Best Feeling Ever!

Wednesday, 30 November 2011

BORING YANG TERLAMPAU

30/11/2011


  Assalamualaikum...
Helooooooooo kepada yang membaca. hari ni aku nak sampaikan satu cerita. Cerita ni bermula time Tutorial Matematik hari ni. Aku sebenarnya tengah demam sekarang ni. Bagi aku demam ni agak teruk la. Tapi depan orang acting strong la. Tadi aku datang bilik Muiz, terus rebah atas katil dia. Nampak sangat aku ni lemah. Sampaikan tadi nak ke tutor English pun Amirol yang kena angkat beg aku. Ish3...

  Berbalik ke cerita, aku nak cerita pasal tutorial matematik aku. Tutorial aku diajar oleh seorang cikgu yang bernama Chai Mun. Tau tak apa yang menarik pasal cikgu ni? Pertama sekali adalah cikgu ni sentiasa berjaya buat aku tercengang masa dia mengajar Math. Boring gile ahh. yang aku perasan, ada yang tanya kat aku, 'sekarang dah pukul berapa' atau 'bila nak habis'. Aku tak tau apa nak cakap, sebab xdinafikan bahawa cikgu ni pandai mengajar. tapi aku macam agak suka dengan gaya dia lebih dari cara dia mengajar. Yang menariknya pasal hari ni, dia berjaya buat aku tercengang lebih dari biasa.....

muka TERCENGANG
^_^

Monday, 28 November 2011

SAHABAT YANG MEMAHAMI

28/11/2011


  Hari ni aku nak sampaikan satu cerita. Sebelum tu biar la aku 'describe' kehidupan aku hari ni. Well, hari ni aku sakit. Peh, macam bangga la plak bila sakit, xde la bangga tapi riak sikit je bila aku boleh buat keje jugak walaupun sakit. Pagi tadi, aku 'ter'bangun lambat, kul 7.15 baru sedar. Dah la janji ngan orang lain nak jog. Kelam kabut aku pegi mandi. Tapi Alhamdulillah dapat la jugak pegi jogging walaupun kene marah. Aku jog dengan Mimi Gemuk, Huda, Arqilah, dan 2 orang lagi yang beriya2 nak datang tapi xdatang2, Adawiyah dan Hawa. Pas jog, aku pow duit Mimi suruh belanja sarapan. Dapat la jugak makan roti canai 2 keping. Bukan roti kosong tapi roti sardin!! Memang aku ni xtaw malu la. Dah la orang belanja, mintak 2 keping lak tu. Pedullikkk. Janji perut kenyang.

Perutku Seksi dan Ramping

  Pastu, aku balik bilik dan terus tido. Memang best la jadual aku harini. Tapi bahagia yang kuimpikan berterusan sehingga ke akhirnya, rupanya lupus ditelan kuliah Kimia. Aku ada kuliah rupanya. Lepas habis kuliah, aku bantai Nasi ayam pulak. Memang gemuk macam badak la aku pasni.

  Sampai je waktu petang, aku rasa hilang mood. Ni la cerita yang aku nak sampaikan. Petang ni aku ada perjumpaan dengan Abang Saiful, Pembimbing Halaqah bagi kumpulan aku, Afiq, Bani, Muiz, haziq dan Amirol. Waktu nak pergi halaqah tu, aku diam sikit dari biasa. Sedang mereka yang lain berbual, tiba2 Muiz mengampiri aku dan tanya,

'Dzul, kau tak apa2 ke? Macam ada masalah je.'

  Aku tersentak seketika. Aku makin dekat dengan dia dan just cakap, 

'Mana kau tau aku ada masalah ni? Ni yang aku terharu ni.. (ketawa)'

  Memang waktu tu, aku rasa terharu giler la. Selama ni jarang sangat orang tanya pasal masalah yang aku hadapi. Orang yang rapat dengan aku pun jarang tanya. Kadang2 rasa jauh dengan diorang. Tapi bila muiz tanya problem aku, aku rasa hepi sangat. Rasa macam kita ni tak hidup berseorangan dalam dunia ni. Time tu rasa macam nak luah je semua masalah kat dia. Tapi aku ni sangat mementingkan etika, so xkan la kat tengah2 jalan pun nak cer2 masalah. Xprofesional la kan. So aku simpan je lah.

