Best Feeling Ever!

Tuesday 25 October 2011

RASA APA NI?

26 oktober 2011


waktu pagi tadi, aku jogging. biasa la kalau keluar jogging pada awal pagi. tapi apa yang aku nak sampaikan adalah masa aku jogging tadi, aku rasa sakit. aku tak faham. selama ni aku jogging, aku tak pernah rasa macam ni. aku rasa macam ada sesuatu yang mencucuk2 paru2 aku. pastu aku rasa sesak nafas. kesannya, aku tak dapat nak jogging pada jangka masa yang aku harapkan. aku pelik, kenapa aku tiba2 rasa macam ni?

  harini dah 26 oktober, maksudnya, ada lebih kurang seminggu lagi masa aku kat matrik ni. aku mesti akan rindukan matrik ni, walaupun aku rasa tempat ni dah tak bermakna  lagi. aku berazam, lepas ni kalau aku dapat melanjutkan pelajaran ke mana2, aku takkan begitu mudah yakin bahawa seseorang boleh berubah macam aku yakin kat budak matrik ni. kesannya, aku jugak yang kecewa. dan, kalau aku yakin sekalipun, aku takkan kecewa kalau dia tak berubah macam yang aku harapkan. eh, the main point aku bukan nak cerita pasal budak  yang tak berubah2 tu. aku nak sampaikan, aku rindukan family aku kat manjung. alhamdulillah, 4 november nanti dorang datang ambil aku dari matrik ni. aku nak cari ketenangan. aku nak buang semua tekanan aku kat matrik ni.

  sampai sekarang ni aku rasa tak selesa kat dada aku,, sejak aku jogging tadi. aku risau. sebab aku cuma rasa tak selesa macam ni bila aku terseliuh. tapi, terseliuh kat dada, macam tak logik pulak. rasa sakit ni buat dada aku rasa berat, dan aku rasa sesak nafas.. biar la, takde pape kot... aku nak sambung study demi PSPM yang bakal menjelang ni. semoga allah rahmati usahaku. amin..

Monday 24 October 2011

DILEMA, HAI DILEMA....

24 oktober 2011


  hari ni aku rasa agak dilema. aku bukan selalu fikir sesuatu sampai dilema, tapi hari ni dah lain. tak tau la kenapa aku boleh berfikir pasal benda ni. bagi aku hal ini agak rumit la, sebab ia menyebabkan aku berfikir perkara ni berulang2. aku sedang fikir, kenapa kadang2 orang yang kita rasakan baik, sebenarnya tak sebaik yang kita sangka dan kenapa orang yang kita rasakan jahat, sebenarnya tak sejahat yang kita sangka?


ada seorang hamba Allah ni, dulu aku selalu pikir yang dia ni suka persenda agama. kadang aku geram jugak la. sebab bila melibatkan agama, aku agak sensitif. pastu, kalau nak p surau memang payah la. tapi baru2 ni, aku ikut satu usrah, abang Azizan, graduan USM yang anjurkan. aku suarakan masalah ni kat abang tu. abang tu minta aku agar cuba ajak dia kearah yang betul. pada mulanya aku rasa macam mustahil. memang la, dah sampai persenda agama tu bukan perkara kecil, fikirku. tapi, baru2 ni aku cuba ajak dia pergi surau. dia diam sekejap, pastu dia suruh aku tunggu dia. waktu dalam perjalanan ke surau, dia cakap kat aku,


'aku bukan taknak pergi surau, tapi setiap kali korang pegi surau korang tak pernah ajak aku.'


...waktu tu, rasa lemah betul aku. sebak sekali jiwa aku waktu tu. aku terasa berdosa sangat time tu. aku cuma pandai cakap je, pastu pandai buat andaian yang dia takkan berubah. sedih betul bila dengar dia cakap camtu. pastu aku tanya dia,


'la, nak p surau pun nak kena orang ajak ke?


pastu dia jawab,


'memang la, iman aku ni lemah.'


seyez, time dia cakap camtu, aku rasa dia lain dari dulu. aku rasa, dia bukan sesat macam yang aku sangkakan. aku rasa menyesal, sebab suka2 buat assumption camtu.


