Best Feeling Ever!

Tuesday 16 August 2011

KAWAN - KAWAN BARU

SEGALA PUJI BAGI ALLAH, TUHAN SEKALIAN ALAM. SEGALA YANG BERLAKU PASTI BERADA DALAM KEHENDAKNYA DAN KAWALANNYA. SAMALAH KEADAANNYA SEKARANG, AKU SEBAGAI INSAN KERDIL DAN JUGA HAMBANYA, SANGAT KAGUM DENGAN KEKUASAANNYA. SUNGGUH AKU TIDAK MENYANGKA, DIA MAMPU MENGUBAH KEPUTUSANKU UNTUK TIDAK BERKAWAN LAGI. DAN YANG LEBIH MENGEJUTKAN, AKU DIKURNIAKAN DENGAN KAWAN - KAWAN YANG SANGAT BAIK, TERLALU BAIK UNTUK DIGAMBARKAN DENGAN KATA - KATA. KALI INI, BIARLAH AKU MEMPERKENALKAN KAWAN YANG INSYAALLAH, BEROLEH SYURGALAH HENDAKNYA.


NAMA : Rabani bin Ashaari
NAMA PANGGILAN : Bani @ Rabani @ bugs bunny
KEPERIBADIAN : pendiam, pemalu sedikit, berpegang kuat pada agama.
RINGKASAN : aku mula mengenali Bani semasa aku selalu datang ke bilik kawan aku di C.2.2.5 dan pada mulanya aku xnampak sebarang ciri yang menarik pun padanya. biasalah orangnya pun agak pendiam, jadi agak susah untuk aku mengenali perangai dan keperibadiannya. namun apabila terjadi satu kejadian yang tidak diingini, aku mula rapat dengannya sejak itu. aku mula melihat terdapat banyak kelebihan dalam kesunyian padanya. semakin lama aku mengenalinya, semakin aku tertarik pada caranya yang sangat patuh pada agama dan gayanya yang simple, dan dia satu2nya sahabat yang boleh membuat aku kagum, sehinggakan aku meniru banyak perbuatannya. kadang2 bila dia menegur sesuatu, aku akan ingat tegurannya,  kerana dia bukanlah jenis yang suka menegur. yang menariknya, banyak kisah hidup kami hampir sama. apa yang terjadi pada aku, mungkin akan jadi padanya tak lama kemudian, and vice versa. pendek kata, dia ada banyak ciri2 tersembunyi. bersyukur aku kepada allah kerana dikurniakan sahabat sepertinya.                                                                                                                                                                    



NAMA : Muhammad Afiq bin Bakri
NAMA PANGGILAN : Afiq @ papa
KEPERIBADIAN : patuh arahan agama, cool, kadang2 hot tempered, kadang2 tak
RINGKASAN : sama seperti Bani, aku mengenalinya semasa di blok C.2.2.5 dan secara kebetulan dia adalah classmate aku di matrik. orangnya agak cool, simple dan semasa marah, dia lebih suka mendiamkan diri. tapi senang untuk berkongsi masalah pada orang2 yang dipercayainya. aku banyak meniru ayat2 dari Afiq ni. Afiq juga adalah seorang yang kurang pandai mengekspresikan rasa sayang. terus terang, sepanjang aku berkawan dengannya aku masih belum dapat mentafsir apa yang bermain di fikirannya kerana mukanya pandai menipu pandangan orang lain. kadang2 kita nampak Afiq ni happy, tapi sebenarnya sedang dalam kesedihan. tapi, itu yang unik tentang Afiq. dia ni jenis orang yang simple sebab dia akan tanya orang SEKALI sahaja jika dia nampak orang ada masalah. kalau tak nak cerita, LANTAKLAH, kata Afiq. aneh betul Afiq ni ye...


NAMA : Mohd Amirol bin Ahmad Zamanhuri
NAMA PANGGILAN :  Mirol @ Amirol
KEPERIBADIAN : ceria dan periang (kecuali time ada masalah), perangai aneh dan gila2 sedikit
RINGKASAN : Mirol ni adalah roomate aku kat matrik ni. bagi aku dia satu2nya yang paling faham lawak aku dalam room aku. apa yang menarik pasal Mirol adalah selalu rasa diri comel. memang statement yang amat menggelikan hati pada mulanya, tapi kalau benda dah betul, betul la jugak. at least dia bukan just cakap besar. perangai dia pun ada sedikit persamaan dengan aku. selalu lambat. datang kuliah pada waktu yang betul2 genting, dan akhirnya dua2 ada pengalaman kena kunci pintu tak dapat masuk kuliah. cantekk, dua2 perangai macam biawak komodo!! tapi apa2pun, dia memang roomate yang baik. dia  boleh pinjamkan aku barang2 dia, sedangkan pada fikiran aku, dia patut pinjamkan hanya pada orang yang dipercayai sahaja. aku risau lepas meninggalkan matrik, aku takkan dapat roomate sebaik dia, Azman dan Izzat.


