Best Feeling Ever!

Saturday, 17 December 2011

ROOMATE AKU YANG HILANG

17/12/2011


  Topik arini agak panas sket. Tajuk macam roomate aku ni kene culik ke, lari ke Lombok ke, tapi bukan macam yang korang sangka la. Utk keterangan lanjut ape kate korang bace dulu sampai abes..


  Malam sbelum aku tdo ni, aku nak cerita pasal sorang roomate aku, nama dye Amirol. Aku saja je post dgn berani sebab aku twu dia xkan tau aku tgh cter pasal dye dalam blog ni. Kalau dalam post blog aku yg lepas, aku letak gamba dye dan lelong dye kan? 'lelong, lelong.... Beli 2 percuma 1...' Tapi sekarang ni aku tarik balik la. Roomate aku nih berharga buat aku sebenarnya. Bukan aku xnak padam balik post aku dulu, tapi saje je xnak padam, baru dramatik sket. okeh, cter banyak psl post yg lepas pun xgune kalo korang xbace lg ye dok? So sebelum korang btul2 paham apa yang aku maksudkan dgn tajuk post kali ni, bia aku cter mengikut kronologi.


  Amirol bin Zamanhuri, nama diberi. Nak cter banyak2 pasal nama dye, aku pun xtaw mana dia dapat nama tu. aku cuma sure beberapa perkara dgn kewujudan nama dia.


  • Mak ngan Ayah dye yang bagi nama tu.
  • Nama tu ada kat surat beranak dye.
  Untuk pengetahuan korang, Amirol ni perangai dia agak teruk la. Mulut dia, xusah nak cerita la. Memang mulut untuk ditonyoh dengan lada pun. kalo dye dah mula kutuk tu, pandai2 la korang bersabar. Kalau dalam sehari dye xsebut perkataan 'bangsat!' tu, bukan Amirol la tu. Cara gelak pun klaka. Memang gelak setan la. Lepas kutuk orang, pastu gelak plak, memang combination yg hebat la kan. Kaw2 je panas aty tu.Pastu kalau bab perasan, memang no 1 la.. Asyik2 cakap diri sendiri comel. Geram aku. Nasib baek la btul, kalo x aku gelak guling2 je la. So memang banyak la yang negatif kat dye ni. Positif tu ada tapi malas nak cter je la. Takut riak pulak nanti. 

  Tapi tu semua dulu......

  Sekarang, dia dah berubah. Betul2 berubah. Sekarang dia bukan lagi Amirol yang main lepas je kalo  bercakap. Dye bukan Amirol yang Gelak macam setan tu. Dye bukan Amirol yang perasan comel lagi.

    Sekarang dye dah jadi insan yang bertakwa. Bertakwa kat Allah. Sekarang dia suka buat perkara2 keagamaan. dia suka ngaji, suka solat berjemaah. Pertuturan dia pun dah berubah. Kalau aku berbual dgn dia, sejuk je hati aku. Semuanya bermula masa dia berazam nak berubah...




  Pada suatu hari yang dah lepas, aku ingat lagi. Masa tu time maghrib. Aku nampak Amirol solat Maghrib kat bilik. Maghrib tu, dia diam sangat. Xbanyak cakap cam biasa. Dia mula jadi diam seribu bahasa tu sejak dia bangun dari tidur petang. Tapi dekat2  Maghrib jugak la. Bila dia habis solat, aku perasan ada air mata kat kelopak mata dia. Aku sebenarnya tengah xde mud time tu. Tapi bila aku nampak camtu, aku jadi risau. Lepas abis dia solat, dia terus keluar bilik, langsung xbercakap dengan ktorang. Aku yang kebetulan xsolat lagi, kene la solat dulu. Tapi siyez xkusyuk solat aku time tu. Abis je solat n doa aku, aku terus keluar. Aku kua dan cuba cari dia. Aku jumpa Ajmal, kawan Amirol, aku tanya dia pasal Amirol. Ajmal cakap dia xjumpa Amirol. Aku terus mencari. Aku pegi bilik Haziq, kawan Amirol jugak. Tapi Haziq cakap dia xjumpa Amirol, dan Amirol xpena jejakkan kaki kat bilik dia malam tu. Aku jadi buntu. Aku xtaw lagi kemana Amirol pegi malam tu. Aku mesej, tapi dia xjawab. Aku makin risau sebab dia xpena berkelakuan camtu. Aku cari hampir ke seluruh asrama lelaki, Sampai ke Blok C1, blok paling jauh dari bilik kami. Dari C1, aku pegi surau. Dia xde kat sana jugak. Waktu aku berjalan nak ke C1 semula, dia balas mesej aku. Alhamdulillah. Dia cakap dia ada kat bawah. Pendek je balasan dia. Dgn klue yg diberi, aku lari ke C5. Aku cari kat bawah blok C5 tu. Aku nampak ada jasad kat situ. Masih hidup k... Tapi diselubungi kain pelikat. Macam sengaja nak sorok muka. Dengan kerabunan tahap melampau, aku beranikan diri pegi ke jasad tu. Alhamdulillah sekali lagi, memang orang yang aku nampak tu Amirol. tapi aku terkejut lagi. Aku nampak dia tengah menangis. Teresak2. Bukan nangis biasa tu. Aku bukan boleh tengok orang nangis ni. Rasa nak join skali tu sentiasa ada. Tapi sebelum aku sempat join dye nangis, baik aku tanya masalah dia dulu ye dok? Dia cakap, dia mimpi sumting. Dia mimpi dia baiki jam Azman. Azman, roomate aku jugak. Maksudnya roomate dye jgk la. Amirol sebenarnya secara xsengaja rosakkan jam Azman tu. Jam Azman tu bukan murah, Mahal tu. Rasanya kalah enset Vivaz Pro aku. Ada banyak function lak tu. Simpan gamba, dengar lagu, macam2 features la dalam tu. Yg penting, jam tu mahal. Amirol cerita kat aku, dia mimpi dia dah pegi kedai dan baiki jam Azman tu. Dia rasa epy sangat time tu. Pastu tiba2 dia tersedar. Baru dia taw dia cuma bermimpi. Padahal dia berharap sangat mimpi tu jadi kenyataan. dalam keadaan nangis dia cerita kat aku, sampai aku pun rasa nak nangis jugak. Tapi aku kontrol. Caya la Zull!! 

