Hidup kita ni memang seronok. Ada perkara baik berlaku. Ada jugak perkara buruk berlaku. Itulah dia warna warni kehidupan. Bila hidup kita ada warna warni kehidupan, senyumlah. Kerana ini bermakna hidup anda belum dipulaukan oleh insan2 di dunia ni... ^_^
Best Feeling Ever!
Sunday, 9 October 2011
ROLLER COASTER RM1.40
02 oktober 2011
Hari ni, ahad, cikgu kuliah matematik aku buat kelas tambahan. Bukan calang2 masa dia, dari pukul 8 pagi smpai 12 setengah tghari. Nasib baik ada rehat. Kalau tak, demonstrasi besar2an la kitorang dalam dewan kuliah tu. Aku sebenarnya agak terhibur dengan cikgu tu. Yelah, walaupun semua orang dalam dewan dah buat muka cam tanak idop je, tapi dia boleh lagi mengajar sambil senyum. Hei, senyum sokmo segalo... pastu, dia hulur la jugak gula2 kat kitorang yang datang kuliah dia. Sambil2 mengajar, dia guna ayat trademark dia,’ ok kanak2, paham x?’ sesuai sangat la dengan gula2 yang dia bagi tu.
Petang tu, aku keluar p pekan Kailan dengan bani dan Afiq. Setiap dari kitorang ada tujuan masing2. Aku nak beli susu tepung. Budak bilik aku suka minum. Jalan punya jalan, tengok hari dah nak malam. Kitorang balik menggunakan bas rapid penang a.k.a roller coaster. Giler btul bas yang kitorang naik tu. Kalau pusing tu, sampai nak bas buat drift. Kitorang pulak sempat la gelak2 dalam bas tu. Mana taknya, dapat naik roller coaster dgn harga RM1.40 je. Macam2 jadi. Mula2 Afiq ilang selipar kat bawah kaki dia. Tah kemana terbang. Pastu beg Bani plak terbang ke arah pintu. Nasib pintu tertutup kalau tak dengan Bani2 skali terbang keluar nak selamatkan beg dia tu. Itu la yang omputeh cakap, ‘once in a lifetime experience’..
Sampai KMPP, aku berbual dengan Afiq. Kitorang ikut bani ke surau sebab bani ada perjumpaan dengan KD dia. Serius, aku berbual dengan Afiq semalam,aku rasa hilang tension aku. Aku cerita semua masalah aku dari A sampai ke Z. Semua yang aku rasa, aku cerita semuanya. Waktu tu, aku sedar dia seorang kawan @ papa yang sangat baik.
Tu je untuk hari ni. Takde lagi yang menarik. Salamun alaik..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment