomial, yang aku masih tak faham sehingga ke hari ini sedangkan semua kawan2 aku dah mahir dengan topik ni. Tak dapat aku sembunyikan, aku kagum dengan cikgu Nik. Aku tak pernah nampak dia marah. Walaupun aku dah jauh ketinggalan, belum pernah lagi dia mengeluh untuk mengajar aku semula tajuk yang tidak aku fahami. Yang aku tak tahan pada hari ini adalah apabila cikgu kuliah Matematik, Pn Fauziah extend masa kuliah kami dari 1 jam kepada 2jam. Adeh. Aku pada mulanya tak kesah sangat. Tapi bila aku teringat petang ni  aku nak berjogging, aku jadi kelam kabut. Pengsan jugak aku kalau macam ni. Dala aku puasa arini. Kat dalam atyaku berzikir (sumpah seranah) je cikgu tu. Hei, apa la aku ni. Dah la belajar tak berkat, pahala puasa hilang plak tu...

                                           last2 semua jadi camni.......

 Semua orang jadi tak tentu arah. Aku tengok semua macam dah naik gila. Mimi kat depan dok mesej orang, mama men pas2 text dengan aku.pasal apa tu biasa la. Ofkoz pasal papa. Eww geli i nyah~ aku pun dok layan je la apa yang dia cakap. Chieya pun sama macam mimi,mesej je kat sebelah aku. Pastu ditambah dengan ketidakwarasan dia, dok menyanyi sorang2 pakai earphone.  Dan yang lain2, muka semua cam tanak idop! Dalam kepala dorang pikir ‘bila cikgu nak penat mengajar ni..?’  emm... tak mungkin lah.. semua cikgu2 sangat berbakat dalam berleter. Setakat mengajar 2 jam tu takde hal lah!


      
                                      'Ei,, bila cikgu nak penat ngajar ni!!!'


 Waktu petang, dalam jam 6 setengah aku jog sensorang. Rasa sihat sangat bila jogging ni. Tengah aku jogging, aku terserempak dengan Afiq, Bani dan Yusuf.  Dorang semua tengah jalan2 round KMPP. Waktu tu,aku terasa jugak. Sorang pun tak ajak aku keluar sekali. Tapi,sekejap je sebenarnya.   Sebab aku pun jogging tak ajak dorang. So bagi aku, fair and square la. Bukan ada orang yang rapat sangat dengan aku selain dorang. Waktu tu, aku rasa betul2 bersendirian. Dan keseorangan, walaupun ramai orang berada di sekeliling aku. Dan pada waktu malam, aku langsung tak blajar. Sampai tengah malam, kerja aku tengok Naruto je.

 BEGITULAH HARI YANG AKU  LALUI PADA HARI NI. BAGI AKU, HARI NI MACAM2 PERASAAN YANG TELAH AKU RASA. BAGI AKU, VARIASI PERASAAN YANG AKU RASA PADA HARI INI, MENUNJUKKAN BAHAWA AKU MASIH MANUSIA YANG NORMAL. KERANA, BARU2 INI AKU MERASAKAN BAHAWA HATI AKU SEMAKIN DINGIN, BAGAI TIDAK PEDULI DENGAN APA YANG AKAN BERLAKU PADA ORANG LAIN DAN DIRI SENDIRI. WAKTU TU, AKU TERASA BETUL2 BERSENDIRIAN,  DAN BERSEORANGAN, WALAUPUN RAMAI ORANG BERADA DI SEKELILING AKU.

Malang melantun2, sekurang2nya menggembirakan hati


21 September  2011
 SUDAH DITAKDIRKAN SETIAP MANUSIA AKAN MENDAPAT UJIAN YANG BERBEZA2, BANYAK ATAU SEDIKIT BERGANTUNG KEPADA KASIH DAN SAYANG ALLAH KEPADA KITA. JIKA DIBERI SEDIKIT UJIAN TIDAK BERMAKNA KITA DIKASIHI ALLAH DAN JIKA DIBERI BANYAK UJIAN BUKANLAH BERMAKNA DIBENCI ALLAH, MUNGKIN SEKALI ADA HIKMAH ATAUPUN PETUNJUK DISEBALIKNYA.

  Begitulah yang selalu berlaku tiap2 hari kita. Bagi aku, hari ni serba serbi malang Hari ni waktu pagi, aku makan banyak sangat. Kalau dikira kosnya, takde la mahal mana aku berbelanja. Makanan ringan yang aku beli, RM7 jee...