sedangkan orang yang aku rasa boleh bertahan dengan iman, mengecewakan aku dengan sikapnya yang buruk, ulang dan ulang lagi sampai aku muak dengan sikapnya, sehingga kadangkala aku rasa dia ni memang seorang yang HIPOKRIT!


dah la, buat semak je pale otak aku pikir hal ni. aku nak cerita, waktu isyak tadi, aku azan kat surau KMPP. aku bukan tulis sebab nak bangga, tapi sebab aku rasa, tu 1st time aku nervous gila. yang aku rasa nak gelak tu, aku rasa macam aku bukan azan tadi, tapi aku menjerit. macam langsuir je pangai aku ni. pasni aku akan praktis azan, baru aku berani azan. kawan aku, rabani pun cakap aku azan boleh buat dia tutup telinga. salah sape? salah aku la.






PENGAKUAN




aku mula rasakan, hidup aku tak bermakna kat sini, sebab orang2 yang betul2 aku harapkan langsung mengecewakan aku, again and again...


YANG BENAR
Dzulkarnain bin Hamzah
@Zullorochi



Saturday 15 October 2011

SUNGGUH AKU TAK SANGKA

 15 oktober 2011


  hari ni banyak benda pelik berlaku. bagi aku macam hari ni merupakan hari anugerah buat aku. biar aku direct to da point, hari ni aku rasa hepi. sebab ada 2 kes...

kes 1
aku dah berbaik dengan Mimi. siyez, selama ni aku dok gaduh ngan dia. lama lak tu. ada la dalam 3 minggu. kitorang gaduh sebab benda kecik je. aku tangkap gambar dia. boleh cakap klaka gak la muka dia. pastu dia suwo aku delete. aku gurau2 la cakap, tanak delete. pastu dia cakap tanak cakap ngan aku dah. aku time tu mud tengah tak baik, mengamuk la aku. hahaa.. tapi sekarang kitorang dah berbaik. panjang lebar kitorang berbual. macam balas dendam tak bercakap 3 minggu. pastu aku pun senyum la.

kes 2
  kes ni siyez aku pun terkejut. hari ni amirol, roomate aku pelik benar perangainya. lepas aku balik dari pasar malam, dia boleh tido lagi. padahal selalunya dia dah bersiap nak p surau. waktu maghrib kowt. aku tengok lemah tak bermaya je dia hari ni. pastu kat bilik mandi kitorang kebetulan bertembung lepas masing2 abis mandi. dia cakap kat aku, dia mimpikan jam azman. dia aritu pinjam jam azman. pastu jam tu tiba2 rosak. sampai skrg dia rasa bersalah. dia cite kat aku
'tadi aku mimpikan jam azman. aku p baiki jam tu. pastu dah okey dah. aku waktu tu dah hepi la. pastu tiba2 haikal datang. last2 aku terjaga.'

siyez, kalo aku pun, aku rasa bersalah jugak. jam tu mahal tu.

pas dia solat maghrib, aku perasan mata dia basah. pastu dia aku risau la. aku kkebetulan blum solat maghrib, terus buat solat ekspress. pastu aku keluar cari dia. last2 jumpa dia kat bawah, tengah menangis. aku pun jadi sebak gile tengok dia nangis. ye la, dia tak pena nangis kat depan aku. pastu aku tanya prob dia. banyak yang kitorang kongsikan malam ni. baru aku sedar, dalam diam ada kekacauan dalam hati dia. dan aku juga sedar, dia banyak simpan masalah. lepas ni, aku harap hidup dia lebih baik..

Friday 14 October 2011

DUA HARI YANG PANJANG

15 oktober 2011


  Err... Rasa seram sejuk plak on9 kul 3 pagi ni. aku terbangun sebab nightmare. adei.. dari semalam macam tu. Sebab nightmare ni jugak la, aku demam. kisahnya bermula sejak 2 hari lepas....

