Hye guys. Hari ni aku sedih sangat2. Sebabnya senang je. B'coz I feel like a victim. Well guys, aku sayang semua member2 aku. Bagi aku, dorang la pengganti parents aku di saat aku berjauhan dengan parents aku. Betapa pentingnya dorang masa aku sensorang cuma tuhan je la yang tau. Aku ada sorang member ni. Memang aku sayang ngan member ni sbb dia membawa aku ke arah kebenaran suatu ketika dulu. Saat aku sedang sesat dalam lorong kegelapan, dia yang menghulur tangan untuk membawa aku keluar dari kesunyian tu. tapi begitulah, manusia kan senang berubah. Pantang ada angin bertiup, macam lalang. Ikut je ke mana arah angin tu pergi. Sekarang ni aku nak cerita, apa yang buat aku terkilan sangat dengan mamat tu.
H2P5 ni sebenarnya praktikum merangkap kelas dia kat matrik ni. Dia yang kebetulan menjadi roomate aku, sentiasa buat aku kagum kat dia. Kebanyakan perkara yang dia buat, aku sentiasa akan tiru. Bukan sebab aku dengki dengan kebaikan yang dia ada, tapi sebab aku nak jadi lebih baik dari sekarang, sama baik macam dia. Boleh dikatakan, dia macam role model bagi aku. Bila aku nampak dia solat sunat, aku pun try bangun pagi2 buta just untuk solat sunat macam dia buat. Tapi disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Dia sedikit demi sedikit, berubah mengikut masa. Kalau dulu, bila dia tinggal solat sunat je pun, dia akan persoalkan dan berasa takut imannya berkurang. Tapi sekarang tidak lagi. Bila aku nampak dia macam tu, aku rasa agak terkilan sebab dia role model aku. Kalau dulu dia suka duduk kat masjid, sekarang tidak lagi. Aku dapat rasakan dia akan berubah seperti dulu semula.
Tapi itu hak dia, yang aku tak boleh kacau tanpa kebenaran dia. Dan bukan itu yang buat aku sedih. Semuanya bermula bila dia ada rancangan untuk buat jamuan praktikum H2P5. Kebetulan aku tak ada jamuan praktikum, jadi aku pun minta untuk pergi jamuan praktikum dia. Aku bukan nak habiskan makanan dia. Aku cuma nak ada kat sana untuk gambar, untuk pengalaman, untuk kenangan. Mula2, semuanya okey2 je. Tapi seminggu sebelum jamuan, dia cakap aku xboleh pergi. Dia cakap budak praktikum dia (segelintir) tak nak ada orang luar turut serta. Kelat betul nak menelan ayat yang keluar dari mulut dia. Kenapa budak praktikum dia rasa aku orang luar? Bukan ke aku pernah keluar trip ke gua tempurung dengan diorang? Kenapa maasih rasa aku orang luar? Susah sangat ke nak terima aku? Aku ni teruk ke? Semua ni yang bermain kat fikiran aku bila dia cakap aku xboleh ikut jamuan dia. Honestly aku kecewa betul masa tu. Sampaikan, aku sanggup outing just untuk pergi barbeque sendiri. Padahal aktiviti cam ni la yang aku paling tak suka. Buat sakit kulit je.
Tapi hari ni, dia tiba2 cakap kat aku, sebenarnya dia yang tak nak aku pergi, sebab nya ada budak2 praktikum dia yang tak biasa dengan kehadiran aku. Entahlah, aku tau dia cuba nak tenangkan aku dengan cakap camtu, tapi sebenarnya aku jadi makin marah. Selama ni aku betul2 prihatin pasal dia. Aku ingat lagi satu masa dulu, bila dia balik bilik dalam keadaan stress dan letih lepas buat plan untuk praktikum dia. Dia stress sbb banyak masalah timbul masa perbincangan. Bila aku tengok keadaan tu, aku bersumpah dengan nama tuhanku yang aku akan tolong dia ringankan beban dia walaupun sikit. Sebab tu semenjak peristiwa tu, aku tolong dia buat sedikit sebanyak kerja yang dia ada (kecuali tutorial, lemah tul aku pasal tutor ni). Aku rela tolong dia walaupun dia marah aku buat semua tu, sebab sumpah aku. Aku rela tolong dia sebab kebaikan yang dia ada. Tapi bila dia cakap dia la punca aku tak boleh pergi, aku jadi marah. TERsangat marah. Bukan marah sebab dia tak bagi ikut. Tapi aku marah sebab dia tak berterus terang dari awal lagi. Berapa kali dah aku jumpa budak praktikum dia, aku nak senyum dengan ikhlas pun susah lepas dia cakap budak praktikum dia taknak aku ikut. Secara langsung, aku terasa dengan budak praktikum dia. Sedangkan dia sebenarnya yang xnak aku ikut. Orang cakap, Diberi madu dibalas racun.
Sekarang ni, cuma satu kesimpulan je yang aku boleh buat. Dia sebenarnya tak suka aku rapat dengan budak praktikum dia. Tu yang buat aku sedih sangat. Sedangkan, aku betul2 nak dia kenal praktikum aku, berkawan dengan budak praktikum aku, rapat dengan praktikum aku. Aku nak semua budak praktikum aku tau, bahawa dialah sahabat aku. Sebab tu, aku paksa dia datang Trip ke gua Tempurung H3P1. Sebab tu bila ada apa2 event pasal praktikum aku, aku akan invite dia. Cuma dia yang selalu menolak. Tapi dia pulak tak nak praktikum dia kenal aku. That's why, H2P5 will be in my memory forever.
Sekarang, hati aku rasa tawar sangat. Bukan kat dia, bukan kat praktikum dia, tapi kat diri sendiri. Sebabnya, aku tak pandai menilai dan mempertimbangkan mana yang betul, yang mana yang salah.
What is the slowest and most painful way to die ??
-LIFE-
No comments:
Post a Comment