  Moral of the story, Kadang2 kita bukan perlukan sangat orang untuk mendengar masalah kita, tapi sekadar bertanya itu sudah cukup dari memadai. Dengan perbuatan macam tu pun, aku rasa bahawa dia adalah sahabat yang memahami. Hepi seyh... ^_^



Monday, 21 November 2011

SEMESTER 2, SEMANGAT BARU, ORANG YANG DIKAGUMI PUN BARU

21/11/2011
Hei hei hei... akhirnya aku telah pun masuk ke semester 2. Banyak yang telah aku lalui sepanjang aku xtulis apa2 kat blog ni. Sekarang, aQ dah berada kat matrik Pulau Pinang. Lama dah pun sebenarnya. dari 18/11/2011 lagi. Aku adalah orang pertama yang sampai ke matrik ni, bersama dengan Pakcik Bani aku dan kawan baek papa aku, Qhairul. Aku balik awal sebab tertipu dengan propaganda yang mengatakan bahawa Matrik xbagi student dia balik hari jumaat, iaitu 19/11/2011. hati aku xhabis2 marah, lokek betul matrik ni. sehari je pun. xkan la xleh bagi muka. tapi bila aQ dah ada dalam bas, baru aku tau sebenarnya boleh balik hari jumaat. Sampai kat matrik, suasana lenggang buat aku rasa nak gigit pagar matrik ni. Pastu macam biasa la, sebagai orang yang paling awal sampai kat matrik dalam kalangan family aku, terpaksa la menjemput yang lain2 dari bas. Tapi atas kerelaan sendiri la. Paling 'best' bila jemput mama ngan makcik Hawa aQ balik, dari Kelantan so kul 4 pagi baru sampai KMPP. memang seram sejuk la time tu. Pacik Bani lak sedap je tido bawah selimut.

  Sekarang aku dah berbaik ngan Hafidz. Well, panjang ceritanya. Tapi semalam pacik Yusuf tiba2 tanya, 'Macamana korang berdua boleh berbaik?' Aku xtaw nak jawab camna soalan tu. Aku just tersenyum, Hafidz tersedak dengar soalan tu. Kemudian aku just cakap 'soalan ape tu?' tapi, aku rasa makin hepi sekarang. tak taw la nape.

  Sekarang dah masuk semester 2, aku nak ubah tabiat aku yang suka buat keje last2 minit ni. Pada masa yang sama aQ nak ubah tabiat aQ ni. Aku akan ubah, Mulai hari ni, hari pertama belajar. harap2 xkena tendang la dari matrik ni.

  Aku jugak nak cakap, demi mengubah diri aku, aku mencari seseorang untuk dijadikan 'Role Model'. Ofkoz, orang yang aku cari ni adalah orang yang aku kagumi. Aku dah jumpa siapa, dari dulu aku kagum dengan perangai dia. Jarang marah orangnya. Siapa dia, nanti aku cerita. Insya Allah...... ^_^ (aku blum jumpa sebarang kelemahan dalam diri dia, walaupun dah lebih 3 bulan aQ kenal dia. Tahniah...!!)

MENGAGUMI DARI JAUH

Tuesday, 15 November 2011

TAK SEMANGAT, RASA ALONE SANGAT2....

aku xtaw kenapa aQ rasa xde semangat. ilang terbang menuju ke awangan.. aQ sendiri mencari puncanya. bila diselidiki, rasa di hati ini menjadi semakin bercampur aduk. terasa jauh sekali dengan Allah, terasa berdosa denganNya.. Terasa terasing dengan makhluk2 ciptaannya yang ditakdirkan menjadi kawan aQ. terasa hilang semangat bila teringatkan keputusan PSPM yang teruk tu. Terasa down bila teringat kerja Mindmap biologi yang tak siap2 lagi. terasa tak dihargai bila ada segelintir kawan2 aQ yang sengaja xnak tengok video yang aQ penat2 buat dalam satu hari. video birthday je pun. ada yang komen macam marah2. sampai aQ pun xpasti komen tu betul2 marah atau just gurau. aQ terasa buang masa betul dengan semua yang aQ buat tu. siapa yang nak aQ salahkan. ofkoz.. ofkoz la xde sapa lagi kalau aQ sebenarnya kena salahkan diri sendiri. aQ terasa xnak on9 lama2. terasa malas nak jumpa sapa2 pun. aQ stress... aQ hanya manusia, yang sepatutnya bergantung 100% kepada qadak dan qada Allah tapi aQ xmampu. aQ tetap suka menyalahkan diri sendiri dan menghukum diri secara psikologi. kadang2 aQ pujuk orang yang sedang bersedih, tapi hati sendiri pun perlukan pujukan dan dorongan sebenarnya. aQ nasihat orang sedangkan aQ sendiri xdapat laksanakan nasihat tu. aQ terasa nak berenti buat semua tu. tapi bila aQ terlihat org yang sedang bersedih secara automatik aQ akan pujuk. aQ terasa diri ni hipokrit. semua aQ lakukan untuk orang tapi diri sendiri xterjaga. aQ tunjuk kat depan orang bahawa aQ ni xde masalah tapi sebenarnya banyak masalah yang xpernah selesai. HIPOKRIT!!! aQ nekad xnak fikirkan hal ni lagi. biar terhapus di dalam hati, terurainya menjadi racun yang merosakkan hati sehingga aQ menjadi seorang yang digelar, 'HEARTBROKEN'.....