  Hari khamis, semuanya biasa2 je, macam hari2 yang lain. hari tu, semuanya jadi luar biasa bila time kuliah biologi. waktu tu, mama n papa KMPP aku berbual kat belakang. aku malas la nak amik taw urusan orang2 tua, so aku pun duk la jaoh2. pastu bila line clear, aku p blakang. sebab memang lumrah kejadian aku, akan duduk kat blakang walaupun ramai dak pompuan. lantaklah, asalkan leher aku tak bengkak sebab kena mendongak nak tengok slide kat depan. tapi, time tu la segala2nya jadi serba tak kena. mama aku datang kat aku, cakap papa pentingkan orang lain dari dia.

  aku malas nak pikir, so aku wat assumption yang aku rasa betul, so direct la aku tnya mama, 'Jilat Punggung Pelajar (JPP) tu ke?'. Mama kata bukan. tapi pokoknya, mama kecik aty sebab papa pentingkan orang lain. aku yang tataw pape, sebab mama citer pun tak detail, buat bodo je la.

  pastu petang Khamis tu, mama kol aku.mama citer dari A smpai Z, tentang apa yang berlaku kat kuliah bio. waktu tu baru la aku faham keadaan yang sebenar. mama cemburu buta rupanya. ahakz... klaka nih! pastu aku pun bagi la kuliah tambahan kat mama. padan muke, kol aku lagi. kan dah kena lecture.. pastu, mama janji kat aku dia akan betulkan keadaan.

  malam tu, aku s2dy kat library ngan papa aku. papa pulak, langsung tak nampak sedih. so aku assume dia dah berbaik dengan mama. tapi aku sebenarnya rasa pelik time tu. knapa enset papa tak berbunyi langsung time tu? slalu mesti bising sebab mesej dengan mama. ternyata, assumpttion aku salah. rupanya mama ngan papa masih bergaduh time tu. mama bagi ayat tacink kaw2 plak tu. aku pun mesej mama, aku kecewa dengan mama. sebab aku percaya kat janji dia tu. tapi, lain plak yang jadi.

  keluar dari library, papa tanya aku, apa yang aku mesej mama tadi?

papa : dzul, apa yang koe hantar kat mama tadi?
aku : ha? xde pape pun.
papa : koe ingat koe nak tipu budak tadika ke? mama tanya papa bgtau koe ke pasal ayat tu?
aku : ....
papa : tahniah dzul. koe berjaya MEMBURUKKAN LAGI KEADAAN.

 siyez, time tu lemah je kepala patella(lutut) aku nak melangkah. berat dah mata aku time tu. bukan ngantuk tapi nak nangis. tapi papa still lagi boleh tersenyum. kuat betul semangat papa. sangat penyabar. waktu tu aku target nak ke bilik cepat2. tak sanggup aku nak menatap muka papa. Ya Allah, apa yang telah aku buat? tengok2, papa follow aku sampai ke bilik. terbantut air mata aku nak kua time tu. papa nak tengok aku habiskan soalan kimia, 1 soalan pun jadi la.

  tak lama lepas tu, papa pun bersiap nak balik. papa cakap, 'dzul, aku tak tau apa yang kau nak buat lepas ni. tapi aku harap, koe takyah la buat apa2. tunggu dia cool down dulu.' skali lagi kepala patella aku menggigil. segala usaha aku cuma memburukkan keadaan je. tu yang aku fikirkan. lepas papa melangkah pergi, aku ambik sudut tersorok dalam bilik aku, ambik tuala, tutup muka, pastu tersedu2 nangis. cet, klaka jugak time tu. pastu Azman, roomate aku perasan. aku tak taw camna dia sedar.

dia pun tanya
azman : eh zul koe kenapa ni?
aku : ...
azman : relax la. nape nangis2 ni. chill man...

pastu, aku on9 sekejap, dan tido. waktu tu, aku mula nightmare. aku mimpi, ahli keluarga KMPP aku semua tak bertegur, sebab mama dan papa dah 'bercerai'. semuanya buat kerja masing2, macam tak kenal antara satu sama lain. apa yang aku dah buat??!!