 Semuanya menjadi sangat malang bermula dari masa petang, waktu kelas Bahasa Inggeris jam 2 petang. Hari tu, dengan penuh bersemangat aku bersiap dan ofkoz aku bersiap dengan kelam kabut sebab seperti biasa, aku lambat lagi. Akupun dengan tergesa2 menuju ke kelas BI. Emm, xnak tipu la, tapi aku sebenarnya jalan dengan berlenggang je pun, walaupun lambat dah. Dah jadi tabiat kot.  Bila aku sampai kelas, aku tengok sorang pun takde.  Aku pun call mimi, budak praktikum aku.

aku : weh mimi, kelas BI xde ke?
mimi : hmm... (jawab dengan malas)
aku : adeh... weh, aQ da sampai kat depan kelas ni... lupa la klaz da cancel..
mimi : hahaa...

 Waktu tu, aku tau aku bukan bercakap dengan mimi, tapi dengan ‘sleepy mimi’....

                                                         sleepy mimi...

 Down gile lepas aku sedar yang kelas BI sebenarnya dah cancel. Pastu aku pegi D.pongsu. mulanya, aku ingat nak makan sikit je. Tapi, ‘ter’banyak plak..  sampai nak kembung perut aku. Kalau ikutkan, sebenarnya aku nak blaja kat D.pongsu tu. Tapi jadi program melantak lak. Nampaknya kene jogging la aku petang ni. Pastu aku cari cikgu math dgn cikgu bio, nak blaja math dengan tngok markah resit bio, tapi cikgu pun takde.

 Kiranya, sejam tu aku habiskan dengan aktiviti makan je la. Tak heran la kalau aku gemuk tak lama lagi. Pastu, aku ada kelas tutorial plak. Sampai je kelas tutorial, baru aku perasan, kertas latihan tutorial aku xbawak plak. Adusss... down betul hari  ni.. malang melantun lantun.

                                             adeh kenyangnyee........

 Yang xboleh blah, waktu aku sampai kelas tutor, budak praktikum aku boleh tanya, ‘eh zul, apahal awal sangat hari ni??’. Wah, agak terasa di sana. Aku rasa macam slalu je datang lambat... emm.. memang betul pun...

 Lepas kelas tutor, ada kuliah fizik plak. Chieya ofkoz, macam biasa ponteng arr... selamber je xdatang macam parents dye yang tengah mengajar. Waktu malam, ANC (An Nur Comitee) ada buat rush menangkap pasangan kapel. Mungkin sekali sebab Pesta Tanglung sedang berlangsung, kami taknak bagi pelajar yang lain mengambil kesempatan dengan bersenggama dalam kegelapan pesta tanglung tu. Aku meronda di sekeliling KMPP bersama Afiq, Muiz dan Bani.

 ITULAH SERBA SEDIKIT APA YANG TELAH BERLAKU HARI NI. UJIAN DATANG DAN PERGI, ADALAH SESUATU YANG BIASA BAGI KITA SEBAGAI MANUSIA. HENDAKLAH KITA MENEMPUH DENGAN SABAR.  AMIN....

Wednesday 21 September 2011

BANYAK UJIAN BUKAN BEBANAN

UJIAN DEMI UJIAN DATANG MENIMPA. TAPI AKU TETAP CUBA TEGUHKAN PENDIRIAN UNTUK MENGATASI UJIAN YANG MELANDA. DIAKUI JUGA HAMPIR2 DIRI INI JATUH TERSUNGKUR KERANA TIDAK TAHAN DENGAN UJIAN, NAMUN SESIAPA YANG TIDAK DAPAT MENANGKIS SEGALA UJIAN YANG ADA SEBAIKNYA TIDAK DIGELAR SEBAGAI MANUSIA MAHUPUN BINATANG. MANUSIA MERUPAKAN MAKHLUK YANG KUAT SEKALI, JUSTERU KITA SEHARUSNYA DAPAT MENJALANI UJIAN YANG DIBERIKAN ALLAH DENGAN IBADAH DAN KEPERCAYAAN YANG TIDAK BERBELAH BAGI KEPADANYA.


   Okey, cukup dengan tazkirah. Sebab aku menyatakan hal ini adalah kerana aku berasa macam banyak masalah menimpa aku semalam. Dan dengan puas hati, aku menyatakan bahawa aku berjaya menangani masalah2 tersebut dengan tindakan yang betul. Walaupun aku sebenarnya masih ragu dengan apa yang telah aku lakukan, tapi aku tahu, masa tidak boleh diundur. jadi apa pun yang aku sesalkan, tak ada gunanya juga.