NAMA : Mohd Azman bin Samer
NAMA PANGGILAN : Azman @ man @ ketua syaiton C.5.3.8
KEPERIBADIAN : bertenaga, rajin, pandai mencari publisiti (mencapap)
RINGKASAN : Azman ni pun roomate aku jugak. dari hari pertama dia menjejakkan kaki ke matrik ni, dia memang dah banyak bercakap. maksudnya senang berkawan la tu. waktu mula2 dia masuk bilik, parents dia pun ada sekali. sempat juga ayah dia bagi kata2 hikmah sepam dua. walaupun aku tak berapa ingat ayatnya, tapi aku pasti ada kebenaran dengan kata2 ayahnya. makin lama, aku makin kenal dia. waktu mula2 masuk sangat baik perwatakannya. tapi lama2, baru nampak vice versa dia tu. tapi for sure, dia ni memang funny. aku jarang nampak dia ada masalah. jadi adalah kebiasaan jika Azman pulang ke bilik dengan tersenyum. maklumlah, Azman ni ada satu gelaran. budak 'market', sentiasa laku di pasaran. ramai jugak peminat sebenarnya Azman ni. apa yang menarik pada Azman ni adalah ayatnya yang diungkapkan dengan penuh keyakinan. siapa2 yang dengar pasti mudah percaya. memang sesuai la jadi promoter. terbaeek!


NAMA :  N/A
NAMA PANGGILAN : Izzat @ ijat
KEPERIBADIAN : senang marah, tak gentar pada ugutan, berani, baik
RINGKASAN : ijat ni sebenarnya roomate aku. dia adalah jenis orang yang berani. terus terang aku katakan, kadangkala aku berasa selamat berada di bilik kerana dia ada. pada masa yang sama, dia menunjukkan sikap kepimpinan yang baik. pada aku dia memang layak menjadi seorang ketua. tidak hairanlah dia banyak memegang jawatan di matrik ini. sebelum ini, ijat pernah masuk PLKN dan memegang jawatan sebagai ketua platun. jawatan yang dikira mempunyai markah tertinggi dalam senarai kokurikolum. pokoknya, aku bangga ada roomate seperti dia.









NAMA : Muhammad Haziq bin Aminuddin
NAMA GELARAN : Haziq
KEPERIBADIAN : nampak matang, senang berbual, periang
RINGKASAN : Haziq ni sebenarnya adalah kawan kepada Mirol. macamana mereka boleh berkenalan pun aku tak tau. pelik pun ada. bayangkan, Mirol dari Taiping, perak. Haziq dari Sungai Buloh, Selangor. ape kejauhnye tu yob! aku berkenalan dengan dia bila aku selalu nampak dia datang ke bilik aku untuk jumpa Mirol. mulanya dia memang nampak tak peramah. tapi bila aku try berbual dengan dia, aku boleh nampak keramahannya. dia ni pun nampak ada ramai peminat jugak. yang menarik pada Haziq ni adalah bila orang buat lawak dia memberi respon yang sepatutnya. maksudnya dia gelak la jugak. tak ada la asyik buat muka ketat macam pakai botox sepanjang masa. pendek kata aku selesa berbual dengan dia.