THIS TIME WAS DIFFERENT,
FEEL LIKE I WAS JUST A VICTIM,
AND IT CUT ME LIKE A KNIFE,
WHEN YOU WALK OUT OF MY LIFE,
NOW IM,
IN THS CONDITION,
AND I'VE, 
GOT ALL THE SYMPTOMS,
OF A BOY WITH THE BROKEN HEART,
BUT NO MATTER WHAT YOU NEVER SEE ME,
CRY....

I NEVER WANT ANYONE TO KNOW MY TRUE FEELING WELL
BECAUSE,
I KEEP SICK WITH PERSON THAT I HOPE,
TOO HOPE THEY CAN,
CAN UNDERSTAND ME,
CAN LOVE ME,
CAN TAKE CARE OF ME,
BUT NOW I KNOW,
IT JUST A BEAUTIFUL DREAM,
BECAUSE EVERYTHING IS,
IMPOSSIBLE, IMPOSSIBLE,
IMPOSSIBLE, IMPOSSIBLE,
TO ME.......

I WANT TO CHANGE,
I DON'T WANNA LIVE LIKE THIS,
I JUST..
I DON'T WANNA DO THIS,
ANYMORE.....


Saturday, 12 November 2011

MAMAKU YANG PERASAN

hari ni aQ boring. so aQ ambik satu tajuk secara rawak untuk tulis dalam blog ni. dan ini tajuk pilihan aQ. kenapa aQ pilih tajuk ni adalah sebab aQ mmg dah lama nak kutuk mama aQ ney. dia selalu perasan yang dia lawa. Mula2 tu mmg la aQ ketawa aja. sebab mmg klaka la. tapi lama2 aQ menggigil bila dia cakap camtu. bukan pe, tapi aQ tengok dia makin perasan skrg ni. dan yang paling menakutkan aQ, cara mama aQ ni perasan sebijik mcm cara aQ perasan.

camna nak perasan cam aQ? senang je, puji diri tanpa rasa bersalah dan yakin, thats my way of showing off!! hahaa...

What?! xpecaya mama aQ ni perasan??? nak tengok bukti mama aQ ney  perasan?? tapi sebelum tu biar la aQ abis kutuk mama aQ ney dulu. aQ nak gtw, mama aQ ni mmg lawa, tpi sikit ja. lawa lagi aQ sebenarnya. yang peliknya, mama aQ ni xpandai nak mekap sendiri. slalu anak dia, mimi yang tolong mekapkan. kalo x, skema jgk la mama aQ neh. bukan je xpandai mekap, tapi kadang2 tu nak pilih tudung pun xpandai. ish3... tu yang aQ xpaham tu. camna mama boleh lawa pun aQ xtw. tpi mcm aQ ckp tadi, aQ lawa lagi...

aQ rasa dah puas aty kutuk mama aQ neh.. so skrg biar aQ tunjuk bukti mama aQ ney perasan. hahaa.. jeng jeng jeng........

ni la mama aQ yg prasan tu!

TENGOK!! ni hasil air tangan dia sendiri TW!

HAH!! amacam?? sekarang percaya x, mama aQ ney perasan... hahahahahaaaaa........


P/S : hahahaa... bergurau semata2. pada mama aQ, jangan marah yea. banyak tokok tambah.. saja nak kutuk mama. lama dah xkutuk,... harap dapat kutuk mama selalu... ^_^

Tuesday, 8 November 2011

KRONOLOGI (PSPM - RAYA KORBAN)

6 OKTOBER 2011


hari ni adalah hari kedua aku berada di kampung aku (alor setar). hari ni la raya haji.. seyez aQ rindu giler kat Muiz ngan Luqhman arini.. lama xjumpa dorang (baru 3hari).hari ni kerja xla sebanyak semalam. yang pasti, aku sedang mengetap bibir sebab menaip dengan tangan yang bengkak. gara2 menyiang udang semalam la ni. tanduk tajam semacam. malam, aQ bertolak balik ke manjung. bapak aQ yang kebetulan letih sebab ada kenduri, bawak keta dalam keadaan mengantuk. perh!! takut seh... kalah naik roller coaster. xdpt tido gak aQ.. padan muka aQ...