   Hari ini, 20 september 2011, seperti biasa aku pergi ke kelas. Tapi begitu la. seperti biasa jugak, aku lebih banyak berbual dari buat kerja. Kerja, ofkoz banyak lagi tak siap. tak tau la apa nak jadi dengan aku. ujian semester (PSPM) dah nak dekat, tapi tak sedar diri jugak. Aku tengok, Chieya, Mimi dengan Ain, iaitu family KMPP aku yang lain semua dah struggle blajar. Semua pakat takut nak masuk program Matrik 2 tahun. Aku ni dah la fokus pun susah, apatah lagi nak mengingat apa yang cikgu ajar. kadang2 dalam masa 24jam aQ lupa semua yang cikgu ajar COMPLETELY!! MasyaAllah.....

   Aku rasa, aku susah nak fokus sebab banyak sangat dengar lagu. Lagu sedih pulak tu. mana la boleh belajar kalau mood kita jadi sedih tiba2. tambah lagi kalau masuk bab kena mengingat. Memang kantoi la...

   So, aku decided nak stop dari mendengar lagu. Bukan stop  la, maksud aku, aku akan kurangkan. Melampau ar nak stop terus. ingat senang ke nak lari dari lagu. Berkaitan fokus pulak, aku rasa, semakin aku nak fokus, semakin aku rasa nak bergurau gurau dengan family aku. Bila dah bergurau tu, mana mungkin aku dapat fokus dalam pelajaran melainkan fokus pada gurauan aku semata mata!

  Tadi jugak, Mama KMPP aku buat MUET. Ain namanya. Lawak jugak la perbualan dorang masa MUET tu. Mama banyak gelak je masa berbicara. Apa yang interesting, walaupun dia banyak gelak tapi percakapan dalam english dia sangat baik. Boleh dikatakan, dia adalah orang yang paling baik sekali dalam family aku. Berkaitan MUET jugak, Kak Ain, salah seorang pelajar ex-PDT praktikum aku, pun buat MUET pada hari yang sama. Dia ni lagi lawak. Nak ketawa guling2 jugak aku dengar ayat dia. situasinya, dia dan 2 orang lagi peserta, Yong dan Kak Zati perlu berbincang, sebagai anak beranak apakah aktiviti untuk bapak mereka lakukan selepas pencen kerana dia berasa bosan di rumah. Mula2 Kak zati, mencadangkan agar bapak mereka bercuti ke luar negara. ayatnya lebih kurang macam ni.

'I recommended that our father can take a long holiday overseas at Galapagos  Island.'

   Galapagos Island?? bukan ke tu pulau yang penuh dengan binatang pelik2, yang baru cikgu ajar masa Biologi tadi?? Pandai Kak Zati kaitkan..







                                     ni Mimi, Eh!! Kura2 kat pulau Galapagos...


   Pastu, Kak Ain pun buat conclusion. ayat yang xboleh blah, Kak Ain boleh cakap camni, ni dialognya.

Kak Ain : so do we reach a conclusion?
Yong : yes2! I think our father just should take on gardening.
Kak Ain : so we reach the conclusion. THANK YOU FOR YOUR COOPERATION!!!         

(~_~')
   Dorang sepatutnya jadi adik beradik, tapi ayat Kak Ain ni macam bercakap dengan CEO syarikat dalam mesyuarat je.... Nasib Kak ain ni baik kalau x aku dah gelak guling2 180 darjah...



..........................................................................................

   Hari ni jugak, aku rasa agak dingin dengan Papa KMPP aku. Mungkin aku agak terasa dengan dia, bila dia tak jujur dengan apa yang dia rasa. Bila dia jeles, dia kata dia tak jeles. Lepas tu, mula la dingin dengan aku. Aku makan hati. Bukan apa, tapi aku  terasa sebab macam aku ni tak boleh dipercayai. Aku paling benci dengan orang yang merampas pasangan kawan sendiri, takkan la aku nak buat benda yang sama kot..

