Best Feeling Ever!

Tuesday, 27 March 2012

H2P5 DALAM KENANGAN

22/03/2012

 Hye guys. Hari ni aku sedih sangat2. Sebabnya senang je. B'coz I feel like a victim. Well guys, aku sayang semua member2 aku. Bagi aku, dorang la pengganti parents aku di saat aku berjauhan dengan parents aku. Betapa pentingnya dorang masa aku sensorang cuma tuhan je la yang tau. Aku ada sorang member ni. Memang aku sayang ngan member ni sbb dia membawa aku ke arah kebenaran suatu ketika dulu. Saat aku sedang sesat dalam lorong kegelapan, dia yang menghulur tangan untuk membawa aku keluar dari kesunyian tu.  tapi begitulah, manusia kan senang berubah. Pantang ada angin bertiup, macam lalang. Ikut je ke mana arah angin tu pergi. Sekarang ni aku nak cerita, apa yang buat aku terkilan sangat dengan mamat tu.

  H2P5 ni sebenarnya praktikum merangkap kelas dia kat matrik ni. Dia yang kebetulan menjadi roomate aku, sentiasa buat aku kagum kat dia. Kebanyakan perkara yang dia buat, aku sentiasa akan tiru. Bukan sebab aku dengki dengan kebaikan yang dia ada, tapi sebab aku nak jadi lebih baik dari sekarang, sama baik macam dia. Boleh dikatakan, dia macam role model bagi aku. Bila aku nampak dia solat sunat, aku pun try bangun pagi2 buta just untuk solat sunat macam dia buat. Tapi disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Dia sedikit demi sedikit, berubah mengikut masa. Kalau dulu, bila dia tinggal solat sunat je pun, dia akan persoalkan dan berasa takut imannya berkurang. Tapi sekarang tidak lagi. Bila aku nampak dia macam tu, aku rasa agak terkilan sebab dia role model aku. Kalau dulu dia suka duduk kat masjid, sekarang tidak lagi. Aku dapat rasakan dia akan berubah seperti dulu semula.

  Tapi itu hak dia, yang aku tak boleh kacau tanpa kebenaran dia. Dan bukan itu yang buat aku sedih. Semuanya bermula bila dia ada rancangan untuk buat jamuan praktikum H2P5. Kebetulan aku tak ada jamuan praktikum, jadi aku pun minta untuk pergi jamuan praktikum dia. Aku bukan nak habiskan makanan dia. Aku cuma nak ada kat sana untuk gambar, untuk pengalaman, untuk kenangan. Mula2, semuanya okey2 je. Tapi seminggu sebelum jamuan, dia cakap aku xboleh pergi. Dia cakap budak praktikum dia (segelintir) tak nak ada orang luar turut serta. Kelat betul nak menelan ayat yang keluar dari mulut dia. Kenapa budak praktikum dia rasa aku orang luar? Bukan ke aku pernah keluar trip ke gua tempurung dengan diorang? Kenapa maasih rasa aku orang luar? Susah sangat ke nak terima aku? Aku ni teruk ke? Semua ni yang bermain kat fikiran aku bila dia cakap aku xboleh ikut jamuan dia. Honestly aku kecewa betul masa tu. Sampaikan, aku sanggup outing just untuk pergi barbeque sendiri. Padahal aktiviti cam ni la yang aku paling tak suka. Buat sakit kulit je.

  Tapi hari ni, dia tiba2 cakap kat aku, sebenarnya dia yang tak nak aku pergi, sebab nya ada budak2 praktikum dia yang tak biasa dengan kehadiran aku. Entahlah, aku tau dia cuba nak tenangkan aku dengan cakap camtu, tapi sebenarnya aku jadi makin marah. Selama ni aku betul2 prihatin pasal dia. Aku ingat lagi satu masa dulu, bila dia balik bilik dalam keadaan stress dan letih lepas buat plan untuk praktikum dia. Dia stress sbb banyak masalah timbul masa perbincangan. Bila aku tengok keadaan tu, aku bersumpah dengan nama tuhanku yang aku akan tolong dia ringankan beban dia walaupun sikit. Sebab tu semenjak peristiwa tu, aku tolong dia buat sedikit sebanyak kerja yang dia ada (kecuali tutorial, lemah tul aku pasal tutor ni). Aku rela tolong dia walaupun dia marah aku buat semua tu, sebab sumpah aku. Aku rela tolong dia sebab kebaikan yang dia ada. Tapi bila dia cakap dia la punca aku tak boleh pergi, aku jadi marah. TERsangat marah. Bukan marah sebab dia tak bagi ikut. Tapi aku marah sebab dia tak berterus terang dari awal lagi. Berapa kali dah aku jumpa budak praktikum dia, aku nak senyum dengan ikhlas pun susah lepas dia cakap budak praktikum dia taknak aku ikut. Secara langsung, aku terasa dengan budak praktikum dia. Sedangkan dia sebenarnya yang xnak aku ikut. Orang cakap, Diberi madu dibalas racun.

  Sekarang ni, cuma satu kesimpulan je yang aku boleh buat. Dia sebenarnya tak suka aku rapat dengan budak praktikum dia. Tu yang buat aku sedih sangat. Sedangkan, aku betul2 nak dia kenal praktikum aku, berkawan dengan budak praktikum aku, rapat dengan praktikum aku. Aku nak semua budak praktikum aku tau, bahawa dialah sahabat aku. Sebab tu, aku paksa dia datang Trip ke gua Tempurung H3P1. Sebab tu bila ada apa2 event pasal praktikum aku, aku akan invite dia. Cuma dia yang selalu menolak. Tapi dia pulak tak nak praktikum dia kenal aku. That's why, H2P5 will be in my memory forever.

