Best Feeling Ever!

Friday 20 January 2012

AMIROL MENGAMOK?!

12/01/2012


  Hari ni aku nak cter psl satu kejadian yg berlaku semasa result MUET kuar. Kisah ni terjadi kat dalam bilik aku sendiri. Hari ni seperti biasa, aku rasa tetap gembira walaupun ada banyak masalah. Sebabnya, aku ada roomate2 yang baik dan sentiasa membantu aku kalau aku dalam kesusahan iaitu Amirol dan Azman. Tak lupa jgk kawan yang sentiasa buat aku sentiasa gembira iaitu Hafidz.. Jadi bagi aku, hari ni aku gembira la walaupun aku muram. Semuanya jadi kacau waktu result MUET nak kua.


 Malam tu, dalam kul 11 jgk la, aku pegi bilik Hafidz. Nak p amik broadband rasanya. pastu smpai sna, dia ckp dia nak guna lg. ok xkesa la. Aku baring atas Queen Bed (blakang Hafidz). Perh selesa gler. Xsesia aku slalu urut blakang dia. Dah selesa tu apa lg, aku pun terlelap...


  Then, dalam kul doblas mlm aku terjaga. Punya men kelam kabot aku balik bilik. Waktu aku terjaga tu, Hafidz n the gang tgh sibuk check result muet dorang. I dont give a damn la masa tu. So aku pun balik bilik dalam keadaan mengantuk. Sampai bilik, aku tetiba jadi segar giler. Tambah plak aku tgk sume roomate aku xtido lgi. Pastu tergerak aty aku nak check MUET roomate aku, Amirol. Bila aku dah dapat result dye, aku cakap la,

'yes! aku dah twu result Amirol...!'

  Terus dia mengamuk. Terngiang2 lg ayat dye time dye mengamuk. sume benda yg dia dapat capai dia baling kat aku. Nasib budak tu kecik je. Kalo x entah2 dengan katil pun dia nak baling kat aku. 

'SAPA SURUH KOE CHECK RESULT AKU?! KAN AKU DAH CAKAP JANGAN CHECK RESULT AKU! AKU DAH CAKAP AKU NAK DOA DULU! YANG KOE P CHECK TU BWAT APA?!'

okey. Salah aku la kot... Baru aku nak minx maaf. Tapi tiba2 dia cakap...

'KALAU KOE BAGITAU ORANG RESULT AKU, AKU XNAK KAWAN KOE LAGI SAMPAI BILA2..!'

     Aku terdiam. Aku xsangka ayat tu yang akan keluar dari mulut dia. Walaupun aku tau dia cakap dalam keadaan marah, so dia main lepas je cakap, tapi jauh dalam sudut hati aku rasa pedih sangat. Aku cover je la sakit aty tu. Bila keadaan dah reda, hati aku tetiba jadi makin pedih... Aku xnak la tunjuk, so aku kua bilik.

  Kat lua tu, aku cuba cari alternatif untuk hilangkan geram aku. So as usual, aku try dgn tumbuk pintu jamban. Mula2 tu lega, lama2 aku rasa down balik. Aku xtaw nak ilangkan camne lg. So aku just turun bawah blok c5. Nak amik angin la. Skali macam ujan air mata aku turun. Aku tetiba rasa sunyi. Waktu tu, macam2 aku fikir. Kalau roomate aku pun xnak kawan aku, sape lg yang nak kawan dengan aku? Sedih sangat time tu. Last2 tertidur jgk aku kat bawah blok tu.


Kat cni la aku tido malam tadi...


  Aku terbangun xlama lepas tu. Sebabnya, nyamuk dengki darah aku sedap. Gatal gler kaki aku time tu. kaki aku pun nyamuk nak gigit. tah pahape. Pastu aku check enset aku, ada sms.




Assalam,kt ne wei? Sori,ak gurau je td ..'








  Laju lagi air mata aku turun. Aku terfikir, Gurau amende, sampai aku nangis terok2 camtu. Bangsat btul la kan... Pastu aku beranikan diri balik ke bilik. Aku tgk sume dah tdo. Azman yang tiba2 tersedar, tanya aku,








'pegi mana?'





   Aku yang tengah marah time tu, just jawab, 'Emm...'. Sedih masih ada lagi tu. Minx maaf Azman. Aku xpatut buat camtu. Tpi aku rasa sedih sngt time tu. So aku punya fikiran pun blank skali la. Then, Aku pun sambung tido.

  Bila waktu subuh, Amirol kejut aku cam besa. Dia buat macam xde ape2 berlaku. Dia bercakap, aku diam. Dia tanya, aku diam. Last2, dia tanya aku..





'Kenape diam je ni??'






  
WOW!! macam dah lupe je apa yg dia cakap malam tadi. Kang ade yang makan selipar kang.. So, aku diam je trus.






'Xkan marah pasal malam td kot??'





    Walaupun aku xrespon, dia tetap tanya masalah aku. Aku syukur sangat, sebab ada roomate + kawan + brother macam dia. Kalau org lain, waktu subuh2 ni mesti dorang akan tinggal je aku, sambil cakap 'mati pegi ah koe'. Tpi dia ni x. Dia berbeza dari orang lain yang aku pena kenal. Sebab tu aku rela cakap, aku lagi rela hilang nyawa aku dari hilang roomate aku yg sorang ni. Dia betul2 dapat paham bila aku perlukan orang untuk berbicara. That's what he is so unique. 


  Aku memberanikan diri utk jujur, beritau apa yang aku rasa. Memang mula2, aku rasa berat nak bagitau sapa2 pun. Tapi dengan dia, aku xrasa nak rahsiakan apa2 pun. He is the 1st friend that can make me give a damn when all of my probs give a shit to me. Aku cakap, 'perlu ke nak cakap sampai xnak kawan aku? bla bla bla...(berleter).' Pas aku gitau semua yang aku rasa, dia cakap,

'Aku minta maaf...'

  Aku betul2 tersentuh dengan mamat ni. Masih mintak maaf walaupun aku yang besar2kan keadaan. Bila dia cakap camtu, marah aku reda 100%. Tak berbekas langsung aty aku dengan dendam. Macam yang aku slalu buat bila aku marah kat orang lain, mesti ada sikit marah lagi dalam aty ni. Tapi alhamdulillah dia berjaya ubah perangai pendendam aku ni.

THEN I TALK TO MYSELF, EVERYTHING'S GONNA BE ALRIGHT. HE STILL THE SAME AMIROL AS WHAT HE IS. HE WILL NOT GONNA CHANGE LIKE WHAT I THINK...

Aku betul2 takut, dia akan berubah, sama macam orang2 yang aku pena kenal dulu....

No comments:

Post a Comment