   Lepas isyak, aku terserempak dengan pakcik KMPP, Bani. Aku sebenarnya agak terkilan dengan dia. Semalam aku datang bilik dia untuk berbuka puasa  sekali dengan dia. Tapi tak tau la, dia nak bercakap dengan aku pun macam tak nak. Cakap dengan orang lain okey je. sedangkan aku datang bilik dia bukan untuk makan sangat pun. Aku nak jumpa dia. Tapi dia buat muka moody pulak. Aku moody pun, aku cover la sikit bila jumpa dia. Bila jumpa orang lain baru aku lepas. Aku rasa macam tak wujud je dalam bilik tu semalam. bukan sekali dia buat tapi dah banyak kali. Tapi aQ cuba la paham, maybe dia sakit kot.

   Tapi aku rasa macam nak nangis je waktu tu. yalah,, kawan2 baik aku macam tak ngam dengan aku. Rasa stress sangat. Aku teringat balik ayat kawan aku, Muiz hari tu,

  'bila stress, kalau nak lepas, lepas semua terus.'

   Aku cuma nak menjadi kawan yang baik kepada Bani, dan ingin menjadi kawan yang rapat dan dipercayai oleh Afiq. Aku tak nak lebih. Tu sahaja. tapi, nampaknya aku macam dah gagal mencapai apa yang aku nak tu. 






   Mungkin, aku memang ditakdirkan hidup berseorangan. Bukan berseorangan tanpa kawan2, tapi berseorangan tanpa seseorang yang dapat memberi semangat kepada aku. Mungkin, Hafidz  adalah orang terakhir , yang dapat memahami aku. Aku, rindukan dia. Tapi, aku perlu sedar satu fakta bahawa aku telah pun dibuang oleh dia, dan tak mungkin akan dikutip semula.




                                Disinilah tempatku....

TAPI, SEMUA INI UJIAN SEMATA2. AKU SEBAGAI MANUSIA PERLU TABAH DAN REDHA DENGAN SEGALA KETENTUANNYA. MUNGKIN APA YANG BERLAKU ANTARA KAMI, ADA HIKMAHNYA. SIAPA TAHU, HUBUNGAN KAMI AKAN MENJADI LEBIH RAPAT LAGI SELEPAS KEJADIAN NI. TAPI AKU JUGA PERLU BERSEDIA DARI SEGI EMOSI, ADA KEMUNGKINAN HUBUNGAN KAMI AKAN MENJADI SEMAKIN KERUH, KERANA TIDAK DINAFIKAN SATU FAKTA BAHAWA KAMI DUDUK DI BILIK YANG BERJAUHAN DAN JARANG BERJUMPA. SEMUANYA AKU SERAHKAN KEPADA ALLAH, KERANA AKU TAHU DIA LEBIH MENGETAHUI....






Monday 19 September 2011

'PATUTKAH ORANG LAIN MENJADI MANGSA???'

SEGALA PUJI BAGI ALLAH, TUHAN SEKALIAN ALAM. SETIAP MANISIA PASTI AKAN DIBERI UJIAN YANG DAPAT DITANGGUNG. APA YANG MEMBEZAKAN KITA ADALAH BAGAIMANA CARA KITA SEBAGAI MANUSIA MENGATASI DAN MENJALANI UJIAN TERSEBUT. ADA YANG BERJAYA MENJALANINYA DENGAN CEMERLANG, DAN ADA JUGA YANG GAGAL TERSUNGKUR SEBELUM DAPAT BERJAYA MENCAPAI KEJAYAAN, DAN SEDIKIT SAJA TIDAK BERJAYA MENJALANINYA, AKHIRNYA MENJADI GILA MISALNYA. SAAT INI AKU INGIN MENCERITAKAN APA YANG BERLAKU PADA HARI INI, SESUATU YANG BERJAYA MEMBUAT AKU BERFIKIR SEJENAK DAN BERJAYA MEMBUAT BANYAK PERSOALAN DALAM HATI DAN FIKIRANKU TERJAWAB.

Aku baru sampai dari rumah menuju ke KMPP. Secara ringkasnya aku baru sampai KMPP lah. Aku rasa sayu, sayu sesayu sayunya. mungkin sekali kerana aku merasakan kenangan aku bersama kawan aku balik ke Manjung takkan berulang lagi, walaupun dia ada satu KMPP je dengan aku, tah la, rasa sayu jep. disebabkan itu aku badmud, sampai ke hari ini.