                      Ibu Bapa merupakan tunggak kebahagiaan sesebuah keluarga

tiba2 aku terbangun. aku try tidur balik, tapi mimpi tu menghantui aku. bila dapat tido, aku akan terjaga balik. last2, aku demam esoknya.

  aku tak dapat bangun, gerak pun susah. so lepas subuh, aku sambung tidur. dalam kul 4 petang baru aku tersedar yang aku masih hidup. kuliah, kelas semua lebur arini. Ijat banyak tanya keadaan aku. terharu gakz. mirol letak ubat kat atas meja aku. tapi aku tak makan sebab dah dilatih camtu.

  maghrib, aku terserempak papa kat surau. seyez kaget. ingat dia tak datang surau. papa tanya aku sakit apa? pastu aku just cakap demam sket. pastu papa ajak makan. papa cter dia datang bilik kul 10 pagi. nak datang lawat aku + ponteng kuliah math. dia ngan atok..

  papa cakap dia dah oke ngan mama. tengah2 malam, dia dah tido. tiba2 mama kol. dorang berbual, gelak2 cam takde papa berlaku. papa pun pelik. aku yang mendengar lagi la pelik.. tapi pokoknya, dorang dah berbaik.

                                                    HAPPY FAMILY

pastu aku pun cakap kat papa,
'tahniah sebab berjaya buat aku demam sebab korang'

aku saja nak balas ayat jahat dia semalam, tapi tengok2 dia balas camni,
'YES! TU YANG AKU NAK DENGAR!!

ARRRRGHH!!! PAPA!!!!!!

  dua hari ni, aku rasa panjang betul. tak pernah aku sakit sebab benda kecik camni. tah la. papa pun slalu cakap, 'MANUSIA AKAN BERUBAH'...









Sunday 9 October 2011

DORONGAN SEORANG 'PAPA'


03 oktober 2011

hari ni, isnin aku rasa penat sangat. Taktau la kenapa. Stress skit la. Aku nak cerita waktu aku kat kelas tadi. KMPP dah tak buat kokurikolum, sebab diganti dengan kelas tutorial. Hari ni, cikgu tutorial matematik aku yang buat kelas. Aku datang kelas dia dengan badan yang letih, tersangat letih. Aku tak tau kenapa jadi macam ni. Sedang cikgu tengah mengajar, aku hampir2 tewas. Nak tertido la maksudnya. Focus waktu tu memang dah lost entah ke mana dah. Cikgu perasan jugak dengan kelakuan aku tu. Cikgu senyum je tengok aku. Aku balas la balik senyuman cikgu tu, sambil dalam hati berkata ‘baiknya cikgu ni, kalau aku jadi dia, dah lama aku penaboh budak yang tido dalam kelas aku.’pastu ada sampai satu tahap tu, aku betul2 terlelap. Dah duduk bawah kipas, angin menderu2 tiup uishh memang selesa gila la. Aku cuba sedaya upaya tahan mata tapi aku tewas jugak. Last2 nyenyak. Pastu, Afiq, papa KMPP aku yang kebetulan duduk sebelah aku gerakkan badan aku. Mula2 takde respon la. Orang tengah masyuk melayan kipas la katakan. Tiba2 dia berbisik, ‘beerjuanglah, hingga ke akhirnya..’  waktu tu aku terus terbangun. Wah dalam gila ayat papa aku nie. Terbaeekk...

  tu je la aku nak citer untuk hari ni. Satu lagi, aku dok potostat assignment utk budak praktikum tapi ada yang tak amek. Hmm... dah la. Tu la cite aku untuk hari ni. Aku rasa penat sangat. Salamun alaik...

ROLLER COASTER RM1.40



02 oktober 2011

Hari ni, ahad, cikgu kuliah matematik aku buat kelas tambahan. Bukan calang2 masa dia, dari pukul 8 pagi smpai 12 setengah tghari. Nasib baik ada rehat. Kalau tak, demonstrasi besar2an la kitorang dalam dewan kuliah tu. Aku sebenarnya agak terhibur dengan cikgu tu. Yelah, walaupun semua orang dalam dewan dah buat muka cam tanak idop je, tapi dia boleh lagi mengajar sambil senyum. Hei, senyum sokmo segalo... pastu, dia hulur la jugak gula2 kat kitorang yang datang kuliah dia. Sambil2 mengajar, dia guna ayat trademark dia,’ ok kanak2, paham x?’ sesuai sangat la dengan gula2 yang dia bagi tu.

