Hari ni aku nak sampaikan satu cerita. Sebelum tu biar la aku 'describe' kehidupan aku hari ni. Well, hari ni aku sakit. Peh, macam bangga la plak bila sakit, xde la bangga tapi riak sikit je bila aku boleh buat keje jugak walaupun sakit. Pagi tadi, aku 'ter'bangun lambat, kul 7.15 baru sedar. Dah la janji ngan orang lain nak jog. Kelam kabut aku pegi mandi. Tapi Alhamdulillah dapat la jugak pegi jogging walaupun kene marah. Aku jog dengan Mimi Gemuk, Huda, Arqilah, dan 2 orang lagi yang beriya2 nak datang tapi xdatang2, Adawiyah dan Hawa. Pas jog, aku pow duit Mimi suruh belanja sarapan. Dapat la jugak makan roti canai 2 keping. Bukan roti kosong tapi roti sardin!! Memang aku ni xtaw malu la. Dah la orang belanja, mintak 2 keping lak tu. Pedullikkk. Janji perut kenyang.
Perutku Seksi dan Ramping |
Pastu, aku balik bilik dan terus tido. Memang best la jadual aku harini. Tapi bahagia yang kuimpikan berterusan sehingga ke akhirnya, rupanya lupus ditelan kuliah Kimia. Aku ada kuliah rupanya. Lepas habis kuliah, aku bantai Nasi ayam pulak. Memang gemuk macam badak la aku pasni.
Sampai je waktu petang, aku rasa hilang mood. Ni la cerita yang aku nak sampaikan. Petang ni aku ada perjumpaan dengan Abang Saiful, Pembimbing Halaqah bagi kumpulan aku, Afiq, Bani, Muiz, haziq dan Amirol. Waktu nak pergi halaqah tu, aku diam sikit dari biasa. Sedang mereka yang lain berbual, tiba2 Muiz mengampiri aku dan tanya,
'Dzul, kau tak apa2 ke? Macam ada masalah je.'
Aku tersentak seketika. Aku makin dekat dengan dia dan just cakap,
'Mana kau tau aku ada masalah ni? Ni yang aku terharu ni.. (ketawa)'
Memang waktu tu, aku rasa terharu giler la. Selama ni jarang sangat orang tanya pasal masalah yang aku hadapi. Orang yang rapat dengan aku pun jarang tanya. Kadang2 rasa jauh dengan diorang. Tapi bila muiz tanya problem aku, aku rasa hepi sangat. Rasa macam kita ni tak hidup berseorangan dalam dunia ni. Time tu rasa macam nak luah je semua masalah kat dia. Tapi aku ni sangat mementingkan etika, so xkan la kat tengah2 jalan pun nak cer2 masalah. Xprofesional la kan. So aku simpan je lah.
Moral of the story, Kadang2 kita bukan perlukan sangat orang untuk mendengar masalah kita, tapi sekadar bertanya itu sudah cukup dari memadai. Dengan perbuatan macam tu pun, aku rasa bahawa dia adalah sahabat yang memahami. Hepi seyh... ^_^
No comments:
Post a Comment