NAMA : N/A
NAMA PANGGILAN : Yusuf @ FO
KEPERIBADIAN : pandai buat lawak, pandai guna ayat bombastik dan ayat yang menyentuh kalbu, pintar dalam pelajaran
RINGKASAN : yusuf ni nampak sangat baik masa minggu pertama di matrik. tapi bila terdedah dengan anasir luar, dia berubah secara total. perangai dia yang agak kegilaan selalu mencuit hati aku. ayat2 yusuf ni pun banyak memberikan keceriaan pada diri aku. selain itu yusuf juga sangat bijak, bijak mengubah Law - law yang telah lama wujud di dunia ini. contohnya, Newton's First Law diganti dengan Yusuf''s first law yang yang membentuk formula Y(yusuf)=FO. Yusuf 's Second Law pula mengatakan 'kanibal itu wujud' dengan terbuktinya eksperimen yang dilakukan sendiri oleh yusuf dengan memberikan ikan makan keropok ikan di tasik KMPP. videonya bolehlah didapati dengan harga yang berpatutan dan jika mahu, hubungi 012******* @ 017*******. selain itu beliau bijak mencipta sesuatu, sebagai contoh mencipta Bani Uncertainty yang cuba melawan Yusuf's Law. apa yang menarik adalah semasa ketiadaan yusuf ni, ramai diantara kami yang akan merindui ayat2 bombastik dari mulut dia. ringkasnya, tanpa dia kurang meriah jugak kami.


NAMA : Nursyamimi binti Hamdan
NAMA PANGGILAN : Mimi @ adik
KEPERIBADIAN : ayat kasar seribu bahasa, cepat tacingcaring, sangat kuat menempuh dugaan
RINGKASAN : Mimi ni adalah classmate aku. mulanya aku takde la berbual sangat dengan dia. maklumlah niat nak belajar. tapi memang kita tak boleh ubah sifat semulajadi kita, memang aku suka banyak cakap. dia ni pula orang yang sangat friendly. mula2 aku berbual sangat sopan dengan dia. tapi melihat caranya, aku mula berbual dengannya seperti aku berbual dengan adik2 aku. Mimi ni serius baik. kalau aku xbawak duit dia selalu blanja aku. memang jarang la nak jumpa orang macam dia. apa yang menarik pasal Mimi adalah masa dia senyum, memang terhibur tengok dia senyum. lagi2 kalau dia buat senyuman jahat. memang menjadi.


NAMA : Wan Nur Ain Farahah
NAMA PANGGILAN : Ain @ mama @ mama kerepot
KEPERIBADIAN : baik, lemah lembut, cepat merajuk, cepat cool
RINGKASAN : Ain ni adalah classmate aku jugak. dia ni memang lemah lembut, baik je orangnya. dia ni orang kelantan, tapi langsung xdengar dia cakap macam orang kelantan. mula2 aku langsung tak sangka dia orang kelantan. Ain ni sebenarnya ceria orangnya.tapi sebenarnya dalam ceria, dia ni sangat sensitif. kalah micrometer screw gauge.  memang memerlukan orang yang betul2 pandai memujuk untuk pujuk dia ni. apa yang menarik pasal Ain ni adalah dia cepat merajuk, dan cepat cool. so kadang2 saje je aQ buat dia marah. dan yang mengejutkan tentang dia adalah dia berjaya menawan hati seorang lelaki yang tak pernah aku duga akan tertarik pada mana2 wanita. almaklumlah, lelaki ini ada prinsip tak mahu kapel. teknik ninja apa agaknya yang Ain gunakan, sampaikan lelaki itu menjadi 'disturbia' kalau Ain ada problem. dia guna Genjutsu (illusi) kot...


NAMA : Nur Shahira binti Arshad
NAMA PANGGILAN : Chieya @ Tenok @ adik @ adik tenok @ tapir
KEPERIBADIAN : ceria, jarang marah, ganas, you rock bebeh!!
RINGKASAN : Chieya @ tenok ni pun classmate aku jugak. dia ni memang satu hal la bagi aku. ganas tak bertempat. gaya dia memang macam lelaki la. tapi muka cantik. pelik2. walaupun begitu, aku tahu sebab dia melakukan perkara2 ini, ada sebabnya. chieya ni agak special sedikit, sebab ada banyak nama boleh panggil dia. kita boleh panggil Chieya, Biawak air, Biawak Komodo, dan tenok.. boleh pilih yang mana disukai. apa yang menarik pasal Chieya ni adalah caranya yang memang simple. susah kita nak jumpa perempuan yang langsung tak fikir nak jadi feminin. dan yang aneh pun ada pada Chieya. bila depan orang yang tidak dikenali, sopan betul perangai dia. hari tu aku berjalan dengan family Matrik aku. kami pun berhenti makan di KFC. kami ingin tangkap gambar bersama dan chieya meminta tolong pekerja KFC dengan lemah lembut. aku terkedu melihatnya. munafik jugak chieya ni rupanya ya..


