Ini la yang aku fikirkan dua tiga hari kebelakangan ni. 3 orang yang aku betul2 sayang, aku perkenalkan mereka sebagai Am, Az dan Iz (semuanya bukan nama sebenar).
Aku sangat rapat dengan mereka. Sudah tentu, kehidupan aku di kolej Matrikulasi Pulau Pinang ini pasti akan sunyi tanpa kehadiran mereka. Merekalah yang banyak membuat aku tersenyum, ketawa , dan gembira di sini. Sehinggakan, aku lupa bahawa aku pernah sunyi di Matrik ni.
Akhirnya, aku menjadi sangat sayang dengan tempat aku sedang belajar ini. Tiap2 kali aku habis kuliah, aku sangat berharap agar dapat bertemu dengan mereka bertiga. Banyak pengalaman kami tempuhi bersama. Sampai satu tahap, aku menganggap mereka seperti adik beradik aku sendiri. Di mana aku mempercayai mereka dengan sepenuh jiwa dan raga aku.
Kami berkongsi banyak perkara. Bukan sahaja pengalaman, malahan barang - barangan, wang, dan rahsia, kami kongsikan bersama. Aku bukanlah orang yang mudah memberikan barang aku kepada orang lain. Mungkin kerana semasa awal perkenalan dulu, Am pernah meminjamkan barangnya padaku. Aku ingatkan mereka juga sepertiku, tidak mudah memberikan barang kepada orang lain yang baru dikenali. Ternyata tanggapanku salah. Semenjak itu, aku meringankan tangan aku untuk meminjamkan barangku kepada mereka.
Mereka sangat baik kepadaku. Kerana itulah aku berani percaya kepada mereka. Tapi, aku nampak mereka berkelakuan sangat pelik. Kenapa ya? Aku tak berani nak bertanya [memang aku selalunya xkan bertanya. Sebab takut salah sangka]. Jadi aku diamkan saja. Tapi setabah mana pun aku bersabar, akhirnya aku pasti akan terasa dipulaukan juga. Mereka bagaikan berahsia tapi tidak mahu memberitahu aku rahsia tersebut.
Aku harus mencari ketenangan...
Aku akui, sebenarnya aku marah dengan kelakuan mereka. Bila aku masuk bilik, Az berbisik dengan Iz, kemudian ketawa dengan kuat. Bukan sekali kejadian tu berlaku. Aku terasa seperti mereka sedang mengata aku. Tapi, aku tak bertanya sebab tak mahu terjadinya salah sangka. Saban hari kejadian inilah yang selalu berulang. Aku semakin sakit hati. Jadi, aku bercadang untuk mencari tempat lain, supaya aku dapat menenangkan diri dari perasaan marah itu.
Pada mulanya, aku sebenarnya agak tertanya2, ke mana aku nak pergi? Matrik tempat aku berada ni pun, kecil saja. Lari ke mana pun, pasti akan bertemu dengan mereka. Tapi, aku rasa kurang tenang bila dekat dengan mereka. Aku perlukan masa untuk meredakan marah di hati ni.
Aku kemudian teringat seorang sahabat baik aku yang kebetulan berada di matrik ni. Aku minta kebenaran dia untuk bermalam di biliknya. Kalau terpaksa tidur di lantai pun, aku tak kisah. Kawan baikku setuju dengan permintaanku.
Bermalam di bilik kawan baik
Malam pertama aku di bilik kawan baikku, semuanya baik2 saja. Memanglah, ini bukan kali pertama aku berada dan bermalam dalam bilik dia. Waktu mula2 masuk matrik pun, aku bermalam di bilik dia. Aku angkut baju aku, tilam aku, dan barang keperluan aku. Aku bercadang untuk berada di biliknya selama 3 hari.
Malam tu, aku rasa dilema. Aku rindu dengan Am, Az dan Iz. Apa khabar agaknya mereka? Lama xjumpa dengan mereka [beberapa jam tu agak lama bagi aku]. Tapi layanan yang agak baik dari kawan baik aku, mengurangkan kerinduan aku pada Am, Az dan Iz. Malam tu, aku tidur dengan tenang sekali. Tanpa kepala aku sakit memikirkan, apa yang sebenarnya dibincangkan oleh mereka.
Digelar bukan - bukan
Esoknya, aku kembali ke bilik sendiri. Aku perlu mengambil baju untuk keluar berjalan2 di luar matrik. Dengan balik ke bilikku, aku dapat bertemu dengan mereka bertiga. Dalam perjalanan ke bilik, aku masih memikirkan, apalah yang mereka sedang bincangkan? Penting sangatkah, sehingga mereka merahsiakan perkara itu daripadaku?
Sampai bilik, aku masuk dengan perasaan berdebar2. Apa agaknya reaksi mereka bila aku mengangkat barang2ku? Marahkah mereka? Atau mereka tidak peduli langsung? Pelbagai andaian bermain di fikiran sebelum aku melangkah masuk ke dalam bilik.