   Dijadikan cerita, pagi ni seperti biasa aku menuju ke kelas Amali Fizik. Aku masuk seperti biasa, dengan muka ketat macam pakai botox. Family dan kawan aku seperti biasa tegur aku, dan aku hanya menjawab hangat2 tahi ayam. takde mud la katakan.. tiba2, tergerak hati aku nak tengok muka kawan2 dan family aku. Bagaikan ada satu suara berbisik, 'bukankah kau telah berjanji dengan diri bahawa walaupun kau merasa tidak bahagia, kau tidak akan bagi orang yang engkau sayangi  rasa apa yang kau rasa???'

   Aku tersentap! Mengapa aku mesti melibatkan orang2yang aku sayang dalam masalah aku? bukankah aku sayang mereka? kalau begitu, wajarkah aku menyuasahkan mereka dengan masalah yang bukan perlu ditanggung mereka?

   Aku sedih, menatap muka Chieya, Luqhman, Mimi, Ain, Afiq membuatkan aku tersedar semua itu. aQ teringat betapa aku memasamkan muka smasa di dalam bilik aku sendiri. bagaikan semua roomate aku macam aku xnak tegur. Wajarkah aku melakukan sesuatu seperti itu, sedangkan aku banyak bergantung pada roomate aku? Sesungguhnya aku memang manusia yang tidak bersyukur dengan apa yang ada, fikirku.

tapi, mereka semua langsung tidak berdendam padaku. terharu aku dengan mereka...



   Maghrib tadi, aku berbuka puasa dengan kawan2 aku, Bani, Afiq, dan Muiz serta beberapa yang lain. habis makan, aku keluar dan bersedia untuk solat maghrib. Aku ambil kesempatan itu untuk berbual sebentar bersama muiz.. Lebih kurang macam ni la dialog kitorang...

aku : muiz, sebagai direktor nur kasih 2, aku nak tanya pendapat koe ni..
muiz : ha? tanya la.
aku : kalau aku stress kan, patut ke aku ekspressikan pada orang lain, atau sepatutnya aku sembunyikan          jep?
muiz : oh, kalau mengikut pndapat aku, koe patut sembunyikan je. bila kau nak luahkan tu, pastikan koe luahkan sehabis2nya. nak nangis pun, nangis la puas2..

   Seandainya aku diberi peluang menangis sepuas2nya, aku akan buat. tapi tu lah, hati dah keras macam konkrit, nangis pun sekerat jalan jea... emm....


   tapi setidak2nya, aku dah tahu apa jawapan yang aku nak. Terima kasih Muiz. Ia akan ambil masa, tapi aku akan cuba ubah perangai aku yang teruk tu.

   lepas tu, kitorang berebut nak jadi makmum masa nak solat berjemaah. memang lawak la. orang berebut jadi imam. Ni terbalik pulak. Last2, seperti biasa aku mesti kalah lawan dengan diorang. Aku pun jadi la imam. Tak tau la kenapa, letih sangat kot. Sampaikan baca surah An Nas pun boleh lupa.

   Tadi, aku datang ke bilik kawan aku. Biasa la, aku rindu ngan kawan aku. Tapi cara dia layan aku macam tak rindu aku je. Terasa gak. Tapi aku just consider yang dia letih. tambahan lagi dia sedang demam. Siapakah dia, biarlah aku saja tahu.

KESIMPULANNYA, AKU RASA AKU PERLU BERUBAH, ELAKKAN DARI MENJADIKAN ORANG YANG AKU SAYANG MERASA PENDERITAAN AKU. ALHAMDULILLAH AKU RASA TUHAN TELAH MENUNJUKKAN JALAN. SEMOGA AKU BERUBAH MENJADI LEBIH BAIK LAGI.

AKULAH MANUSIA, YANG SENTIASA MELAKUKAN KESILAPAN.

Alhamdulillah kerana Allah masih mengurniakan umur yang panjang kepada aku. walaupun sebenarnya, aku berharap agar aku cepat2 kembali ke rahmatullah, tapi sebelum itu,  fikirkan sejenak, apa yang bermain di fikiranku. bila difikirkan, sebab aku ingin kembali ke rahmatullah bukan sebulat2nya kerana allah, tapi kerana aku tidak nampak indahnya dunia, kerana aku bosan dengan hubungan sesama manusia yang seringkali gagal apabila kurancang. dengan ilmu dan amal yang terhad, layakkah aku berada di sana?

apa yang aku ingin ceritakan kali ini, adalah tentang manusia yang suka melakukan kesilapan. bagiku, manusia melakukan kesilapan melalui 2 cara. cara pertama ialah secara terang2an, dan cara yang kedua ialah secara tersembunyi.