  Dari cter pasal jam tu, dia luahkan jugak sume kesalahan yang dia penah buat. Sume dia bagitaw, macam dah xde rahsia dah. Apa yang dia bagitaw, lebih baik aku rahsiakan. Simpan je kat dalam ingatan aku. Aku xrasa dia nak share dengan seluruh dunia. Sejak tu jugak, dia berazam nak berubah. Aku cuma tersenyum. Amin.....

  Waktu dia cakap nak berubah, honest aku just give 50% je. Aku xharap sangat apa yang dia cakap tu betul. Bila dia betul2 berubah, pada mulanya aku xdapat terima. Bayangkan, aku langsung xsembang ngan dia. Salah dia kecik je, dia xjaga pertuturan dia. Biasa la tu kan. Benda tu kena ubah sikit demi sikit. Tapi aku xtaw la nape ngan aku, aku xnak cakap dengan dia. Bila dia cakap dengan aku, aku jawab sangat dingin. Macam xnak je cakap ngan dia. Tapi dia xpenah simpan apa2 dendam ngan aku. Dia sentiasa try bercakap ngan aku. Kadang2 dia datang nak share masalah, aku buat dingin jugak. Ya Allah.. aku tasa bersalah sangat sebenarnya. Setiap kali aku buat camtu, aku rasa nak nangis gak. Apa la dosa Amirol sampai aku buat dia gitu.. Tapi hati aku membenarkan apa yang aku buat tu betul. 


  Tapi dia berjaya mencairkan hati aku utk percaya yang dia betul2 dah berubah. Aku percaya 100% dia dah berubah.

Sekarang, I have a faith that Amirol akan berubah menjadi lebih baik lagi. Aku harap sangat suatu hari nanti, aku dapat lihat Amirol dapat kerjaya yang baik dengan iman yang kukuh di hati. Mungkin jika dia jadi doktor, dia tetap dapat berdakwah melalui cara dia sendiri. Itu la impian duniawi aku yang pertama. Tak pernah aku yakin seorang yang banyak nilai negatif, boleh menyampaikan dakwah. Dia orang yang pertama...


  Ingat x aku tulis, dia roomate yang berharga buat aku? Tau x sebab apa? Pagi ni, aku terlepas solat subuh sebab penat sangat. Tido kul 3 pagi. Waktu aku terbangun, aku rindu sangat kat Amirol, sebab suara dia kejutkan aku subuh waktu pagi tu, xde. Aku rasa nak nangis sebab tinggal subuh + Mirol xkejut. Kebetulan Amirol xde waktu tu sebab dia ikut program perkhemahan. Sbb tu aku sedar, dia roomate yang berharga. Aku dah anggap dia macam adik aku pun..

Sempat bergamba sebelum dia blah untuk perkhemahan




'Ya Allah, sekiranya Kau ingin menarik nyawa dikalangan kami, tariklah nyawa aku dahulu. Kerana tidak aku sanggup hidup di dunia yang fana ini selepas melihat nyawa keluarga atau orang2 yang aku sayangi ditarik rohnya di depan mataku....'

No comments:

Post a Comment