26/4/2012
EXAM DAH HABIS.. YAHUUU!!
Habis je exam PSPM 2 kat matrik petang tu, aku terus keluar dari Dewan Peperiksaan. Petang tu keadaan agak tak bersemangat la. Agak ramai manusia yang memenuhi ruang Matrikulasi P.Pinang hari ni. Tapi aku rasa agak lengang, macam xramai orang jep waktu tu. Maybe rasa sedih nak tinggal matrik kott....
Btw, WOW!! Apa punya soalan da tadi tu! Agak mencabar minda jugak la soalan dia. Xjumpa pun dalam tutorial yang pensyarah bagi [memang la xnampak dalam tutorial, sebab tutorial xpernah buat]. Disebabkan masa xboleh nak ulang2, dan tutorial yang berlambak tu pun dah xde masa nak siapkan, aku cuba jugak menjawab soalan dengan beberapa kaedah yang sangat berkesan untuk mengelakkan kertas ujian aku dari kosong tak berjawab. Antaranya adalah,
- Memerah otak ke tahap yang maksima sehingga berpeluh2 tanpa melakukan sebarang aksi yang ganas dan mencabar.
- Memakai cermin mata kerana rabun dan cuba melihat kertas jawapan orang lain yang duduk berdekatan dengan meja. [tapi tak nampak sebab kerabunan tahap melampau. tulisan diorang pun baikkk punyerrr!! Chicken claw jugak lahh]
- Trial and Error (apa yang terlintas dalam otak, just tulis je. Yang pening nanti kan pemeriksa, bukan aku. Kalau baik nasib aku, dapat markah free.. XD).
Habis je exam, member baik aku pegi beli pizza. Aku mengekor je la. Ye la, sekarang ni aku duduk kat bilik member aku. Aku mana la ada kunci. Tapi sepanjang aku menemani member baik aku tu, aku terfikir banyak benda. Sempat lagi dia beli pizza di waktu puncak ek? Beli untuk sapa? Rasa apa pizza tu? Sedap ke x? Dia beli untuk aku ke? Kalau x, aku nak makan sikit bleh x? dan macam2 lagi yang aku fikirkan.
Rupa - rupanya, dia beli Pizza tu untuk awek dia..
PERASAN SEH AKU!!! |
Lepas dapat Pizza, kami balik ke bilik. Baru aku teringat bahawa barang2 aku langsung xkemas lagi. Waktu yang sama jugak, aku teringat tahap kesusahan kertas soalan yang aku baru jawab tadi. Memang macam2 la aku 'zikir' waktu tu.
Lepas habis 'berzikir'(mencarut la tu) pasal kertas soalan yang mencabar tu, aku bergegas dan mengemas barang2 aku. Ye lah, orang lain dah mula packing barang dari seminggu yang lepas, aku pulak boleh selamber menambah koleksi barang yang aku ada. Mula2 aku mengemas bilik aku yang nombor dua. Well, bilik tu la yang aku paling rindu pun sekarang. Aku tidur atas lantai je, tapi aku pasti akan merindui lantai tu. Aku main game, aku berkawan dan aku mesra dengan penduduk bilik tu, semuanya dengan memijak lantai tu.
Bilik tu yang diberi tag C.2.2.5 kat luar, dah jadi sejarah buat aku. Aku bukan budak bilik tu, tapi diterima pakai sebagai ahli dalam bilik tu. Semua ahli yang duduk dalam bilik tu baik2 belaka. Yang paling baik dah tentu la aku (
Pengalaman 3 : Bergambar bersama teman2 rapat
Sedang sibuk kemas barang, kawan2 rapat aku minta aku turun. Oh, aku teringat sesi bergambar kami. Aku turun dan kami pun bergambar sokmo..
KAMI KELILINGI AFAF DAN SABRINA |
BERSAMA TETAMU JEMPUTAN, FATEHAH |
TETAMU JEMPUTAN KALI NI, KAK MIZAN |
Bila tengok gambar2 tu balik, aku jadi segan. Selambe je aku pakai selipar tu kan? XD
Pengalaman 4 : korek tong sampah?
Berbalik kepada borang aku yang hilang tadi, aku mencarinya dengan sepenuh jiwa dan raga aku. Tapi tak jumpa jugak. Aku rasa sangat kelam kabut waktu tu. Jarang sekali merasa pengalaman hilang barang ni. Aku kan pandai jaga barang. (
Disebabkan aku terdesuck, aku pun buat sesuatu yang aku xjangka pun nak buat di akhir masa aku kat matrik ni ; korek tong sampah. Tapi, sia2 je. Xjumpa pun borang tu. Jumpa pun, kat tempat yang aku dah berulangkali cari. Memang rabun tahap maksima dah ni. Balik matrik ni, aku nak buat pembedahan laser la. Hahaa...
Pengalaman 5 : Yong tinggalkan kami
Orang pertama yang tinggalkan kami, adalah Yong (Yong Chee Yuen). Aku takkan lupakan nama tu. Dia adalah orang dari bangsa Cina yang pertama menunjukkan keramahan yang 'Super' kat aku. Aku tak sangka dia sangat baik. Pada awal pertemuan, dia banyak melakukan hal dan kerja sendiri. Dia tak pedulikan keadaan dan orang sekeliling. Tapi, waktu di akhir matrik, dia berubah menjadi sangat ramah. Dia banyak bercakap dengan kami.