Bila aku melangkah masuk, Am dan Az ada di dalam bilik. Mereka sedang belajar. Bila aku masuk, mereka langsung tidak mempedulikanku. Alangkah terkejutnya aku, apabila melihat pintu almariku seperti ditumbuk orang. Aku ingin bertanya mereka, tapi aku risau mereka marah dengan tindakanku keluar dari bilik.
Aku mengesyaki salah seorang dari mereka yang melakukannya. Aku berasa marah dan sangat terkilan. Aku keluar dari bilik. Aku berasa sangat kesal. Berada di luar bilik, aku berasa lebih terkejut. Mereka menulis sesuatu di luar bilik. Walaupun tiada namaku tercatat, tapi aku tahu mereka tujukan kepadaku. Aku dituduh melakukan perkara bukan2.
Menangis depan wanita? MEMALUKAN!!!
Penuh kemarahan, aku berjalan laju, menjauhi bilikku dan menuju ke pondok pengawal. Dalam perjalanan, aku terserempak dengan rakan2 perempuan aku, yang ingin keluar denganku. Mereka marah kerana aku lambat. Kami perlu cepat kerana bas bukan 24jam menunggu kami. Aku mengajak mereka cepat2 menuju ke tempat bas sedang menunggu.
Tapi, aku tak dapat menyembunyikan masalah aku dari mereka. Muka aku benar2 menunjukkan masalah yang aku ada. Sepanjang perjalanan ke tempat bas, aku menahan marah dan sedih yang mula bercampur - baur di hati. Di tempat menunggu bas, aku menelefon Umi aku menggunakan telefon bimbit rakanku, aku namakan Sya (bukan nama sebenar). Aku menangis semahu - mahunya. Aku mengadu dan melepaskan segala ketidakpuasan hatiku. Ibuku memahami, dan menasihatkan aku supaya bersabar.
Pada waktu itu, aku langsung tidak memikirkan maruah aku di depan mereka. Mungkin sekali kerana aku terlalu sedih dan marah. Kemudian, aku ceritakan pula masalahku kepada mereka.
Ketahuan
Aku meminta kawan2ku merahsiakannya. Tapi entah mengapa, Am, Az dan Iz dapat tahu. Mereka mengajak aku berbincang secara aman. Tapi, aku tidak mahu kerana aku sedang marah. Aku tahu hasilnya bila aku marah dan berbincang tentang sesuatu, pasti segala - galanya menjadi makin teruk.
Tapi kawan - kawanku mendesak aku untuk berbincang dengan mereka. Atas desakan mereka, aku pergi berbincang. Tapi, apa yang aku dapat malam itu hanyalah amaran dan tuduhan yang menyalahkanku. Segala cacian yang mereka berikan, membuat aku membenci. Bukan kepada mereka, tapi pada diri sendiri.
Malam itu, aku menjadi tidak keruan. Aku menangis semahu mahunya. Aku melihat jalan ke masa hadapanku, begitu pudar dan kabur. Aku rasa tiada harapan lagi. Aku tak mahu hidup...
Tiba - tiba, muka kawan baikku menjelma dalam fikiranku. Apa yang aku fikirkan ni? Oh, aku belum solat, fikirku. Selepas aku solat, aku berasa sedikit tenang. Aku tidur awal malam itu.
Hidupku berubah secara mendadak
Selepas kejadian itu, segala galanya berubah. Aku tidak lagi mempedulikan keadaan sekeliling. Disebabkan sekarang adalah minggu belajar di matrik, aku selalu bersama Sya untuk belajar bersama. Disamping itu, aku mengadu masalahku kepada Sya. apa yang aku boleh buat, hanya dia sahaja tempat yang aku boleh percaya. Hendak mengadu pada kawan baikku, dia sendiri ada komitmen.
Apa yang aku tahu, aku hilang segala - galanya. Kawan, semangat, dan perasaan, semuanya hilang begitu sahaja. Aku rasa tak sabar2 nak keluar dari matrik ni..
Rapat dengan roomate kawan baikku
Aku menjadi rapat dengan roomate kawan baikku. Aku dapat rasakan kemesraan antara aku dengan mereka. Dahulu, aku pernah berada di bilik itu, dan aku tidak merasakan persahabatan ini dengan mereka. Aku kesal, kerana aku mengenali mereka dalam masa yang sangat singkat.
Jawab exam dengan tenang
Buat pertama kali dalam sejarah aku di matrik, inilah kali pertama aku menjawab exam dengan penuh ketenangan. Bukan tenang kerana soalan sangat senang, tapi kerana aku langsung tidak memikirkan apa2. Aku tiada perasaan masa itu.
P/S : Ini adalah kisah terakhir aku ketika aku duduk di matrik. Tidak ada kena mengena dengan kenalan anda, mahupun yang hidup atau yang meninggal dunia. Cerita ini bukan rekaan, tapi kalau nak dianggap rekaan pun bolleh jep.. ^_^
THIS IS ORIGINALLY OWNED BY, ZULLOROCHI
No comments:
Post a Comment