NAMA : Luqhman Nul Hakim  bin Abd. Rahman
NAMA PANGGILAN : Luqhman @ man @ atok
KEPERIBADIAN : cool sentiasa, respon jika orang buat lawak, menakutkan jika marah
RINGKASAN : Luqhman ni pun classmate aku jugak. memang pada mulanya aku bertemu dia aku agak takut.. muka dia macam mafia tu. memang aku tak berani la. tapi bila aku dah rapat dengan dia, baru aku nampak kebaikan yang ada dalam dirinya membuatkan aku teringat pada satu ayat, 'don't judge a book from its cover'. dia senang ceria, dan susah marah. tapi kalau dia ni marah buruk la padahnya. memang dia akan lepas apa yang dia pendam. memang dia tak pernah buat pada orang yang rapat dengan dia, tapi aku pernah melihat dia marah dengan classmate aku jugak. memang cara dan nada suara dia slow, itu pun dah buat aku takut. bayangkan kalau dia tinggikan suara. tak tahu la aku. macam bunyi sangkakala kot. sebab nak dengar suara dia meninggi macam keajaiban dunia kelapan. nada bercakap dia steady je. tak kurang, tak tambah. yang menarik pasal dia adalah cara dia bercakap pasti ada gaya pulau pinang. sampaikan semasa bercakap dalam english pun masih terasa slang utara dia. tapi antara kami, dia ni la paling cool.


NAMA : N/A
NAMA PANGGILAN : Muiz @ sheikh
KEPERIBADIAN : ceria, pandai buat lawak, suka ketawa
RINGKASAN : Muiz adalah rakan satu biro dengan aku. biro siaraya. kami bertugas dengan menyandang tugas sebagai AJK surau. tugas kami simple je. cuma perlu menyampaikan maklumat melalui PA System. aku mula mengenali muiz semasa di surau. pada masa itu muiz baru sahaja masuk biro siaraya. memang pada awal perkenalan dia sudah menunjukkan ciri2 seorang yang periang. kemudian pada bulan puasa, kami ditugaskan bersama untuk mengejutkan pelajar bersahur dan mengingatkan tentang waktu berbuka puasa. kami banyak berbual dan pada ketika itulah aku dapat melihat keceriaan yang ada padanya. dia agak pandai buat lawak. aku tak tahu bagaimana ingin terangkan, tapi aku akan ketawa dengan setiap lawaknya, walaupun terkena pada batang hidung sendiri.


NAMA : N/A
NAMA PANGGILAN : Najib @ Ketua @ Boss
KEPERIBADIAN :  seorang yang baik, agak bertanggungjawab, ceria
RINGKASAN : Najib ni sebenarnya adalah ketua kepada biro siaraya. pada mulanya aku langsung tidak mengenali siapa ketua kepada biro aku. mungkin kerana aku tidak aktif pada mulanya. sebelum aku mengenalinya sebagai ketua, kami pernah keluar bersama2 dengan kawan2 yang lain untuk menonton wayang bertajuk Transformer. semasa diperkenalkan bahawa Najib ini adalah ketua aku, sungguh aku tidak menjangkakan dia akan menjadi ketua aku. tidak aku menjangkakan bahawa aku berjalan dengan ketua kepada biro aku sendiri. apa yang menarik tentang Najib adalah dia banyak menolong aku dalam tugas. dia tahu aku tidak lancar membaca doa, dia yang akan bacakan. sekiranya aku tidak turun bertugas, dia adalah orang yang selalu turun menggantikan tempat aku. sesungguhnya aku berasa sangat bertuah kerana memiliki ketua sepertinya, kerana aku menjangkakan ketua aku pastinya sorang yang amat tegas. rupa2nya amat baik. alhamdulillah...

RINGKASNYA, ALLAH TELAH MENGURNIAKAN AKU SAHABAT YANG SANGAT BAIK. SAHABAT YANG AKU TAK SANGKAKAN BEGITU BAIK. INI ADALAH PENGALAMAN PERTAMA AKU MASUK ASRAMA, DAN RAMAI ORANG MENGATAKAN MASUK ASRAMA SANGAT SUSAH. KENA BULI, TAK CUKUP MAKAN DAN LAIN2. TAPI LAIN PULA YANG BERLAKU PADA AKU, DENGAN BANTUAN IBUBAPA AKU DAN KEBAIKAN KAWAN2 AKU, AKU MERASAKAN HIDUP DI MATRIK NI SANGAT INDAH. TERIMA KASIH ALLAH, TERIMA KASIH SEMUA... 'MINNA, ARIGATOO..'