  Petang tu, aku keluar p pekan Kailan dengan bani dan Afiq. Setiap dari kitorang ada tujuan masing2. Aku nak beli susu tepung. Budak bilik aku suka minum. Jalan punya jalan, tengok hari dah nak  malam. Kitorang balik menggunakan bas rapid penang a.k.a roller coaster. Giler btul bas yang kitorang naik tu. Kalau pusing tu, sampai nak bas buat drift. Kitorang pulak sempat la gelak2 dalam bas tu. Mana taknya, dapat naik roller coaster dgn harga RM1.40 je. Macam2 jadi. Mula2 Afiq ilang selipar kat bawah kaki dia. Tah kemana terbang. Pastu beg Bani plak terbang ke arah pintu. Nasib pintu tertutup kalau tak dengan Bani2 skali terbang keluar nak selamatkan beg dia tu. Itu la yang omputeh cakap, ‘once in a lifetime experience’..

  Sampai KMPP, aku berbual dengan Afiq. Kitorang ikut bani ke surau sebab bani ada perjumpaan dengan KD dia. Serius, aku berbual dengan Afiq semalam,aku rasa hilang tension aku. Aku cerita semua masalah aku dari A sampai ke Z. Semua yang aku rasa, aku cerita semuanya. Waktu tu, aku sedar dia seorang kawan @ papa yang sangat baik.

Tu je untuk hari ni. Takde lagi yang menarik. Salamun alaik..

BERJANJI BIAR BERTEMPAT


27 september 2011

PERASAAN MANUSIA SUKAR DIDUGA. ADA SESETENGAHNYA SUKA BERJANJI MELIBATKAN PERASAAN, CONTOHNYA TAK NAK KAPEL LAGI. SEBENARNYA BAHAYA MEMBUAT JANJI DAN SUMPAH SEPERTI INI.TAKUT2 TAK TERTUNAI, KAN DOSA JAWABNYA. BAIK KITA SERAHKAN SEGALA GALANYA PADA ALLAH, KAN SENANG.

 Ceh, aku ni cakap je kencang. Tapi aku sendiri pun buat janji macam tu. Nanti aku cerita sebab apa. Sebelum tu, mari aku ceritakan kisah aku hari ni. Pagi ni, kelas pertama aku adalah biologi. Aku belajar tentang ‘human reproduction’.  Yang tak boleh belah tu, aku punya action macam berlebih2 plak. Bila imbas balik macam menyampah pun ade ngan perangai aku tu. Macam takde maruah je aku time tu. Citer pasal mruah aku teringat ayat afiq hari tu,

‘walaupun aku ni ahli KGT yang tak bermaruah, tapi aku pandai jaga maruah diri..’

 Terbaik la ayat dia. Sampai hari ni aku terasa kehangatan ayat dia. Balik pada kisah aku, bila tiba waktu kimia, cikgu tutorial, Mr Ibrahim buat kuiz chapter 6, Chemical Equilibrium.yang problemnya, satu pun aku tak boleh jawab. Kalau diikutkan, markah aku sebenarnya 0/10. Sebab aku tak jawab apa pun. Aku hantar tadi pun dengan jawapan cikgu bagi. Tak tau la cikgu nak bagi markah berapa. Pasrah je..

 Aku terasa diri aku ni sangat bodoh. Kalau dibandingkan antara aku dengan budak kelas aku, Celia, Chong, Yong, Denishwary, Huda, aku ni jauh lebih bodoh dari diorang. Kalau nak dibandingkan aku dengan family KMPP aku, Afiq, Ain, Luqhman, Chieya, Mimi, aku ni bodoh sikit dari dorang. Tak tau la. Fikiran aku sangat terganggu.  Terasa sangat jauh ketinggalan dari diorang. Macam takde function je aku masuk matrik ni.

Dah la bnyak ketawa je hari ni. Cikgu cakap buah tu datangnya dari ovary tumbuhan, aku ketawa. Cikgu cakap kalau persenyawaan tak normal berlaku kat fallopian tube, aku boleh tanya ‘sakit tak cikgu?’. Pastu gelak lak. Tah pahape la aku ni. Aku rasa down betul sekarang ni. Rasa nak pitam pun ada.