cara terang terangan, adalah selalunya dilakukan golongan manusia yang sememangnya memiliki hati yang busuk. cara terang terangan adalah seperti mengumpat, mengata, dan menghina orang lain. pendek kata, ia melibatkan orang lain. memang sebagai manusia, kita tidak dapat mengelak dari melakukan dosa. apa yang boleh kita lakukan adalah mengelak dan mengurangkan perbuatan ini.

hmm... manusia zaman sekarang ni dah jadi manja, sedangkan hukum asal kita tidak boleh langsung mengata dan mengumpat, tetapi perubahan yang berlaku di dunia pada masa kini menyebabkan ramai manusia tidak patuh pada perintah yang mudah ini..

cara tersembunyi, adalah apabila kita menyimpan syak wasangka pada orang lain. pada aku, cara tersembunyi ini adalah cara paling menarik kerana aku sendiri tak dapat mengelak darinya. contohnya adalah hal remeh seperti ini. semasa dalam perjalanan ke KMPP, aku berasa sangat haus sekali. kemudian kawan aku, Rabani namanya mengeluarkan botol air dan minum di hadapanku. Lalu aku pun berkata dalam hati, 'bani xbagi aku air tu, aku memang tak dipedulikan orang dan hidup kesunyian dalam dunia ini'. Lihat betapa bodohnya pemikiran aku pada masa itu, tak dapat aku bayangkan sendiri. Tapi, kita sebagai manusia  tak pernah tepat meramal masa depan. Tiba2 Bani hulurkan botol air tu..

                                                        kaget gue......

                             
Dunia, semuanya fatamorgana.. duniawi semata2. menarik betul. benda yang tidak kita ramalkan, jarang sekali mengena. Sebab tu disarankan kita ini sebagai manusia, menjauhi amalan tilik nasib dan berjudi. kerana tiada siapa dapat meramal apa yang bakal berlaku, walaupun segala2nya telah disusun Allah.

   Kemudian ingin aku ceritakan, di KMPP ni aku ada seorang papa, bukan sugar daddy tapi aku anggap dia sebagai ayah disini. kadangkala jika dia badmud, aku rasa sakit hati dan terasa, tapi aku biarkan saja. lama2 ok la.



                                     mung nok gocoh????? hahaa....

KESIMPULANNYA, SETIAP MANUSIA MELAKUKAN KESILAPAN, SAMA ADA DARI SEGI TERANG TERANGAN ATAUPUN SECARA SEMBUNYI. MARILAH KIT SAMA2 MUHASABAH DIRI, AGAR KITA MENJADI ORANG YANG LEBIH BAIK PADA HARI YANG AKAN DATANG.. AMINN...

Wednesday 14 September 2011

PERSOALANKU SEBAGAI MANUSIA

   Sesungguhnya sebagai manusia, tiada siapa dapat lari dari diberi pelbagai perasaan. cemburu, marah, iri hati dan sebagainya.walaupun tergolong dalam kategori mazmumah, tetapi sekuat mana pun iman kita, pasti tidak pernah terlepas dari rasa dan perasaan sedemikian, melainkan kita adalah golongan nabi, mahupun alim ulama. apa yang aku ingin bangkitkan hari ini bukanlah ceramah berkaitan sikap mazmumah ini, tetapi sebagai mukadimah bahawa manusia biasa tidak dapat lari dari perasaan, termasuklah aku, HAMBA ALLAH YANG SEDANG MENDUDUKI UJIAN.

   persoalanku yang pertama, mengapa manusia begitu buta semasa datangnya perasaan cinta terhadap seseorang?? apakah dapat rasa ini dibendung??

   persoalanku yang kedua, mengapakah apabila kita terasa atau terguris hati dengan seseorang yang penting kepada kita, kita rasakan segala - galanya musnah walaupun ramai lagi manusia2 di sekeliling kita?? adakah ini bermakna manusia begitu bodoh kerana sesuatu yang dipanggil perasaan??

namun, tidaklah bermakna perasaan ini patut dibiarkan, atau diabaikan begitu sahaja. apa yang aku luahkan ini berasaskan pada perasaanku sahaja. persoalan ini seringkali bermain di fikiranku, namun aneh, aku masih tidak dapat mencari sebab dan jawapan yang munasabah bagi persoalanku. segala - galanya masih kekal sebagai misteri, yang sentiasa menghantui hidupku...