Lepas aku keluar mengambil gambar, aku tak menjangka bahawa ibubapa Yong sudah berada di dalam bilik. Aku terkejut pada mulanya. Bilik tu dipenuhi oleh orang. Rupa - rupanya keluarga Yong. nasib baiklah keluarga Yong cuma 4 orang. Jadi taklah bilik tu nampak Compact sngt. Ditambah dengan barang2 aku dan aku sekali, bilik tu nampak semak. Kesal jugak aku sebab memenuhi bilik tu. Kesian dengan diorang..
Yong dan keluarganya mengemas barang dengan cepat. 2 orang lagi ahli bilik tu, Afiq dan yusuf cuma tengok sambil tercengang. Mungkin terkejut tengok barang2 Yong kot. Lepas habis kemas, Yong salam kami. Dan Yong peluk semua ahli bilik C.2.2.5. Kami xmenjangkakan dia akan buat begitu. Kami sangat terharu.
-Belum jauh kami dah rindu
Belum pun jauh Yong tinggalkan kami, kami dah rindukan dia. Aku tengok katil dia yang kosong. Sayu je hati aku. Di mana la lagi aku nak jumpa orang macam Yong? Tiap2 kali aku bertanya soalan, dia akan selesaikan. Dia tahu aku x ada kunci bilik mereka. Dia bagi aku kunci. Tiap2 kali dia boring, dia akan tengok cerita Supernatural dengan aku. Aku terdiam sebentar.
Yusuf cakap kat aku, sakit hati (pedih hati) sebab tengok katil Yong dah kosong. Aku benar2 faham perasaan dia. Aku baru 2 minggu kenal dia. Tapi aku merasai kehilangan tu. Bayangkan pula Yusuf yang sudah setahun kenal dengan Yong.
KATIL YONG YANG SUDAH KOSONG |
Kalau x, kami boleh nampak buku2 yang banyak mengelilingi katil Yong. Dia hidup dan tidur semuanya dengan buku. Tak mustahil dia dapat 4flat nanti.
Pengalaman 6 : Balik ke bilik sendiri
Kemudian, aku balik ke bilik aku sendiri. Banyak lagi barang aku yang belum dikemas. Semasa dalam perjalanan ke bilik, aku langsung tak rasa apa2. Marah, sedih, dendam, bersalah, semua rasa tu tak muncul macam selalu. Mungkin aku sibuk fikirkan barang2 aku di dalam bilik tu. Tapi, aku bercadang nak minta maaf dengan orang2 dalam bilik aku.
Sampai je bilik aku, aku masuk dan terus kemas barang2 aku. Keadaan dalam bilik agak bersepah waktu tu. Waktu aku kemas barang2, aku terlihat satu contengan di katil aku. Contengan yang betul2 menghina. Terus terbantut niat aku nak minta maaf dengan diorang. Habis je kemas, aku terus keluar.
Kat sana, aku terjumpa dengan kawan2 yang aku sangat rindu. Aku jumpa dani (Danial Shahmi) dan Adam (Adam Azland). Lama aku tak jumpa dorang[2 minggu je poon]. Tapi, yeah. Mereka kawan yang sangat bermakna bagi aku.
Pengalaman 7 : Parents aku datang akhirnya
Lepas lama menunggu, sampai jugak parents aku. Kami angkut barang dan kemudian terus pergi. Aku betul2 rindu dengan keluarga aku. Kami berbual dengan sangat rancak.
-Teringat semua pengalaman
Dalam perjalanan, aku teringat semua perkara. Semua perkara yang aku lakukan di matrik, dan apa yang aku dapat di matrik. Aku teringat Yong. Aku rindukan roomate2 aku. Aku tak boleh lupa bahawa aku sayangkan mereka. Aku tak dapat benci mereka. Aku teringat kenangan aku bersama mereka. Aku teringat pemandangan matrik yang cantik. Aku teringat pengalaman aku berjalan bersama2 mereka di matrik.
Tiba2, aku berasa sangat sayu. Aku rindukan mereka. Mengapa agaknya semua ni terjadi? Aku hampir menangis dalam kereta. Aduhai, rapuhnya hati aku ni.
Tapi, aku menganggap segala kejadian ada hikmahnya. Aku berharap di masa depan nanti, aku dapat bertemu mereka. Bukan sebagai musuh, Tapi sebagai kawan baik.
P/S penulis : Aku bukanlah orang yang sempurna. Dan aku tak mengharapkan segala permintaan aku menjadi kenyataan. Cuma, aku berharap semua yang aku buat mencapai kesempurnaan dan permintaan aku tidak diperlekehkan sesiapa. Walau apapun pengalaman yang aku tempuhi, aku yakin segala2nya akan baik2 saja.. ^_^
THIS IS ORIGINALLY OWNED BY , ZULLOROCHI
No comments:
Post a Comment