 Sekarang, aku belajar macam biasa. Tapi, aku lupa. Cepat lak tu. Dalam masa 24 jam je aku dah lupa. Aku paham apa yang cikgu ajar. Tapi bila cikgu bagi soalan, aku blur... macam cikgu tak pernah ajar je benda tu. Apa salah aku? Ada sumting i left behind ke?? Aku rasa, aku patut lakukan sesuatu. Kalau tak, aku akan gagal kat matrik ni. Kawan2 aku yang lain membangun seorang demi seorang kat matrik ni, tapi aku? Apa yang aku buat sepanjang tempoh hampir 5 bulan ni?

 Pastu aku nak citer waktu aku pergi kelas math tutorial. Waktu kelas tu berlangsung, cikgu Nik datang ke arah aku. Pastu dia Tanya pasal tutorial.

Pn Nik : semua ok ke jawab soalan tutorial?  Afiq? Luqhman? Zul?
Aku : ....
Pn Nik : zul? Ok ke??
Aku : ...
Pn Nik : Zul? Eh, polynomial? Tutup2. Kita dah sampai tajuk trigonometric function dah. Mana tutorial zul?
Aku : eheheheh....(tersengih macam kerang busuk)
Pn Nik : apa eheheheh? (sambil tersenyum)

 Emm. Keje tak siap pulak. Bukan selalu tapi semua kerja lah... tak pernah aku siapkan kerja yang Pn Nik bagi. Tak tau la apa nak jadi dengan aku ni. Cikgu begitu baik dengan aku tapi ini yang aku balas. Aku rasa macam aku sebenarnya tak layak dapat cikgu baik macam tu.

  Kemudian, lepas matematik aku rehat. Lepas tu disambung dengan aktiviti biomate. Kalau yusuf, dia sebut biomath. Term baru bagi aku, sebab belajar bio yang melibatkan kira2. Sedangkan bio tak pernah perlu kira. Kalo ada pun yang simple je lah.. xde hal la nak selesaikan. Petik jari pun boleh keluar jawapan. Balik pada cerita,aku sebagai  faci bio bertindak menerangkan apa yang ada dalam biologi. Dan anak2 buah aku adalah Ain, Ainul dan Adawiyah. Walaupun mereka mendengar dengan kusyuk sampai muka berkedut seribu, tapi dengan terhormatnya mereka cakap, ‘tak paham’... masyaallah...

 Habis biomate, aku bercerita kat ain pasal blog dia. Aku sedih baca blog dia dan xsanggup nak baca lagi. Dia tulis pasal atuk dia meninggal, dan aku macam tak dapat mengawal kesedihan baca kisah tu. So ain pun dengan bersemangat cakap kat aku pasal atuk dia. Dia rapat dengan atuk dia, pastu dia cerita detik sebelum atuk dia meninggal. Katanya, sebelum atuknya menghembuskan nafaz terakhir atuknya panggil mak ain tu. Tiba2 atuk dia peluk mak ain. Dia cakap kat mak ain, ‘abah takut’. Mak ain pun gelabah, panggil adik mak ain tido skali kat rumah atuk ain tu. Pastu, kakak ain pun ada cerita jugak. Atuk ain minta kakak ain urut dia. Kebetulan kakak ain ni ada STPM,baru balik study, kakak ain cakap, ‘ala penat lah. Nanti je la.’ Sedar2, esoknya atuk ain dah takde.

Aku sedih sangat dengar cerita ain tu. Nasib tak nangis kat dalam library tu. Pastu aku plak citer pasal pakcik aku meninggal. Yang buat aku mnyesal, aku boleh cakap camni kat dia,

‘tapi apa yang kita rasa tak sama ain. Koe kematian atuk, aku kematian pakcik. Koe tak rasa lagi kematian pakcik tu camne.’

Tup2, malam tu dia dapat berita adik bongsu bapak dia a.k.a pakcik dia meninggal. Yang sadisnya, dia dapat berita kematian 2 kali dalam semester ni, dan pada tarikh yang sama pulak tu, 27 haribulan. Dah la mulut aku lancau+lancang kat dia.

 Sekarang aku nak cerita tentang apa yang aku maksudkan di awal blog aku ni. Sebenarnya petang tadi, dalam perjalanan aku nak balik ke bilik aku, aku terserempak dengan seorang perempuan. Dia satu kuliah dengan aku dan satu permainan dengan aku, tenis dalam kokurikolum. Dalam pertemuan tu, dia tegur aku.

Dia : hai zul..
aku : eh hai...
dia : eh, lewatnya habis kelas?
Aku : biasa la. Nak ke mana tu?
dia : nak ke (aku lupa dia nak ke mana)..
Aku : oh ingat nak outing tadi..
Dia : haha...
(matrikulasi tidak membenarkan pelajar outing pda hari kuliah)

 Waktu tu, terdetik di hati aku. Baiknya dia ni. Terus terang, aku tertarik dengan dia. Tapi takde la sampai nak berkapel dengan dia. Waktu tu hampir2 je aku rasa nak leburkan janji aku taknak kapel. Tapi, cukup sekali tidak sanggup ku mengulangi. Aku taknak rasa sakit macam kat orang yang aku admire dulu. Dan aku takkan mudah2 kapel mahupun minx kapel. Sejauh ni, Cuma Amirol, roommate aku yang tau pasal ni.
PADA WAKTU TU, TERSEDARLAH AKU BETAPA LEMAHNYA IMAN AKU SEBAGAI MANUSIA. APA YANG DIPERINTAHKAN ALLAH PUN AKU TAK BUAT SEPENUHNYA, NI PULAK NAK LAKUKAN SESUATU YANG TAK PERNAH DIPERINTAHKANNYA. TAK LAYAK BAGI AKU, DAN AKU TAK NAK MENZALIMI DIRI SENDIRI JIKA AKU TERASA KECEWA DENGAN RASA ITU. JADI SEBAGAI KATA PUTUS, AKU TAKNAK MINTAK KAPEL. DAN, AKU TETAP AKAN SETIA PADA YANG AKU ADMIRE TU, WALAUPUN DIA MULA MENJENGKELKAN AKU SEKARANG DENGAN PERANGAI DIA YANG MAKIN MENJADI2 TU.

SERONOK KE TAK?


24 september 2011

 PENGALAMAN YANG MENARIK SUKAR DIDUGA. KADANGKALA IA DATANG TANPA KITA SANGKA SANGKAKAN. SAMA SEPERTI YANG BERLAKU PADA AKU HARI NI. AKU SEBENARNYA DAH LAMA MERANCANG NAK KELUAR HARI NI. DARI HARI ISNIN LAGI. MAKSUDNYA 5 HARI LEPAS LA. DAN KALAU MENGIKUT RANCANGAN AKU KELUAR SORANG JE. TAPI, SEKALI BANI, AFIQ, YUSOF, LUQHMAN, QHAIRUL DAN MUIZ PUN NAK KELUAR SEKALI.

 Pada hari sabtu yang indah ni,aku bangun awal betul. Pukul 6.30 pagi dah bangun. Kalau hari ada kuliah, liat betul aku nak bangun. Macam mati je bangun awal. Tapi, bangun awal tu mengingatkan aku pada sesuatu. Aku teringat, Hari ni aku bertugas di bilik PA system. Mula2, aku hanya perlu membuka nasyid. Aku pun buka lagu Maher Zain, tajuknya Alhamdulillah, open your eyes, dan kemudian aku teringat Bani suka betul dengan lagu Freedom nyanyian Maher Zain, jadi aku pun bukak la lagu tu. Tugas aku pasang lagu ni sebenarnya untuk kejutkan sapa2 yang tak bangun lagi. Aku mula bertugas pukul 7.30 pagi. Waktu tu, aku rasa dah terlepas dah subuh kalau bangun pun. Baik terus tidur je. Tak tau la kenapa disuruh buka lagu time tu. Pelik2....

 Bila aku habis bertugas, tiba2 ketua Lajnah siaraya, Najib hantar mesej kat aku, ‘very good’. Lajnah siaraya sebenarnya memainkan peranan bertugas di bilik PA system untuk menyampaikan pengumuman. Waktu tu, aku rasa terharu gila. Sebab dia menghargai kerja yang aku buat. Ucapan very good tu dah cukup buat aku rasa dihargai. Bertuah aku dapat ketua sebaik dia.