5 OKTOBER 2011


time pagi, aku berada kat kampung aku di bagan serai, perak. di sana, sempat lagi aku bergurau senda dengan kazen2 aku. i miss them damn much. pastu, aku bertolak ke alor setar pula. tengahari tu aku sampai. pastu, baru terpikir nak relax, tengok2 banyak keje disediakan untuk aku. mula2 aku kena angkat plastik je. pastu mula jadi berat keje aku. siang ikan, basuh ikan, siang udang, perh!! dah macam keje kat pasar basah..! tapi xpe la. pengalaman. as the result, jari aku bengkak. semuanya sebab udang. fobia aku tgk udang skrg. nak makan pun pikir dua tiga kali..

4 OKTOBER 2011


wow!! hari ni geram tol aku. aku tunggu kat stesen bas, waiting 4 my parents for 7 hours. kalo 7 minit tu tape gak, dapat la kesabaran aku tahan sket, iman pun xtrcemar. ini x, 7 jam tu boleh sampai dah ke destinasi aku. biar aku ceritakan kronologinya. pagi tu, aku kat KMPP lagi. sempat la tidur dengan nyenyak. pastu semangat seyh aku bertolak ke stesen bas parit buntar, perak ngn Luqhman. kul 1.30 petang sampai dah. disebabkan ary ni hari jumaat, memang solat jumaat pun aku miss la. nasib baik aku digelar musafir. parent aku cakap dalam kul 5 dia sampai. takpe la, aku sanggup tunggu. bagi aku, xde la SEKEJAP mane.. tengok2, kul 4.30 petang tu dorang masih berada kat umah yang jaraknya urmm,, bole tahan la.. menggelegak adrenalin aku nak naik,, buat aku rasa nak lari maraton je sampai kampung aku. tapi memandangkan BDM (Berat Dengan Muatan) aku melebihi kapasiti, terbantut jugak niat murni aku tu. sampai kampung t, terbarai gak peluh aku jatuh kang. Luqhman balik dalam kul 5 camtu. tinggal la aQ sensorang. bila dorang sampai, aku rasa epy. lama xjumpa la kot. ^_^

3 OKTOBER 2011


YEY!!! PEKSE DAH ABESSS!!! hari ni aku rasa memang gumbira. peksa yang menyeksakan tu dah abes. tapi sayu la. sebab aku xsure dapat stay PST, atau terpaksa melangkah ke PDT. matrik memang kejam sket. kalo xpass memang dia 'tendang'. kalo batch lepas dorang tendang keluar terus. tapi tahun ni dorang campak ktorang yang xpass ni ke program 2 tahun. ah xkesa la tu. dah berlalu pown.. hari ni ramai orang KMPP balik rumah. tak terkecuali kawan2 aku la. aku xdapat balik, sebab aku xbeli tiket bas. mula2 aku anta afiq, mimi ngan faiz. pastu time malam aku p hantar muiz ngan mama@ain tua. sedih dowh time anta muiz, sebab dia paling last yang aku anta kot. pas anta muiz ngan mama tua, aku dok kat bilik sensorang. siyes, seram gila dok matrik sensorang. tengah2 malam, pintu aku kena ketuk cam nak pecah je. seram gak memula nak bukak. bila bukak, tgk2 apidz yang datang. tekejut gak aku. kali kedua dia datang bilik aku utk tempoh 1 semester. hahaa.. exam kimia tadi mmg WTF betul. susah gila!

2 OKTOBER 2011


hari ni ada exam biologi. err, xbanyak yang aku boleh cakap kecuali, aku xsangka exam bio sesusah ni. sekarang, aku xtw nak bergantung ngan exam apa lagi.. hmm.... PDT..PDT...

1 OKTOBER 2011


hari ni exam fizik. ARRRRGHHHH!!! aku rasa cam jawab SPM. bukan SIJIL PENILAIAN MENENGAH tapi macam SOALAN PADANG MAHSYAR. siot je soalannya. mindaku membeku lidahku terkelu jari membeku.. camne la PSPM aku ni... huhu...

31 OKTOBER 2011


hari ni exam matematik kertas 2.. cis, soalan cam pahape je.. jawapan aku lagi la tah pahape. cam jawab SOALAN KUBO je. sedih la camni.. huhu...

28 SEPTEMBER 2011


hari ni, aku tahu sakitnya kecewa waktu exam. ujian matematik kertas 1, aku xsempat jawab sampai habis. time pengawas peperiksaan ambil kertas aku, aku rasa sebak sangat. terus aku menangis dalam dewan tu jugak. time tu, baru la aku merasakan tekanan peperiksaan yang sebenar. time tu, aQ terbayangkan pn. Nik (guru math) yang susah payah mengajar aQ. sebak sangat hati aQ time tu. pasti wajah Adawiyah (feci math) plak muncul, makin laju air mata aQ turun. pastu wajah parent aQ plak muncul, aQ menangis sambil menggigil.. then, papa ngan atok aku datang utk menenangkan aku. aQ syg dorang... ^_^