Err... Rasa seram sejuk plak on9 kul 3 pagi ni. aku terbangun sebab nightmare. adei.. dari semalam macam tu. Sebab nightmare ni jugak la, aku demam. kisahnya bermula sejak 2 hari lepas....
Hari khamis, semuanya biasa2 je, macam hari2 yang lain. hari tu, semuanya jadi luar biasa bila time kuliah biologi. waktu tu, mama n papa KMPP aku berbual kat belakang. aku malas la nak amik taw urusan orang2 tua, so aku pun duk la jaoh2. pastu bila line clear, aku p blakang. sebab memang lumrah kejadian aku, akan duduk kat blakang walaupun ramai dak pompuan. lantaklah, asalkan leher aku tak bengkak sebab kena mendongak nak tengok slide kat depan. tapi, time tu la segala2nya jadi serba tak kena. mama aku datang kat aku, cakap papa pentingkan orang lain dari dia.
aku malas nak pikir, so aku wat assumption yang aku rasa betul, so direct la aku tnya mama, 'Jilat Punggung Pelajar (JPP) tu ke?'. Mama kata bukan. tapi pokoknya, mama kecik aty sebab papa pentingkan orang lain. aku yang tataw pape, sebab mama citer pun tak detail, buat bodo je la.
pastu petang Khamis tu, mama kol aku.mama citer dari A smpai Z, tentang apa yang berlaku kat kuliah bio. waktu tu baru la aku faham keadaan yang sebenar. mama cemburu buta rupanya. ahakz... klaka nih! pastu aku pun bagi la kuliah tambahan kat mama. padan muke, kol aku lagi. kan dah kena lecture.. pastu, mama janji kat aku dia akan betulkan keadaan.
malam tu, aku s2dy kat library ngan papa aku. papa pulak, langsung tak nampak sedih. so aku assume dia dah berbaik dengan mama. tapi aku sebenarnya rasa pelik time tu. knapa enset papa tak berbunyi langsung time tu? slalu mesti bising sebab mesej dengan mama. ternyata, assumpttion aku salah. rupanya mama ngan papa masih bergaduh time tu. mama bagi ayat tacink kaw2 plak tu. aku pun mesej mama, aku kecewa dengan mama. sebab aku percaya kat janji dia tu. tapi, lain plak yang jadi.
keluar dari library, papa tanya aku, apa yang aku mesej mama tadi?
papa : dzul, apa yang koe hantar kat mama tadi?
aku : ha? xde pape pun.
papa : koe ingat koe nak tipu budak tadika ke? mama tanya papa bgtau koe ke pasal ayat tu?
aku : ....
papa : tahniah dzul. koe berjaya MEMBURUKKAN LAGI KEADAAN.
siyez, time tu lemah je kepala patella(lutut) aku nak melangkah. berat dah mata aku time tu. bukan ngantuk tapi nak nangis. tapi papa still lagi boleh tersenyum. kuat betul semangat papa. sangat penyabar. waktu tu aku target nak ke bilik cepat2. tak sanggup aku nak menatap muka papa. Ya Allah, apa yang telah aku buat? tengok2, papa follow aku sampai ke bilik. terbantut air mata aku nak kua time tu. papa nak tengok aku habiskan soalan kimia, 1 soalan pun jadi la.
tak lama lepas tu, papa pun bersiap nak balik. papa cakap, 'dzul, aku tak tau apa yang kau nak buat lepas ni. tapi aku harap, koe takyah la buat apa2. tunggu dia cool down dulu.' skali lagi kepala patella aku menggigil. segala usaha aku cuma memburukkan keadaan je. tu yang aku fikirkan. lepas papa melangkah pergi, aku ambik sudut tersorok dalam bilik aku, ambik tuala, tutup muka, pastu tersedu2 nangis. cet, klaka jugak time tu. pastu Azman, roomate aku perasan. aku tak taw camna dia sedar.
dia pun tanya
azman : eh zul koe kenapa ni?
aku : ...
azman : relax la. nape nangis2 ni. chill man...
pastu, aku on9 sekejap, dan tido. waktu tu, aku mula nightmare. aku mimpi, ahli keluarga KMPP aku semua tak bertegur, sebab mama dan papa dah 'bercerai'. semuanya buat kerja masing2, macam tak kenal antara satu sama lain. apa yang aku dah buat??!!
Ibu Bapa merupakan tunggak kebahagiaan sesebuah keluarga
tiba2 aku terbangun. aku try tidur balik, tapi mimpi tu menghantui aku. bila dapat tido, aku akan terjaga balik. last2, aku demam esoknya.
aku tak dapat bangun, gerak pun susah. so lepas subuh, aku sambung tidur. dalam kul 4 petang baru aku tersedar yang aku masih hidup. kuliah, kelas semua lebur arini. Ijat banyak tanya keadaan aku. terharu gakz. mirol letak ubat kat atas meja aku. tapi aku tak makan sebab dah dilatih camtu.
maghrib, aku terserempak papa kat surau. seyez kaget. ingat dia tak datang surau. papa tanya aku sakit apa? pastu aku just cakap demam sket. pastu papa ajak makan. papa cter dia datang bilik kul 10 pagi. nak datang lawat aku + ponteng kuliah math. dia ngan atok..
HAPPY FAMILY
pastu aku pun cakap kat papa,
'tahniah sebab berjaya buat aku demam sebab korang'
aku saja nak balas ayat jahat dia semalam, tapi tengok2 dia balas camni,
'YES! TU YANG AKU NAK DENGAR!!
ARRRRGHH!!! PAPA!!!!!!
dua hari ni, aku rasa panjang betul. tak pernah aku sakit sebab benda kecik camni. tah la. papa pun slalu cakap, 'MANUSIA AKAN BERUBAH'...
haha .ak suka citew ney .wekkk .
ReplyDelete