Sekarang, hati aku rasa tawar sangat. Bukan kat dia, bukan kat praktikum dia, tapi kat diri sendiri. Sebabnya, aku tak pandai menilai dan mempertimbangkan mana yang betul, yang mana yang salah.





What is the slowest and most painful way to die ??

-LIFE-

Saturday, 17 March 2012

SOLUTION FOR MY STRESS

  Yo dunia! Semalam dah penat stress, so hari ni biar aku cerita benda yang gembira plak. Well, aku sedar xguna aku bersedih sorang2 dalam masa yang lama macam orang datang bulan yang tak stabil hormon padahal benda ni kecik je. Kecik la bagi korang kan sebab aku yang kena, bukan korang. Tapi aku percaya, Masa korang pun akan tiba tak lama lagi. So bersabarlah sementara menunggu masa tu tiba. Nasihat aku, jangan sakit jiwa ye...

Well, biar aku gtw macamana aku tangani stress ni. Mula2 pasal dak2 klaz aku, the solution is 'JUST SMILE'. Ni adalah recommendation daripada beberapa orang classmate aku gak. Well, walaupun pedih ngan komen dorang tapi biarlah, diorang ada hak sbb dorang kan kawan aku. Dan about jamuan klaz, disebabkan aku xleh ikut jamuan roomate aku, so aku pun,,,

'BUAT LA JAMUAN SENDIRI, YE DOK??? MUAHAHAHAHAAAAAA'
   Jamuan camne?? ofkoz la sama macam yang roomate aku nak bwt, BARBECUE!!!!

Emmm~~~

gelap dalam kegelapan






























Dal lagi, ada la beberapa org yang mengomen pasal aku kat fb... well, ade la jugak... tenkz guyz!!!!!!

Friday, 16 March 2012

STRESS AT KMPP

  Assalamualaikum n salam sejahtera guys. Sebagai pembuka cerita hari ni, biarlah aku mulakan dengan menceritakan apa yang berlaku sepanjang aku xupdate blog ni. aku PRESSURE! PRESSURE SNGT!! semuanya bermula bila aku tawar hati ngan segelintir dak klaz Aku.. semua bwt perangai cam tah pahape je. benci seh ngan dorang. pastu, roomate aku dah mula berubah macam dulu dah. Sikap dia tak seindah mcam aku tulis dalam blog ni previously. Makin lama aku susah nak recognise dye. aku rasa hilang mood dengan semua yang berlaku ni. Diorang la semangat aku. Diorang la tempat aku mengadu. Bila diorang buat macam ni, aku rasa kehilangan. Aku rasa sangat sunyi.

So, as the conclusion I am very2 stress here at KMPP. Bila aku stress langsung takde yang nak bertanya. Even yang rapat ngan aku pun langsung tak nak tnya. Sedangkan dulu kalau dorang stress, aku yang akan tanya masalah dorang. Walaupun masalah dorang takde kena mengena dengan aku hidup dan mati, tapi sekurang2nya dengan bertanya, menunjukkan bahawa aku concern dengan apa yang berlaku kat dorang. Ni tidak! dorang bukan je taknak bertanya malahan makin dingin dengan aku. Tujuan tanya masalah tu bukan nak jaga tepi kain orang, tapi nak tunjuk bahawa diorang tu masih peduli apa yang berlaku kat aku. Alasan yang diorang selalu bagi, 'KITORANG TAKUT NAK TANYA MASALAH KOE, NANTI KOE MARAH', Kepala hotak dia! Buat apa aku nak marah kat org yg concern kat aku?? ada lagi yang bagi alasan 'BUKAN KOE AKAN CERITA MASALAH KOE PUN NANTI'. Eiiii! Wakluuu!!! Bila tanya masalah orang tu cukup la dgn tunjukkan yang kte concern, kalau org xnak cerita tu maksudnya kte pun xmampu nak selesaikan masalah dia.. Paham2 dah la.

aku pun agak terkilan ngan organising person dalam klaz aku. Aku tanya dorang pasal jamuan akhir untuk kelas, dengan selamba dorang cakap xnak buat. takde dut kononnya. Wei setakat bayar RM10 sorang tak rasa la wei. Nak kurang lagi?? RM5 pun cukup la.

aku plak memang PERLUKAN jamuan akhir, supaya aku dapat ingat pengalaman tu. so aku decide nak ikut jamuan kelas lain. tgk betapa terdesaknya aku. Aku nak ikut jamuan kelas roomate aku. Kebetulan dia ketua untuk kelas dia. Aku dah excited gila! skali roomate aku bleh cakap camni, 'DAK KLAZ AKU KATA, KALAU BOLEH DIORANG TAKNAK ORANG LUAR IKUT'..

Aku sedih gler. Sedih sbb budak klaz dia masih anggap aku 'ORANG LUAR'. Padahal aku penah p trip dengan dorang skali. Bagi aku, perkataan 'orang luar' tu sangat menyakitkan hati, macam dorang xkenal aku je. dan, aku sangat marah, sebab roomate aku tu mengikut je kata2 dak kelas dia. Padahal dia ketua, dan dia slalu guna kuasa VETO! xpena plak dengar cakap org. aku rasa, dia yang rasa aku ni 'ORANG LUAR' dan hanya mengganggu majlis dia. Fine! aku betul2 xdapat terima penghinaan ni!!

Apa2 pun, aku dah fedap! So hari minggu ni, aku nak kua dari matrik ni. Lantak la kemana aku nak p pun. just follow my instinct. Aku nak tengok, sapa yang concern ngan aku bila aku hilang. Tapi biar la aku buat prediction kat cni, xkan ade pun yang akan peduli..