21 September 2011
SUDAH DITAKDIRKAN SETIAP MANUSIA AKAN MENDAPAT
UJIAN YANG BERBEZA2, BANYAK ATAU SEDIKIT BERGANTUNG KEPADA KASIH DAN SAYANG
ALLAH KEPADA KITA. JIKA DIBERI SEDIKIT UJIAN TIDAK BERMAKNA KITA DIKASIHI ALLAH
DAN JIKA DIBERI BANYAK UJIAN BUKANLAH BERMAKNA DIBENCI ALLAH, MUNGKIN SEKALI
ADA HIKMAH ATAUPUN PETUNJUK DISEBALIKNYA.
Begitulah yang selalu berlaku tiap2 hari kita. Bagi aku, hari ni serba
serbi malang Hari ni waktu pagi, aku makan banyak sangat. Kalau dikira kosnya,
takde la mahal mana aku berbelanja. Makanan ringan yang aku beli, RM7 jee...
Semuanya menjadi sangat malang bermula dari
masa petang, waktu kelas Bahasa Inggeris jam 2 petang. Hari tu, dengan penuh
bersemangat aku bersiap dan ofkoz aku bersiap dengan kelam kabut sebab seperti
biasa, aku lambat lagi. Akupun dengan tergesa2 menuju ke kelas BI. Emm, xnak
tipu la, tapi aku sebenarnya jalan dengan berlenggang je pun, walaupun lambat
dah. Dah jadi tabiat kot. Bila aku
sampai kelas, aku tengok sorang pun takde.
Aku pun call mimi, budak praktikum aku.
aku : weh mimi, kelas BI xde ke?
mimi : hmm... (jawab dengan malas)
aku : adeh... weh, aQ da sampai kat depan kelas ni... lupa la klaz da cancel..
mimi : hahaa...
aku : weh mimi, kelas BI xde ke?
mimi : hmm... (jawab dengan malas)
aku : adeh... weh, aQ da sampai kat depan kelas ni... lupa la klaz da cancel..
mimi : hahaa...
Waktu tu, aku tau aku bukan bercakap dengan
mimi, tapi dengan ‘sleepy mimi’....
sleepy mimi...
Down gile lepas aku sedar yang kelas BI
sebenarnya dah cancel. Pastu aku pegi D.pongsu. mulanya, aku ingat nak makan
sikit je. Tapi, ‘ter’banyak plak..
sampai nak kembung perut aku. Kalau ikutkan, sebenarnya aku nak blaja
kat D.pongsu tu. Tapi jadi program melantak lak. Nampaknya kene jogging la aku
petang ni. Pastu aku cari cikgu math dgn cikgu bio, nak blaja math dengan tngok
markah resit bio, tapi cikgu pun takde.
Kiranya, sejam tu aku habiskan dengan aktiviti
makan je la. Tak heran la kalau aku gemuk tak lama lagi. Pastu, aku ada kelas
tutorial plak. Sampai je kelas tutorial, baru aku perasan, kertas latihan
tutorial aku xbawak plak. Adusss... down betul hari ni.. malang melantun lantun.
adeh kenyangnyee........
Yang xboleh blah, waktu aku sampai kelas
tutor, budak praktikum aku boleh tanya, ‘eh zul, apahal awal sangat hari ni??’.
Wah, agak terasa di sana. Aku rasa macam slalu je datang lambat... emm.. memang
betul pun...
ITULAH SERBA SEDIKIT APA YANG TELAH BERLAKU HARI NI. UJIAN DATANG DAN PERGI, ADALAH SESUATU YANG BIASA BAGI KITA SEBAGAI MANUSIA. HENDAKLAH KITA MENEMPUH DENGAN SABAR. AMIN....
No comments:
Post a Comment