 Pastu, tibalah waktu untuk aku outing. Waktu dalam bas, panas betul. Ye la, bas tu langsung tak nak gerak. Nak tunggu orang lain la tu. Aku kat dalam bas tu dah separuh masak dah. Kalau aku ni sebiji telur dah cukup syarat untuk dimakan dah. Kebetulan jugak, dalam bas tu aku duduk sebelah Haikal, kawan roomate aku yang kebetulan jugak outing sebab nak dating ngan awek dia. Dia berbual dengan aku pasal awek2 ni. Maklumlah, baru first time kapel, tu yang excited state melampau sikit tu.

 Pastu, aku, Bani, Afiq, Yusuf, Luqhman, Muiz, Qhairul, Faiz pun cadang nak tengok wayang kat Jusco. Tapi, luqhman tak jadi nak ikut sekali sebab dia nak tunggu kawan dia datang jusco. Kitorang tengok cite Johnny English, pelakon utamanya adalah Rowen Atkinson, yang menjadi pelakon utama dalam cerita Mr Bean tu la. Terus terang, klaka gile cerita tu. Dari awal sampai habis cerita aku tak berenti ketawa. Aku duduk sebalah Afiq dan Afiq duduk sebelah Qhairul. Yang lain2, ambik seat belakang kitorang. Citer tu menceritakan tentang special agent yang bodo2, tapi kerja tetap jalan. Memang berbaloi tengok cerita tu.

 Pas abis tengok wayang tu,kitorang makan KFC plak. Kebetulan hari tu Mimi, adik KMPP aku outing jugak dengan Odah, Nenek KMPP aku. Ain, mama KMPP aku tak nak keluar manakala Chieya, adik bongsu KMPP aku plak ada MUET program. Kasihan deh lo... Aku dah janji nak belanja Mimi so aku pun belanja la. Waktu makan tu, Faiz makan satu meja dengan Mimi. Serius, dorang ni macam tak kenal je. Padahal hari2 mesej. Dorang boleh buat malu2 kambing plak. Tah pahape. Bila tengok dorang, aku teringat bila aku keluar dengan Fazlina, orang yang penah jadi awek aku dulu kat Manjung. Aku takkan biarkan suasana sunyi, aku akan buat suasana ceria macam buat lawak bodo ke, gurau ke. Yang pasti aku akan buat dia senyum dan ketawa. Tapi faiz lak diam je. Suruh aku duduk semeja dengan dorang plak tu. Geli hati aku. ^_^

 Sepanjang aku kat Jusco tu,Bani macam tak nak cakap dengan aku. Tapi aku sedar, bila ada kawan lain dia memang akan jarang bercakap dengan aku. Tak tau la sebab apa. Sedih jugak la. Tapi apa la yang aku boleh buat sangat. Doa je la.

Pastu balik dari jusco, aku duduk sebelah Yusuf. Waktu tu, aku rasa aku tertekan. Tak tau la kenapa tapi aku rasa nak baring kat bahu Yusuf. Waktu tu aku rasa tension aku release sangat. Bangun je terus boleh senyum sokmo. Terima kasih Yusuf. ^_^

 Waktu aku sampai KMPP, aku pun rehat sekejap. Waktu tu, aku teringat kat Pn Nik, cikgu tutor matematik aku. Pagi tadi dia ajak aku pergi program matematik kat Dewan Al Farabi. Aku Agak terharu. Sebab, terlintas dalam hati dia nak ajak aku. Aku tau, dia buat demi kebaikan aku.

Kemudian, aku teringat waktu aku kat Jusco tadi, Faiz cakap kat aku,

Faiz : kenapa koe tak jadi KP(ketua praktikum)?
Aku : ha? KP?
Faiz : ye la..
aku : hahaa... lawaknya aku jadi KP. Kenapa koe cakap camtu?
faiz : muka koe ada gaya KP la...

Waktu tu, aku just ketawa dalam hati je.. hancur la praktikum aku kalau aku jadi KP. Kalau jadi Bendahari pegang duit, tu aku nak.. ^_^..

BAGI AKU HARI INI ADALAH HARI BAHAGIA YANG ALLAH BERIKAN PADA AKU. TERIMA KASIH ALLAH KERANA MENGURNIAKAN SAHABAT2 YANG RAMAI PADA AKU, WALAUPUN AKU TAK LAYAK MENERIMA PEMBERIAN INI KERANA MEREKA TERLALU BAIK UNTUKKU. TERIMA KASIH ALLAH....